Monday 17 August 2009

Ops Pusara

Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga Kak Ungku untuk membersihkan pusara keluarga 2 kali setahun iaitu menjelang ketibaan bulan Ramadan dan bulan Disember apabila semua ahli keluarga berkumpul. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini Kak Ungku dan suami yang selalunya berkesempatan membersihkan pusara keluarga memandangkan kami tinggal di Batu Pahat. Abang Kak Ungku tinggal di Pontian, Angah di Kuching dan adik lelaki bongsu di Seremban.

Tahun ini kami bertiga iaitu suami, Kak Ungku dan Cik Ton (emak saudara) mulakan dengan membersihkan pusara (pada 3 Ogos 2009) dan kerja-kerja mengecat dilakukan oleh Kak Ungku dan suami (17 Ogos 2009). Kalau nak raya orang sibuk mengecat rumah...Kak Ungku sibuk mengecat pusara keluarga. Itu lebih memberi kepuasan....dalam apa jua bentuk yang mendatangkan kebajikan dan pahala bagi si mati yang dilakukan oleh anak-anaknya sendiri, insyaAllah pahalanya sampai kepada si mati.



Sebelum......


Selepas......



1. Pusara Ayahanda (Meninggal dunia pada hari Isnin, 20 Disember 2004)
2. Pusara Bonda (Meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 Oktober 1987)
3. Pusara Umi (Meninggal dunia pada hari Ahad, 27 Oktober 2002)
4. Pusara Ninda (Meninggal dunia pada hari Rabu, 29 Julai 1987)
5. Pusara Datuk (Meninggal dunia pada hari Khamis, 23 Januari 1964)
6. Pusara Moyang





Pusara Ayahanda & Bonda.....sebelum


Pusara Ayahanda Allahyarham Ungku Hassan bin Tengku Ali
& Bonda Allahyarhamah Tengku Kalthum binti Tengku Othman
.......selepas


Pusara Umi dan Ninda...............sebelum


Pusara Umi - Allahyarhamah Syarifah Poziah Syed Alwee
dan Ninda - Allahyarhamah Tengku Aishah binti Abu Bakar
............selepas


Pusara Datuk- Allahyarham Tengku Othman Bin Tengku Mohd Noor
.....sebelum


Suami Kak Ungku tekun mengecat pusara datuk.....


Pusara Datuk .....selepas


Pusara Moyang Kak Ungku - No.6
Dato' Seri Wangsa Tengku Mohd Noor bin Tengku Sulong


Pusara Moyang Kak Ungku ini dihadiahkan oleh Al -Marhum Sultan Ibrahim




Al- Fatihah.............
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh-roh ahli keluarga Kak Ungku dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman......
Amin






8 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Auntie Betty,
Dayah baru 1st time jumpa orang cat kembali pusara. Mulia sungguh perbuatan itu, semoga Allah memberi rahmat buat keluar Auntie. Sayang selalu =D

Kak Ungku Betty said...

Thanks....selagi hayat kami ada....at least berjagalah pusara keluarga aunty. Aunty beruntung dapat suami yang caring dan sayang sangat kat arwah ayahanda (they're very close)and my family. Luv u too dear...take care.

Rossy Rose said...

Salam Kak Ungku dan Abg Mat...
Rose wakil dr Abg Anul, mengucapkan terima kasih kepada both of u n Mak Ton yg sentiasa mengambil berat ttg keluarga.
begitu juga dgn opss kubur ni, sayu hti tak dapat nak join sama.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Walaupun jasad tiada bersama kita, tp dkat di hati kita. aminnnn

Rossy Rose said...

Salam Kak Ungku dan Abg Mat...
Rose wakil dr Abg Anul, mengucapkan terima kasih kepada both of u n Mak Ton yg sentiasa mengambil berat ttg keluarga.
begitu juga dgn opss kubur ni, sayu hti tak dapat nak join sama.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Walaupun jasad tiada bersama kita, tp dkat di hati kita. aminnnn

Kak Ungku Betty said...

Takpe...siapa yang berkesempatan buatlah...rasa seolah-olah kita dtg menziarah rumah mereka. Rahmat buat semua ahli keluarga kte yang telah pergi dan sebagai anak wajib kte tunaikan tanggungjawab kte kepada mereka, salam buat adik kesayangan Kak Bad tu ok?

A Note From Heart said...

Awat x tunggu kitorang blk br cat kubur?

Kak Ungku Betty said...

Hello...kita naklah masa ramadan dan raya kubur berseri...you all balik bulan 12, haa nanti buat ops lagi...ok?

Rossy Rose said...

Insyaallah Kak Bad... noted.. hehe

Related Posts with Thumbnails