Friday 28 August 2009

How To Have An Interesting Life?

Is your life not quite exciting enough?
Do you think it can have more pizzazz?
If your answer is a resounding yes, then read this article!

Steps :

  1. Get out into the world more. You can't really have a very active or interesting life if you stay inside watching TV all day.
  2. Try new things. Whether it be playing a new game at the arcade, or volunteering for an organization, something new will open your eyes and show you new vistas in life.
  3. Meet new people and pay attention to what is important to them. Learning about others is sure to open up new opportunities that will make your life more engaging.
  4. Get a friend that has an interesting life. They can supply the ideas and you can join in the fun.
  5. Give some thought to what makes you most excited about life. Target your energies to learning more about whatever that might be. Dig right in and decide to develop some skill around your passion. The more deeply you dive into something, the more knowledgeable and interesting you will be.
  6. Travel! Consider a local or an oversea trip. But if these seem just a bit out of reach and further the spread of H1N1 at the moment, an afternoon jaunt to the Museum, or your local zoo can be inspiring too!
  7. Change your perspective on life. Perhaps you already have an interesting life compared to others, but you just don't know it. Step back and appreciate what you have.

Tips:

  • Remember-only you make your life more interesting. Instead of complaining, do something about it.
  • What lifts your spirit? Go for it!
  • Read biographies of fascinating people who have accomplished amazing things. That might inspire you to do similar things.
  • Try doing crazy stuff. Not bad crazy, or things that will get you into trouble, but good crazylah of course.
  • Don't worry too much about getting into trouble. As long as you conduct yourself wisely, you are better off taking some calculated risks in life. You're only young once......do it before you run out of time.



Wednesday 26 August 2009

Doaku.....



“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa.
Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah.
Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku, wahai Tuhan sekalian alam.
Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”




Hanya Sifat Tawaduk Mampu Kikis Sombong, Takbur

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh


MEMBANTU mereka dalam kesusahan antara sifat insan yang rendah hati, berbudi bahasa dengan manusia seluruhnya. Umat Islam dituntut tingkat ketakwaan, semangat silaturahim sesama manusia

SESIAPA saja yang jujur kepada petunjuk agama dan reda dengan panduan kehidupan sebagai seorang Muslim pasti tidak sanggup bersikap takbur serta membesarkan diri hanya supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Akhlak mulia bukan dinilai dengan wang ringgit dan harta berbukit tetapi sifat insan yang rendah hati, berbudi bahasa apabila bermuamalat dengan Allah serta manusia seluruhnya.

Tidak dinafikan, hari ini pangkat dan rupa menjadi taruhan walaupun bukan dalam segenap bidang, tetapi ilmu dan takwa jugalah yang berpanjangan dan kekal bertahan. Walau tidak dapat dinilai dengan mata kasar, penangan ilmu dan manfaatnya kepada orang lain tinggi nilainya, sehingga mampu mencelikkan hati yang buta dengan kejahilan serta kesesatan.

Justeru, takbur dengan habuan dunia yang sekelumit cuma berbanding ganjaran kekal di akhirat kelak bagaikan perbandingan antara air dan api, yang terlalu jauh bezanya.

Kecantikan, harta benda, nasab dan kedudukan tinggi ketika di dunia yang menjadikan seseorang itu takbur dan berbangga dengan harapan dipuja serta dipuji oleh orang lain akan menghalang pelakunya merasai kenikmatan hidup di akhirat yang kekal abadi.

Sebaliknya, jika kelebihan direzekikan Allah dimanfaatkan untuk orang lain serta menjadikannya insaf seterusnya menghambakan dirinya kepada pemiliknya yang asal, habuan diterima adalah bonus yang mempunyai kiraan di sisi Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

“Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa.” (Surah al-Qasas, ayat 83)

Peringatan Allah itu mengingatkan kita bahawa seolah-olah tiada kehidupan yang baik buat orang sombong dan takbur di akhirat kelak, melainkan hamba-Nya yang bertakwa saja. Orang sombong tidak disukai Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Surah Luqman, ayat 18)

Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW juga kita akan cepat menyedari Baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati serta tidak sombong, walaupun apabila berdepan dengan musuh.

Bahkan sifat pemaaf Baginda SAW sepatutnya menjadi perangsang untuk membina silaturahim dengan sesiapa saja walaupun dengan orang yang sudah menzalimi kita jika ia kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Mahukah aku khabarkan kepadamu sikap penghuni neraka, orang yang berperangai kasar, mendabik dada saat berjalan lantaran sombong.” (Muttafaq ‘alaih)

Orang yang takbur bukan saja menolak kebenaran kerana dunia tetapi juga meremehkan orang lain untuk meninggikan dirinya dan inilah yang dikatakan mendabik dada saat berjalan lantaran sombong.

Hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan. Maka seorang lelaki bertanya: Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan seliparnya yang elok. Nabi menjawab: Sesungguhnya Allah Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”

Seperti orang yang sombong menghina orang lain di dunia begitulah juga di akhirat kelak apabila mereka turut mendapat kehinaan Allah seperti yang dijanjikan. Allah tidak akan memandang mereka, berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehinaan yang sebenar-benar hina.

Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Perkasa adalah kain sarung-Ku dan sombong ialah pakaian-Ku, barang siapa menandingi Aku daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyeksanya.”

Bukan mudah mencabut akar umbi kesombongan yang sudah berselirat dalam diri. Kerana itulah orang bersifat tawaduk cuba untuk menghambakan diri serendah-rendahnya kepada Ilahi untuk menjauhi sikap takbur dan riak.

Hubungan baik sesama manusia juga bertitik tolak daripada hubungan baik dengan Allah. Justeru, orang yang tinggi sifat kehambaannya akan merendah hati apabila bermuamalah sesama makhluk.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud:

“Tidak ada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya.”

Sesiapa yang membuka lebaran sirah Rasulullah SAW pasti akan mengetahui keperibadian Baginda yang agung yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia apabila berurusan dengan Tuhan dan manusia.

Usahkan sombong dengan yang Maha Pencipta, Rasulullah SAW juga tidak sombong dengan isteri-isteri, sahabat, pemimpin pada masa Baginda bergelar ketua negara, rakyat jelata, hatta fakir miskin pun Baginda hormati.

Inilah akhlak yang Baginda pertahankan sesuai dengan pesanan Allah yang dirakamkan dalam wahyu Ilahi kepada Baginda. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang yang berasa lebih tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lainnya.”


Wallahua'lam

Sering Merendah Diri Antara 6 Tanda Taubat Diterima

SEORANG ahli hikmah berkata:

Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: “Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:

  1. Putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih;
  2. Menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah;
  3. Hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat;
  4. Percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.

Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah.

Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan. Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.

Sumber : Abul-Laits Assamarqandi dalam buku, Tanbihul Ghafilin


Tuesday 25 August 2009

Lereh River Resort, Melaka

Hari Khamis lepas Kak Ungku dan suami balik ke Melaka untuk bersama Kak Long (Hajah Maimunah...kakak suami) dan familynya menyambut Ramadan.

Suami Kak Ungku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar-gambar terkini chalet yang diurus oleh kakak ipar Kak Ungku yang terletak di KM9, Sungai Lereh, Tanjung Keling, Melaka. Chalet ini terletak di muara Sungai Lereh dan diberi nama LEREH RIVER RESORT.

Lereh River Resort merupakan 'budget chalet', amat sesuai untuk semua yang berkunjung ke Melaka dan ingin menginap bersama family, orang perseorangan mahupun yang datang secara berkumpulan.


Selamat Datang ke Lereh River Resort



Pemandangan jalan masuk ke Lereh River Resort



Bahagian hadapan masuk ke chalet


Chalet-chalet
Lereh River Resort











Rate chalet di Lereh River Resort amat berpatutan.
  • Sebuah chalet air-cond: RM65.00 nett semalam
  • Sebuah chalet berkipas: RM45.00 nett semalam






Kemudahan-kemuadahan yang disediakan oleh
Lereh River Resort

Wakaf (yang dibina oleh Persatuan Nelayan)


Tempat BBQ
Sedia untuk tempahan BBQ


Bot-bot nelayan

Untuk yang kaki pancing...bolehlah memancing di sini.





Kawasan lapang untuk aktiviti-aktiviti
sukan, perkhemahandan lain-lain



Pemandangan pantai yang indah




Restoran Edo Sinaran
(beroperasi dari 5.00ptg - 2.00pagi)



Pavement dibina dari jalan masuk ke chalet,
menyusuri sekeliling chalet hinggalah ke pantai.
Sesuai untuk mereka yang suka berjogging.







Taman Mainan untuk kanak-kanak






Untuk maklumat lanjut sila hubungi:


Puan Hajah Maimunah binti Sulaiman
Pengurus
Lereh River Resort
No. Tel: 016 - 6637033 / 016-9537307




Wednesday 19 August 2009

Ramadan Al-Mubarak



Kepada semua ahli keluarga tersayang, sanak saudara,
sahabat-sahabat yang dingati selalu dan
sahabat bloggers yang disayangi semua,

SELAMAT BERPUASA......
semoga Ramadan tahun ini
membawa lebih rahmat
dan keberkatan dari Allah
S.W.T insyaAllah.

Salam Ramadan dari: Kak Ungku Betty & Suami


Monday 17 August 2009

Ops Pusara

Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga Kak Ungku untuk membersihkan pusara keluarga 2 kali setahun iaitu menjelang ketibaan bulan Ramadan dan bulan Disember apabila semua ahli keluarga berkumpul. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini Kak Ungku dan suami yang selalunya berkesempatan membersihkan pusara keluarga memandangkan kami tinggal di Batu Pahat. Abang Kak Ungku tinggal di Pontian, Angah di Kuching dan adik lelaki bongsu di Seremban.

Tahun ini kami bertiga iaitu suami, Kak Ungku dan Cik Ton (emak saudara) mulakan dengan membersihkan pusara (pada 3 Ogos 2009) dan kerja-kerja mengecat dilakukan oleh Kak Ungku dan suami (17 Ogos 2009). Kalau nak raya orang sibuk mengecat rumah...Kak Ungku sibuk mengecat pusara keluarga. Itu lebih memberi kepuasan....dalam apa jua bentuk yang mendatangkan kebajikan dan pahala bagi si mati yang dilakukan oleh anak-anaknya sendiri, insyaAllah pahalanya sampai kepada si mati.



Sebelum......


Selepas......



1. Pusara Ayahanda (Meninggal dunia pada hari Isnin, 20 Disember 2004)
2. Pusara Bonda (Meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 Oktober 1987)
3. Pusara Umi (Meninggal dunia pada hari Ahad, 27 Oktober 2002)
4. Pusara Ninda (Meninggal dunia pada hari Rabu, 29 Julai 1987)
5. Pusara Datuk (Meninggal dunia pada hari Khamis, 23 Januari 1964)
6. Pusara Moyang





Pusara Ayahanda & Bonda.....sebelum


Pusara Ayahanda Allahyarham Ungku Hassan bin Tengku Ali
& Bonda Allahyarhamah Tengku Kalthum binti Tengku Othman
.......selepas


Pusara Umi dan Ninda...............sebelum


Pusara Umi - Allahyarhamah Syarifah Poziah Syed Alwee
dan Ninda - Allahyarhamah Tengku Aishah binti Abu Bakar
............selepas


Pusara Datuk- Allahyarham Tengku Othman Bin Tengku Mohd Noor
.....sebelum


Suami Kak Ungku tekun mengecat pusara datuk.....


Pusara Datuk .....selepas


Pusara Moyang Kak Ungku - No.6
Dato' Seri Wangsa Tengku Mohd Noor bin Tengku Sulong


Pusara Moyang Kak Ungku ini dihadiahkan oleh Al -Marhum Sultan Ibrahim




Al- Fatihah.............
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh-roh ahli keluarga Kak Ungku dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman......
Amin






Friday 14 August 2009

Blog Ceria Membaca & Fun Reading

Salam ceria to all my blog readers.......
Just to inform....please feel free to visit my other blog "Ceria Membaca & Fun Reading" (my URL is http://funread-baca.blogspot.com). This blog will share my knowledge and experiences on how to teach children (from the age of 4 years old) to read using the phonemic awareness and phonics techniques. We'll also can share activities to stimulate children to get ready for reading and writing as well.

Critics and comments will be part of this blog. I welcome any feedback and ideas on how to improve this blog for the benefit of all of us. Comment what ever you want as long as it's respectful and in a constructing manner.

I'll try posting it regularly and consistently so bookmark my blog and keep visiting it. This blog will be dedicated to the sharing of my teaching experiences with all of you. Thank you very much for your support.


Salam Ceria & Happy Reading,
Kak Ungku Betty


Ceria Membaca & Fun Reading

Wednesday 12 August 2009

To My Sister......Angah


You are my sister
whom I can share
my joys and sorrows,
You make me comfortable
when I’m sad,
Always know what to do
to make me feel better
and wipe away my tears,
You are my only friend
when all others walk out,
Especially when I need help
and a friend the most.




Angah
....you are the one who understands
every personal event throws at me,
because life’s not always what it seems.
You are the most beloved to me,
As you care so much for me,
Never say no…when I am in need of shoulders to cry and rely on.


Angah my sis......You’ve been my inspiration in so many ways,
You are my sunshine and my best friend,
Your courage and good qualities,
Show your inner and outer beauty,
You guide me to choose the right path so that I never fall.
We have our ups and downs in life,
But no matter what happens to me or to you,
We will insyaAllah make it through,
May Allah bless us always and our families too,
I just want you to know…I LOVE you so much,
And we will always be.....
SISTERS FOREVER……








Yours sisterly luv,
Badar@Bettyboop








Aksi Comel Cucu Kak Ungku

Ini adalah gambar-gambar cucu-cucu Kak Ungku
Si kembar Danial & Danish dan Cute Maria Darwisya

Related Posts with Thumbnails