Bila bercakap tentang jodoh ni....yang career women tu mula menggelabah bila umur dah mencecah late 20's and 30's kan? Who is my Mr Right person......? Macam Kak Ungku dululah. Kak Ungku ingin menasihatkan semua peminat blog Kak Ungku, especially yang career women tu dan berstatus ANDALUSIA.....agar relax.....dah agak2 jumpa yang berkenan dihati jangan gopoh2 dan mendesak2 dan jangan sekali2 memaksa orang untuk menyayangi diri kita. Let it comes naturally. Janganlah tunjukkan sangat kita ni 'desperate ANDALUSIA' . Kita main tarik tali ....ada masa tarik, kemudian lepaskan sikit...tarik banyak....dan begitulah seterusnya. Jual mahal lah sikit senang cakap.
Kalau gaduh2, tengah bengang and break off , jangan ditangisi berlebih-lebihan.... if you love something/someone, set it free, if it comes back to you, so it's yours....but it if doesn't, so it never was.
Jodoh ni kita kenalah berusaha mencarinya dan ianya takkan datang bergolek. Hendak jodoh yang baik memanglah susah nak dapat. Kena usaha, sentiasa berdoa dan terus berdoa dengan penuh kesabaran dan tawakkal. Hanya melalui doa dapat merubah sesuatu yang telah menjadi ketentuan dengan izin Allah. Memanglah doa yang afdal datang dari diri sendiri, tetapi tidak salah untuk meminta orang lain seperti ibubapa, keluarga terdekat atau orang2 alim untuk mendoakan kita juga.
Kak Ungku percaya, anak-anak yang baik, insyaAllah akan mendapat jodoh yang baik. Allah telah menjanjikan bahawa perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik..begitulah sebaliknya. Rahmat Allah dan restu ibubapa dan keluarga juga penting dalam setiap perhubungan dan kebahagiaan perkahwinan.
Untuk berumahtangga ni, kita mestilah mempunyai ilmu bukan main sembrono sahaja. Selain daripada buku-buku agama, buku-buku ilmiah yang lain boleh juga menjadi rujukan.
Kak Ungku syorkan bacalah buku berjudul Men are from Mars and Women are from Venus, Mars and Venus Together Forever, Women and Relationships by Dr John Gray. Good books on improving relationships.
Peka dan belajar dari orang-orang di sekeliling kita yang bahagia rumahtangga mereka...mesti ada rahsianya. Rasulullah telah menggariskan ciri-ciri lelaki mahupun perempuan sebagai teman/pasangan hidup. Ikutlah....kita boleh memilih yang berharta, paras rupa, keturunannya dll tetapi yang lebih penting adalah AGAMAnya.
Lagi satu nasihat Kak Ungku biarlah kita ni bercinta selepas berkahwin. Itulah yang lebih baik dan afdal. Dah lakukan solat istiharah...so kena yakinlah....yang penting pilihan kita adalah yang terbaik dari pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Sebab itu nasihat Kak Ungku lagi, lakukan solat istiharah di awal perkenalan. Kalau sekali buat tak dapat jawapannya...buatlah berkali-kali, insyaAllah Allah akan berikan petunjuknya. Bercinta lepas kahwin ni best.......nak buat apapun tak ada restrictions. Tak payahlah nak kenal dan bercintan lama-lama....
Kalau dah orang bujang limited....bagaimana kalau dengan duda dan suami orang?????
Bersambung..........
8 Yorum var:
"if you love something/someone, set it free, if it comes back to you, so it's yours....but it if doesn't, so it never was."
i keep telling myself of this quote...and every time i am facing the hard times in life, i always think on the bright side of it..if it is never yours, someday it will fly away frm u no matter how hard u hard u try..
of kos beside the iron mask, there is a lady who lives behind it..i ll cry and cry..but somehow the wounds heal by itself yet the scars stay..thats what we call a LIFE
kak, sgt bagus tulisan akak ni...pandangan membina..
Bercinta lepas kawen??...no2..i dun want it to happen to me..minta dijauhkan Allah..x rela menjadi isteri kepada lelaki yg x dicintai...
A note From Heart....
Jangan salah faham, maksud Kak Ungku bercinta lepas kahwin adalah tak bercinta lama-lama. Get to know your hubby better after u get married. Lelaki ni manusia yang banyak alam. Sebelum berkahwin perangai lain, lepas kahwin lain,after 5 years dan seterusnya. Jangan terkejut just be prepared dan terima dia seadanya. As for me lepas istiharah positif, jumpa family, dua-dua dah suka sama suka, fulus mencukupi so tunggu apa lagi? Kenal lamapun belum tahu end up dgn perkahwinan dan belum tentu menjamin kebahagian. Masing-masing punya pandangan....
He2..yup..masing2 punya pandangan..tp skrg i'm just searching for a boyfriend..not a husband..kalau blh nak elak pk hal2complicated nih..mls nak menambahkan komitmen...
Haa..antara duda n suami org..if I pilih suami org cmne? X dikatakan perampas? Baik pilih duda kan..huhu..selamat skit x kena serang ngan bini org..
x jugak....yang baru cerai talak 1 or 2 belum tentu jugak....ada yg gila talak tau....apapun mcm pilihan mak teh, so far, alhamdulillah...
Bermadu banyak yang merana...jgn ada termasuk dalam akal untuk bermadu ok?
Mcm tau2 jer...
Sen de yaz