Wednesday, 6 October 2010

Sajian Selatan Istimewa - Laksa Johor

Laksa Johor

Bahan A :

1 kg ikan kembung (direbus & diambil isinya)
500 gram ikan parang (Kak Ungku guna ikan tenggiri) (direbus & ambil isinya)
(ambil air rebusan ikan - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa)
500 gram udang basah (direbus dan diambil isinya)
(air rebusan udang: Kak Ungku akan basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air)
3 keping ikan kurau masin
4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah
1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.


Bahagian B :

20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 cm halia
4 cm lengkuas
2 cm kunyit
1/2 keping belacan
9 sb ketumbar
3 sb jintan putih
3 sb jintan manis
1 sb lada sulah

Kesemua Bahan B di atas dikisar halus.


Bahan C :


1 kepal/genggam asam jawa (anggaran sebesar telur itik) dan 1 cawan air - air asam jawa
(kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)
2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya (boleh gunakan 1 kotak sedang santan kotak)
3 sb gula melaka
1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)
ajinomoto, gula, garam secukup rasa
1 paket rempah kari ikan (jika suka)
Minyak secukupnya untuk menumis


Spaghetti :
Direbus dan kalau boleh dicap (dipintal menjadi seperti nombor 8)

Ulam-ulaman laksa :

limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan (Kak Ungku campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)



Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan Bahan B hingga wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.
5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.


Kak Ungku masak memanglah tidak mengikut sukatan...tetapi insyaAllah inilah bahan yang Kak Ungku gunakan untuk memasak Laksa Johor. Keluarga Kak Ungku memang very particular dalam penyediaan masakan. Potong timun dan cap spaghetti ada seninya yang tersendiri. Sekurang-kurangnya ini adalah resepi asli Laksa Johor keluarga Kak Ungku.

Selamat mencuba ye ;D


Sunday, 3 October 2010

Sajian Selatan Istimewa Kak Ungku - Laksa Johor

Hari ini untuk juadah berbuka puasa Kak Ungku dan hubby ialah Laksa Johor.
Mood rajin datang, pagi-pagi lagi dah mula memasak. Semalam Kak Ungku & hubby dah membeli barang-barang untuk membuat laksa Johor.
Penyediaannya agak cerewet, sebab itu tak ramai yang suka masak laksa johor ni.
Agak meletihkan....alhamdulillah pukul 12.30 tengahari siap.
Hendak resipi? Tunggu dalam blog Sajian Selatan Istimewa Kak Ungku yer....


Dan inilah hasilnya....
Sajian Selatan Istimewa Kak Ungku - Laksa Johor




Related Posts with Thumbnails