Wednesday, 28 October 2009

Anak-anak Didik Kak Ungku.........

Kak Ungku memang rapat dengan anak-anak didik Kak Ungku.
Ramai yang bertanya kenapa Kak Ungku menggunakan istilah
ANAK DIDIK dan bukannya anak murid atau pelajar.

Pepatah Melayu mengatakan "melentur buluh biar dari rebungnya".
Anak-anak kecil ini bukan sahaja perlu diajar membaca dan menulis,
tetapi perlu juga dididik nilai-nilai murni kepada mereka.
Antaranya:

  • patuh & menghormati ibubapa
  • patuh & menghormati guru-guru mereka
  • patuh & menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
  • menghormati rakan-rakan sebaya
Mengajar anak-anak kecil ini perlu kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi
anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti dyslexia & autism.
Mereka perlu diajar dengan penuh kasih-sayang, pujian & rasa tanggungjawab.
Latarbelakang anak-anak ini juga berbeza di antara satu sama lain.
Mereka berbeza dari segi intelektual-IQ, mental, latarbelakang ekonomi keluarga, perangai dll. Oleh itu approach mengajar tidaklah sama.

Alhamdulillah..setakat ini saya tidak mempunyai masalah besar untuk
mendidik mereka. Anak-anak didik Kak Ungku terang hati dengan teknik pembelajaran yang diikuti...

Lihatlah gelagat comel & nakal mereka.....











Tuesday, 20 October 2009

Program Intensif Ceria Membaca

Kak Ungku Betty akan meneruskan Program Cepat Baca & I Can Read yang kini dikenali sebagai Program Ceria Membaca & Fun Reading.

Mulai 14 November 2009, kami akan mengadakan Program Intensif Ceria Membaca, melalui program ini, insyaAllah anak-anak anda boleh membaca dengan lancar dan cepat melalui Kaedah Fonemik & Fonik. Anak-anak juga akan diberi pendedahan menulis dan multimedia.

Program membaca ini terbuka kepada kanak-kanak seawal 4 tahun dan ke atas.


Pendaftaran bagi Sesi 2009/2010 dibuka SEKARANG.


Kelas akan bermula pada 14 NOVEMBER 2009.





Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
PUAN TENGKU BADARIAH
013-7007353



Wednesday, 7 October 2009

Anak-anak Didik Kak Ungku Sudah Pandai Membaca

Berikut hanyalah sebahagian daripada profail anak didik saya yang telah mengikuti Program Cepat Membaca & I Can Read yang mana sekarang dikenali sebagai Program Ceria Membaca & Fun Reading.

Anak-anak yang bermula awal akan sentiasa di hadapan...terbukti mereka adalah pelajar cemerlang di tadika (bagi Ilyana & Ibrahim) dan kelas Pemulihan Khas (bagi Farzanah)... alhamdulillah.

Hingga kini Kak Ungku telah mengajar dan mempunyai lebih daripada 120 orang anak didik....yang mana mereka telah mahir membaca dan juga menulis.

Kepada ibubapa...terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan mereka.

I'll be updating more profiles either in my blogs or FB.
Love them all....muah.



Sofia Ilyana binti Baharom

Mula belajar membaca seawal usia 31/2 tahun.
Sekarang ini Ilyana berumur 5 tahun, mahir membaca & menulis di dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris.











Ibrahim bin Dr Sh Salleh

Mula belajar membaca seawal usia 4 tahun.
Sekarang Ibrahim berumur 5 tahun, mahir membaca & menulis di dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.







Noor Farzanah binti Zaid.
Merupakan seorang pelajar istimewa.
Disahkan oleh pakar kanak-kanak sebagai dyslexia.
Mula belajar membaca pada usia 8 tahun.
Kini Farzanah berumur 10 tahun, boleh membaca & menulis di dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris dengan baik.


Wednesday, 29 July 2009

Blog Ceria Membaca & Fun Reading

Kak Ungku bercadang untuk launch satu lagi blog (sekarang ni tengah kumpul materials) untuk berkongsi pengalaman Kak Ungku mengajar pelajar-pelajar cilik seawal 3-4 tahun membaca dan menulis. Kaedah yang digunakan masih asing di kalangan ibubapa mahupun guru-guru tetapi semakin mendapat perhatian sejak 5 tahun yang lalu. Kaedah membaca ini dinamakan fonemik atau kesedaran fonemik (phonemic awareness).

Kesedaran fonemik ini sebenarnya ada kaitan dengan kaedah fonik iaitu kaitan antara bentuk dan bunyi huruf dan kemahiran untuk menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk sukukata, perkataan dan seterusnya ayat. Melalui kaedah ini anak/pelajar mempelajari bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan dipisahkan.

Contoh:

perkataan - baca

terdiri daripada 4 bunyi iaitu : /b/ (beh), /a/ (ah), /c/ (ceh) dan /a/ (ah)

/b/ /a/ /c/ /a/ = /ba/ /ca/ = baca

Melalui kaedah fonemik pelajar-pelajar cilik Kak Ungku tidak diajar membaca dengan mengeja, tetapi mereka belajar membunyikan asas setiap abjad dari a - z, seterusnya menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk sukukata dan perkataan.

Secara logiknya, Kak Ungku mengambil contoh perkataan bawa.
Kalau kita mengeja bawa ianya akan dieja sebagai:

b a = ba, w a = wa
b a = ba rasanya tidak ada masalah
w a = wa (double u) dan a.......macamana boleh bunyi wa ?

Kalau kita menggunakan kaedah fonemik lebih mudah.
Masih menggunakan perkataan yang sama iaitu....bawa

/b/ (beh), /a/ (ah), /w/ (weh), /a/ (ah)
/b/ /a/ /w/ /a/ = /ba/ /wa/ = bawa

pelajar-pelajar lebih mudah membunyikan
/w/ (weh) /a/ (ah) = /w/ /a/ = wa
dari
double u (w) + a = wa

contoh lain: y (wai)
y...a (wai + a) = ya.....kenapa tidak bunyi wai a

lebih logik ikut bunyi:

y...a = /y/(yeh) dan /a/(ah) = /y/ /a/ = ya


Apa yang Kak Ungku ingin sampaikan ialah cara mengajar membaca mengikut kaedah bunyi, pisah dan gabung ini lebih mudah dan cepat difahami oleh semua pelajar berbanding cara mengeja dan sukukata. Kalau belajar melalui sukukata berapa ratus sukukata yang perlu dingat oleh pelajar? Dari ba, bi, bu, be bo..........za, zi, zu, ze, zo (untuk 2 sukukata), dan ban, bin, bun, ben, bon .....zan, zin, zun, zen, zon (3 sukukata) dan seterusnya? Pelajar lembam, autism, dyslexia dan bermasalah pembelajaran (learning disabilities) memang sukar untuk mengikuti cara membaca dengan mengeja dan sukukata.


Tidak hairan kalau dalam berita baru-baru ini lebih 50,000 pelajar Tahun 1 adalah buta huruf dan sehingga Tahun 6 terdapat lebih daripada 400,000 pelajar masih tidak boleh membaca. Kak Ungku akan teruskan usaha menabur bakti untuk mengajar membaca menggunakan kaedah fonemik & fonik yang telah terbukti keberkesanannya. Alhamdulillah 95% daripada anak didik Kak Ungku telah boleh membaca dengan lancar dan menulis dengan baik melalui kaedah ini. Lebih membanggakan hampir semua anak didik saya tidak mempunyai masalah untuk terus belajar membaca menggunakan kaedah yang sama dalam Bahasa Inggeris.


Anak-anak yang bermula awal (mempunyai kemahiran membaca dan menulis) akan sentiasa di hadapan....terbukti anak-anak didik Kak Ungku telah menunjukkan prestasi cemerlang dari peringkat TADIKA lagi hingglah ke sekolah rendah. Ayat pertama yang turun juga ialah IQRA' - bacalah. Membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Semoga Allah s.w.t akan terus memberikan kekuatan, keberkatan dan rahmatNya untuk Kak Ungku meneruskan usaha murni ini bersama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa....InsyaAllah.


Dulu semasa Kak Ungku dalam dunia korporat tidak nampak semua ini....tetapi setelah bekerja sendiri dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang pendidikan, Kak Ungku dan suami merasakan sumbangan kami walaupun tidak seberapa ...tetapi kepuasan (satisfaction) yang diperolehi berbaloi-baloi....eheh macam iklan CELCOM Search pulak...

See u in my next blog, insyaAllah.


Anak singa yang cute inipun hendak belajar membaca tau.....

One day at the reading class:

Teacher Betty: What sound is this ' C ' ?
Little Lion: /C/ (keh)

Teacher Betty: Very good! What word starts with /C/?
Little Lion: Cub...like me!

Teacher Betty: Soooo clever!

Related Posts with Thumbnails