Tuesday, 4 August 2009

Jodohku 2 - Liat macam daging banyak urat

Kak Ungku selalu bertanya pada diri sendiri...kenapa jodoh ni liat macam daging banyak urat? Kak Ungku berkawan only one at a time...bila nampak macam ok, ada aje yang tak kena..many times.

Kenapa jodoh ni susah sangat? Bersangkak aje? Pernah satu kali tu anak saudara my MD datang kat office dan joint kami bersembang (dah habis waktu bekerja tau!). Nama dia Akid (nickname) dan disebabkan dia belajar kat Jepun, dapat nama baru Akido. Nak jadi kan cerita Akido ni masa belajar kat Jepun ada jin Jepun berdamping dengan dia. So at times dia akan fasih berbahasa Jepun dan boleh nampak benda-benda pelik (yang orang lain tak nampak). So masa jumpa tu family dia bawa dia balik (cuti setahun) untuk berubat kat Darul Syifa'.


Masa tu Kak Ungku adalah terbekenan dengan seorang teman biasa..tetapi mesra (Mr X). Malangnya perhubungan kami ni selalu aje bermasalah. So my MD tanya Akido...our conversations as follows (ini cerita betul tau)....


MD: Akido...boleh tengok Aunty Betty kita ni punya boyfriend tak?
Akido: Boleh...dia duduk diam sekejap. Mata dia merenung tepat kat mata saya.
(Kak Ungku masa tu diam aje...nak tengok & dengar apa yang akan diperkatakan oleh Akido)
MD: Boyfriend Aunty Betty ni sayang tak kat dia?
Akido: Tak..dia tak ikhlas kawan dengan Aunty Betty (alamak berderau jantung Kak Ungku masa tu)
MD: Kenapa?
Akido: Dia ada girlfriend lain.
MD: Habislah you Betty (beberapa orang collegues yang lain dok ketawa) ....cantik tak?
Akido: Cantik...sebab tu dia suka kat girlfriend dia ni.
(masa tu antara percaya dan tidak...oooo ada girlfriend lain rupanya....dasar lelaki...nak cari yang cantik aje.....boring! dalam hati Kak Ungku)
Akido: Jodoh Aunty Betty bukan dengan boyfriend dia ni....
MD: Habis dengan siapa?
Akido: Dengan orang lain yang dia akan kenal suatu hari nanti.
(eheh si mamat Akido ni biar betul.....dengan orang yang AKAN Kak Ungku kenal?)
Haa soalan seterusnya ini Kak Ungku pulak yang tanya.
Betty: Orang dia macamana?
Akido: Kalau ada jodoh...dia ni baik macam Aunty Betty dan handsome. Dia lebih tinggi daripada Aunty dan kulit cerah. Akido senyum.....Aunty akan happy dengan dia.
Betty: Ok, ok thank you Akido.
MD: Other questions tak nak tanya ker?
Betty: Dahlah kalau percaya....jatuh syirik pulak nanti. Just wait and see, ok?


Lepas daripada itu Kak Ungku dah lupalah pasal Akido and our strange conversations. Macam-macam yang Kak Ungku buat. Pernah tanya my friends yang dah berkahwin, macamana you tahu seseorang lelaki tu untuk (jodoh) you? Entah ek...you akan tahu sendiri, ada chemistry yang susah I nak explained. My friends yang religious pulak...apa susah Betty buatlah solat istiharah, tapi buat lagi awal you kenal...jangan bila dah sayang baru nak buat..bias nanti.


Kak Ungku sampai pernah tersalah berubat gara-gara ingin mengetahui kenapa jodoh bersangkak. Taubat nasuha..tak nak lagi mandi-mandi bunga, telaga dan lain-lain yang tak masuk akal tu. Janganlah pergi tempat-tempat sebarangan...nampak guna ayat-ayat al-Quran tapi in between tu entah ayat apa...Sampai kena berulang kat Darul Syifa' berubat.
eee bila dikenangkan balik............horror!


Hubungan Kak Ungku dengan boyfriend Mr X tu putus, tidak kesampaian. Dia dahpun berkahwin...dengan siapa? Dengan girlfriend baru dia tu...dengar-dengar cerita memang cantik. Alamak teringat Akido....jangan berdosa kalau percaya...secara kebetulan aje kot....kata Kak Ungku dalam hati.
My friend ni ada jemput Kak Ungku masa wedding dia, tapi Kak Ungku tak datang. Menangis bagai nak gila....bodoh!


Dalam sedih Kak Ungku akan selalu renungkan nasihat2 dalam KENAPA AKU DIUJI?
Antara lain:

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


RASA FRUST?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal
.


Ya, minta terus kepada Allah..berdoa tanpa berputus asa. Memanglah jodoh di tangan Allah tetapi sebagai insan kita wajib berikhtiar mencari dan memilih yang sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Allah.


Ok dengan semua yang berlaku kalau tidak ambil iktibar jugak....memang dungu dan alamat tidak kahwin sampai tua.


Kak Ungku dah beri dateline.....dateline untuk apa?



Bersambung......

6 Yorum var:

~salwaredzuan~ said...

bersangkak tu apa yerr.. tak pernah dgr.. tp bab dateline tu sy rasa sy tau..hihi dateline utk.....

Kak Ungku Betty said...

Bersangkak tu maknanya banyak sangat halangan. Asyik tak jadi aje kalau nak buat sesuatu.

Intan Azlina said...

betoi gak, kekadang kena berusaha jgk kn, x kn nk duduk diam je :-)

dayah said...

Salam Auntie,
Wahh.. dah masuk sampai berubat bagai ni. Ishh seram gak kan.. comel nama Akido ni.. siapalah gerangannya..siap ada ilmu.. dahsyat laaa

TERATAK IMPIANKU said...

salam auntie,,lbh manis sy panggil auntie betty yea..hope ok la eh..trima kasih auntie,bg nasihat..hargai sgt..mmg la kak..byk dugaan cr kje ni..dgn family duk bg pressure,mmg stress..sue doa moga cepat dpt kje or sambung blaja...sy tak habis lg explore N3 auntie..nnti sue bc

Kak Ungku Betty said...

Salam,kalau nak further studies aunty sokong sangat2. Bila dah kerja nanti susah nak smabung studies maklumlah cabaran kuat dlm banyak segi unless co. memang encourage, itu lain cerita. All the best to you. sue.

Related Posts with Thumbnails