Thursday, 9 July 2009

Raja Ali Haji : Gurindam Dua Belas

Nama penuh beliau ialah Tengku Haji Ali al-Haj bin Tengku Haji Ahmad bin Raja Haji Asy-Syahidu fi Sabillah bin Upu Daeng Celak, yang lebih masyhur dengan sebutan Raja Ali Haji saja. Beliau dilahirkan di Pulau Penyengat Indera Sakti yang ketika itu menjadi pusat pemerintahan Riau-Lingga-Johor dan Pahang. Raja Ali Haji dilahirkan oleh ibunya, Hamidah binti Panglima Malik, Selangor, tahun lahirnya tercatat pada 1809.



Kerajaan Johor-Riau-Lingga bertambah masyhur dengan kemunculan Raja Ali Haji dengan pelbagai karangannya yang bercorak sejarah yang banyak dibicarakan oleh ahli bahasa dan sastera di Nusantara (Indonesia dan Malaysia),bahkan menjadi perhatian yang serius oleh orientalis Barat.

Dalam banyak-banyak karya Raja Ali Haji, Kak Ungku suka membaca karyanya yang berjudul Gurindam Dua Belas. Dinamakan Gurindam Dua Belas kerana terdiri dari dua belas fasal. Yang terkandung dalam Gurindam Dua Belas ialah perkara-perkara mengenai individu, kewajipan-kewajipan para raja dan sifat-sifat masyarakat, kewajipan kepada ibubapa dan ibubapa kepada anak dan lain-lain. Bahasanya sungguh indah sekali.

Berikut Kak Ungku bentangkan Gurindam Dua Belas untuk tatapan.


Gurindam 12 - fasal pertama dan kedua yang ada di dinding makam
Engku Puteri Hamidah, di Pulau Penyengat.

(Pulau Penyengat dikatakan telah diberikan kepada beliau sebagai mas kahwin oleh Sultan Mahmud Shah III, Sultan Johor ke-16)


Gurindam Dua Belas



Ini gurindam fasal 1

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia melarat.



Ini gurindam fasal ke-2


Barang siapa yang mengenal tersebut,
tahulah dia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.


Ini gurindam fasal ke-3

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.


Ini gurindam fasal ke-4

Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.


Ini gurindam fasal ke-5

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,


Ini gurindam fasal ke-6

Cari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi.


Ini gurindam fasal ke-7

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.


Ini gurindam fasal ke-8

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.


Ini gurindam fasal ke-9

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan,
bukannya manusia iaitulah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segala hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.


Ini gurindam fasal ke-10

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kafill.


Ini gurindam fasal ke-11

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.


Ini gurindam fasal ke-12

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.


Sumber:

  • Wikipedia
  • www.geocities.com

Saturday, 4 July 2009

Fasa III : Kerajaan Riau-Lingga

Kerajaan Riau-Lingga merupakan sebuah kerajaan Islam yang pada mulanya merupakan sebahagian daripada Kerajaan Melaka yang kemudiaannya Kerajaan Johor-Riau-Lingga. Pihak Inggeris dan Belanda membuat perjanjian dalam tahun 1824, telah membahagikan Kerajaan Johor kepada dua iaitu Johor berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga di bawah pengaruh Belanda. Maka bermulalah Kesultanan Riau-Lingga dengan perlantikan Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I, sebagai Sultan Kerajaan Riau-Lingga yang pertama.


Kepulauan Riau-Lingga sekarang




Kesultanan Riau-Lingga
berkuasa tidaklah begitu lama cuma lebih kurang satu abad sahaja. Konspirasi jahat Inggaris dan Belanda telah berjaya melemahkan Kerajaan Riau-Lingga, selain daripada faktor masalah dalaman pemerintahan kerajaan.

Walau bagaimanapun era Kesultanan Riau-Lingga telah berjaya menyumbang peranan yang besar dalam perkembangan Bahasa Melayu. Tokoh intelektual yang paling terkenal semasa Kesultanan Riau-Lingga ialah Raja Ali Haji (1809-1873). Beliau merupakan seorang ahli sejarah, pujangga dan ahli agama yang menetap di Pulau Penyengat (pusat pemerintahan Kerajaan Riau-Lingga pada waktu itu). Di antara karyanya yang terkenal adalah Tuhfat al-Nafis, Gurindam Duabelas, Silsilah Melayu dan Bugis serta banyak lagi.



1. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I
ibni al-marhum Sultan Mahmud Riayat Shah (1818-1832)

2. Sultan Muhammad Muadzam Shah III
ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah (1832-1835)
(kerana selalu sering berada di Terengganu,
baginda telah diturun tahta oleh Belanda)


3. Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV
ibni al-marhum Sultan Muhammad Muadzam Shah (1835-1857)
(Sultan Mahmud telah diturunkan tahta oleh pihak Belanda pada tahun 1857,
baginda telah digantikan oleh bapa saudaranya

Tengku Sulaiman Badrul Alam Shah)


4. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah II
ibni al-marhum Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah (1857-1883)
(mangkat pada 1883 tanpa meninggalkan zuriat dan waris)

5. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II
ibni al-marhum Raja Muhamad Yusuf al-mahdi (1885-1911)
(perlantikannya mendapat sokongan bondanya Tengku Fatimah
yang merupakan anak perempuan kepada Sultan Mahmud Muzaffar Shah
dan ayahandanya YPM Raja Muhamad Yusuf al-mahdi.
Baginda telah diturunkan tahta oleh pihak Belanda.
Merupakan Sultan Riau Lingga yang terakhir.
Baginda mangkat dan disemadikan di Singapura.







Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II tidak mahu tunduk dengan pihak Belanda. Salah satu perubahan yang tidak disenangi oleh Belanda ialah apabila baginda menyatukan kuasa Yang diPertuan Muda di bawah kuasa Sultan. Selama ini kuasa YPM sentiasa berada di kalangan kaum bangsawan Bugis sahaja.

Demi mempertahankan maruah diri sebagai Raja Melayu, baginda tidak mahu berkompromi dengan pihak Belanda dan bertindak meninggalkan Pulau Penyengat dan berhijrah ke Singapura. Akhirnya Kerajaan Riau-Lingga dihapuskan oleh Belanda secara in absentia , pada 3 Februari 1911.

Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II mangkat di Singapura pada tahun tahun 1911.




__________________________________


Beberapa peninggalan (royal regalia) daripada Kerajaan Riau-Lingga



Cogan Kerajaan Riau-Lingga


Cogan yang diperbuat daripada emas ini adalah sebahagian daripada alat kebesaran Sultan Riau-Lingga. Tulisan Melayu Jawi yang terdapat padanya berbunyi: "Bismillah HirRahman Nir Rahim" Bahwa inilah Raja yang berketurunan dari Bukit Seguntang asalnya dari Baginda Seri Sultan ISKANDAR ZULKARNAIN. Inilah Raja yang Adil lagi Berdaulat yang mempunyai Tahta Kerajaan serta Kebesaran dan Kemuliaan kepada segala Negeri Tanah Melayu kurnia Tuhan Rabbul-Arsyil Azim atasnya dikekalkan Allah Subahannallahu Taalla diatas Kerajaannya ditambahi Allah pangkat yang Kebesaran serta Darjat Kemuliaan Daulatu Sa'adati Allahuma Khalidullahulahu Bija-annabiyi Mursalin Waalla=alihi Wasyahbihi Ajemain - Amin Amin - Allahuma - Amin.


___________________________________________

Makam Raja Ali Haji di Pulau Penyengat


Sumber:

  • Wikipedia
  • Melayuonline.com
  • melayu-raya.blogspot.com
  • Sejarah Adat Istiadat Kesultanan Johor

Friday, 3 July 2009

Petition Letter To Dutch Government

On 12 January 1939, a petition was presented to the Dutch Government by a certain Tengku Abdul Rahman, a claimant to the Riau throne (according to the Dutch, he was probably the inspiration behind the Lambaga article). He said that Sultan Sulaiman should have been succeded by one of the other living male descendants of Sultan Muhammad and not Sultan Abdul Rahman whose father was Bugis. This petitioner said he himself, was descended from a son of Sultan Muhammad (d.1844) and therefore the throne of Riau-Lingga should go to him.


Excerpt of letter to the Governor General of East Indies

Quote

Magistrate's Office
Johore Bahru, 25th Sept., 1939

Your Excellency,

I have the honour of addressing your Excellency with a letter in Malay dated 12th January 1939 on the subject of the revival of the Dynasty of Riau and Lingga.

2. Presumely at your request, the Government of Johore, I gathered, forwarded a certified copy of my ancestral lineage to the Counsel-General for the Netherlands at Singapore, sometime in March 1939, and I hope that it has proved to your Excellency my eligibility as a candidate for this vacant throne under the Protection of the Netherlands Government.

3. Owing to the present precarious situation of the World, perhaps your Excellency will readily appreciate the great anxiety naturally entertained by mein this matter, and so kindly direct the course of its affairs accordingly for an early decision by the Netherlands Government, for which kind act I offer Your Excellency my most sincere and heartfelt gratitude.

4. Assuring Your Excellency of my highest respects.

I remain,
Your Excellency,
Most obedient and loyal servant,
(wg) Tengkoe Abdoelrachman bin Tengkoe Mahmoed
Voor eensluidend afschrift,
De Gouvernements Secretaris
His Excellency the Governor-General,
For the Netherlands Indies


______________________________________________________________

Statement by Tungku Abdulrachman bin Mahmud bin Othman bin sultan Muhammad Muadzam Shah

before Ungku Menteri Besar.

___________________________________________

1. I admit having sent a petition dated 12th January 1939 to H.E the Governor General, Netherland India, in connection with the vacant throne of Riau Lingga. I am a descendant of the late Sultan Muhammad Muadzam Shah who should be eligible to become Sultan in accordance with geneological table herewith. This claim is made in view of the Netherland India Government's proposal to revive the Sultanate of Riau Lingga.

2. Sultan Muhammad Muadzam Shah had three sons, viz.

(1) Tungku Mahmud

(2) Tungku Othman (Tungku Embong) my grandfather

(3) Tungku Said

3. When Sultan Muhammad Muadzam Shah died, he was succeded by his son Tungku Mahmud as Sultan Mahmud Mudzafar Shah. His only child was a daughter, Tungku Fatimah (Tungku Embong) and she married the tenth Yang diPertuan Muda Riau, Raja Mohammad Yusof Ahmad.

4. Sultan Mahmud Mudzafar Shah was dethroned by the Netherland Government in 1857 (A.H. 1274) and he was succeded by his uncle Tungku Sulaiman (Tungku Muda) as Sultan Sulai9man Badrulaam Shah. He had no issue.

5. When Sultan Sulaiman died in 1883 (A.H. 1300) Tungku Fatimah, a daughter of Sultan Mahmud Mudzafar Shah, who had married the tenth Yang diPertuan Muda Riau, Raja Muhammad Yusof Ahmad (see para 3), became Regent. By his wisdom the Yang diPertuan Muda Riau, Raja Muhammad Yusof Ahmadi, was able to obtain the support of the Resident Riau in the selection of his son by Tungku Fatimah (T.Embong), Tungku Abdulrachman as Sultan Lingga Riau. He was known as Sultan Abdulrachman Muadzam Shah II.

6. The rightful selection should have fallen on one of the living descendants of Sultan Muhammad Muadzam Shah, viz. Tungku Mahmud and Tungku Hussain or one of their sons who were Malays and not a descendant of Yang diPertuan Muda who was Bugis.

7. Sultan Abdulrachman was "dethrone" by the Netherland Government in 1911 (A.H. 1329). He died in Singapore in 1930 (A.H. 1349).

8. Since the abdication of Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah II in 1911 the throne of Riau Lingga has remained vacant.

9. Because I am one of the descendants of Sultan Muhammad Muadzam Shah, I sent in that application in para 1 hoping that it would be considered.

10. I am about 43 years old, passed standard VI in Malay and VII in English. My mother, Ungku Maimunah (Ungku Embi), is one of the children of the late Ungku Mohammad Khalid bin Temenggong Ibrahim.

11. I have been in service of the Johore Government for about 20 years. At present I am attached to the Magistrate's Court as Clerk I.B. I hold a commission as Lieutenant in the Johore Voluteer Forces.

12. I have three brothers living who are all younger than I am namely, Tungku Abdul Jalil, Tungku Ali and Tungku Sulaiman. They are all in the service of the Johore Government.

13. I shall be obliged with your help and support to bring to the notice of the Netherland authority that I am truly descendant from Sultan Muhammad Muadzam Shah.


(Sgd) Abdulrahman bin Mahmud

voor eensluidend afschrift:

De Gouvernement Secretaris,

True copy

(Sgd) A. Aziz

7.3.39

____________________________________________


The above Tengku Abdul Rahman was my grandfather's (Tengku Ali) eldest brother. His petition was never being supported by the Netherland Government. No action was actually taken by the Netherland Government to revive the Sultanate of Riau-Lingga.

It was left vacant forever.....








Fasa II : Perpecahan Kerajaan Johor-Riau-Lingga

Mengikut fakta sejarah, Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah didirikan oleh Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir bersama-sama anaknya Sultan Alaudin Riayat Shah II, pada tahun 1528. Sebelumnya daerah Johor-Riau-Lingga merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Kesultanan Melaka yang runtuh akibat serangan Portugis pada 1511.

Pada puncak kejayaannya Kesultanan Johor-Riau-Lingga mencakup wilayah Johor, Singapura, kepulauan Lingga, daerah-daerah di Sumatera seperti Riau daratan dan Jambi.

Kepulauan Lingga :


Pada tahun 1811 Sultan Mahmud Shah III (Sultan Johor ke-16) mangkat di Lingga tanpa menamakan sebarang pewaris tahta. Dalam sengketa yang timbul pihak Inggeris memberi sokongan kepada putera sulong Sultan Mahmud Shah iaitu Tengku Hussain, sedangkan Belanda menyokong adik tiri Tengku Hussain iaitu Tengku Abdul Rahman.

Pihak Inggeris pada tahun 1824 telah membahagikan Kesultanan Johor kepada dua iaitu

  • Johor berada di bawah pengaruh Inggeris
  • Riau-Lingga berada di bawah pengaruh Belanda.

Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ibni al-marhum Sultan Mahmud Shah telah dilantik oleh pihak Belanda menjadi Sultan yang pertama untuk Kerajaan Riau-Lingga.

Sementara itu Tengku Hussain (Tengku Long) kekanda kepada Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah dilantik oleh Inggeris sebagai Sultan Johor (merangkumi Singapura).

Dengan peristiwa perpecahan ini bermulalah era pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah I ibni al-marhum Sultan Mahmud Shah sebagai Sultan Riau-Lingga yang pertama.


Seterusnya.....kita bersusur galur pula tentang Kesultanan Riau-Lingga (asal usul keluarga sebelah ayahanda Kak Ungku dan kena mengena pula dengan Kesultanan Johor ).



See you all in my next blog........


Saturday, 20 June 2009

Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Bila kita bercerita tentang Kesultanan Johor, salah satu cerita yang masyhur adalah tentang "Sultan Mahmud Mangkat Di Julang". Selalunya kita confused tentang Sultan Mahmud adakah sultan ini Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang terakhir tu? atau sultan yang lain?

Menurut fakta sejarah, sultan yang dimaksudkan ialah Sultan Mahmud Shah II iaitu Sultan Johor yang ke-10 (Raja Mahmud / 1685-1699). Baginda Sultan Mahmud II diputerakan pada tahun 1675 . Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah dan cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530. Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi Sultan Johor ketika berumur 10 tahun oleh itu semua urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan Kerajaan Johor berada di Lota Tinggi sementara Johor Lama dijadikan sebagai istana hinggap.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun (tapi dalam cerita Melayu - Laksamana Bentan, rasanya Sultan Mahmud digambarkan macam dah berumur aje....) dipercayai ditikam
dan dibunuh oleh Megat Seri Rama atau lebih dikenali dengan nama Laksamana Bentan pada hari Jumaat, Ogos 1699 dan peristiwa ini disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Makam Sultan Mahmud II ini terletak di Kampung Makam kira-kira 3 km dari bandar Kota Tinggi. Makam ini dikenali sebagai Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.


Al-Fatihah......




Pintu masuk ke Kompleks Makam



Kompleks Makam Sultan Mahmud II



Pandangan Makam Sultan Mahmud II
dari dekat



Makam Laksamana Bentan


Nama sebenar Laksamana Bentan ialah Megat Seri Rama, menurut sejarah beliau berasal dari Bentan Sumatera dan bertugas sebagai Panglima Angkatan Laut Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Megat Seri Rama telah menikam Sultan Mahmud sewaktu dijulang ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Ini disebabkan dendamnya terhadap tindakan Sultan Mahmud II yang telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas isterinya Dang Anum sewaktu ketiadaan beliau mempertahankan negeri Johor dari serangan musuh. Dang Anum telah dijatuhkan hukuman bunuh kerana dituduh memakan seulas nangka yang diambil dari kawasan larangan Diraja.

Namun demikian Sultan sempat menikam balas Megat Seri Rama dan melafazkan sumpah bahawa "Orang-orang Bentan akan muntah darah jika berkunjung ke bumi Kota Tinggi selama tujuh keturunan". Peristiwa ini terkenal dengan 'Sultan Mahmud Mangkat DiJulang'.

Makam Laksamana Bentan terletak di Kampung Kelantan dan berhampiran dengan Tebing Sungai Kemang di Daerah Kota Tinggi. Dipercayai disinilah disemadikan Megat Seri Rama yang juga dikenali sebagai Laksamana Bentan, pahlawan melayu terbilang dan isterinya Dang Anum.


Al-Fatihah.....




Batu Asas Pengenalan Makam
Laksamana Bentan




Makam Laksamana Bentan




Makam Laksamana Bentan
& Isterinya
Dang Anum



Sumber:
  • Wikipedia
  • johor.jkr.gov.my

Friday, 19 June 2009

Fasa 1 - Sejarah Kesultanan Johor dan Riau-Lingga

Naskah catatan ringkas Kak Ungku kali ini adalah hasil pembacaan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Terdapat fakta-fakta baru di dalam catatan kali ini yang mana merupakan 'value added' kepada fakta-fakta dalam blog Kak Ungku yang terdahulu.


Kesultanan Johor


Kesultanan Johor ini pada awalnya merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melaka yang bermula daripada tahun 1401. Menurut catatan sejarah dan mitosnya, sultan-sultan yang mewarisi wilayah takluk Melaka ini berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang warisnya turun dari Bukit Siguntang, Jambi, Indonesia. Anak-anak raja dari Bukit Siguntang inilah yang mula-mula membuka Melaka....wallahu'alam.


Setelah Melaka dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka yang terakhir berundur dan anak-anak cucunyalah yang membuka Kerajaan Johor dan kemudiannya menguasai seluruh Riau daratan dan kepulauan serta sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu.


Kerajaan Johor
dikatakan telah muncul sebagai kuasa terkuat yang menguasai Selat Melaka semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (Sultan Johor ke-8). Sultan Abdul Jalil Shah III telah memberi bantuan kepada pihak Belanda dan mengalahkan Portugis.

Pakatan Johor-Belanda ini telah berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Hubungan baik Johor-Belanda ini menjadikan laluan perdagangan Kerajaan Johor di Selat Melaka selamat untuk dilalui oleh pedagang-pedagang.


Di bawah ini adalah senarai kesultanan Johor bermula dari Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah sehinggalah Sultan Johor yang terkini, Sultan Mahmud Iskandar.


Senarai Kesultanan Johor


Dinasti Melaka-Johor
1. Sultan Mahmud Shah ( 1511 - 1528)
2. Sultan Alaudin Riayat Shah II (Raja Ali)
3. Sultan Muzaffar Shah II
4. Sultan Abdul Jalil Shah I
5. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
6. Sultan Alauddin Riayat Shah III
7. Sultan Abdullah Ma’ayat Shah
8. Sultan Abdul Jalil Shah III
9. Sultan Ibrahim Shah
10. Sultan Mahmud Shah II

Dinasti Bendahara
11. Sultan Abdul Jalil IV
12. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (dari Dinasti Melaka-Johor)
13. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
14. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
15. Sultan Ahmad Riayat Shah
16. Sultan Mahmud Shah III **
17. Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah **
18. Sultan Hussain Shah (Tengku Long) **
19. Sultan Ali (Tengku Ali)

Dinasti Temenggung
20. Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
21. Sultan Abu Bakar
22. Sultan Ibrahim
23. Sultan Ismail
24. Sultan Mahmud Iskandar


Kesultanan Johor-Riau-Lingga


Puncak kejayaan pemerintahan ialah ketika wujudnya apa yang disebut Kerajaan Johor-Riau-Lingga, yang merangkumi negeri-negeri di bawah takluk Melaka seperti Johor (termasuk Singapura), Rembau, Selangor, Manjong, Beruas, Perak, Pahang, kepulauan Riau dan Lingga (yang mana kerajaan ini juga disebut mengikut sejarah sebagai Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang).


Kesultanan Johor-Riau-Lingga mula berpecah selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah **, dengan percaturan Inggeris-Belanda Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah terbahagi kepada dua iaitu Johor (termasuk Singapura) di bawah Inggeris dengan Tengku Hussain Shah ** dilantik sebagai Sultan Johor ke-18 sementara Riau-Lingga di bawah pengaruh Belanda dengan melantik Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah ** sebagai Sultan Riau-Lingga yang pertama.


Next blog...Kak Ungku akan menulis tentang perpecahan Kerajaan Johor-Riau-Lingga.


Bersambung.....

Related Posts with Thumbnails