Wednesday 5 August 2009

Jodohku 5 - Dateline

Melalui pengalaman, seorang wanita yang berusia 35 tahun seperti Kak Ungku, sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan apabila bila tiba part jodoh. Kebanyakan lelaki dalam usia 30-an sudahpun berumahtangga. Jadi untuk mencari lelaki bujang dalam lingkungan 30-an bukan tak ada, ada tetapi dah masuk golongan yang 'limited edition'. Lagipun mereka kalau cari calon isteri mestilah prefer yang jauh lebih muda, kalau sama umur 'competition' dalam banyak segi.....salary wise, position wise, career wise dan banyak lagi. Ego lelaki ni tinggi dah nature mereka begitu.

Tetapi jangan sekali-kali kita salahkan takdir. My friends yang memilih hidup bermadu selalu berkata...."dah takdir aku hidup bermadu nak buat macamana?" Kenapa menyalahkan takdir sedangkan mereka yang memilih untuk hidup bermadu, mereka yang hendak, jadi Allah berilah. Hanya kita yang boleh merubah keadaan hidup kita dengan izin Allah.

Begitu juga yang memilih untuk pentingkan career, tak mahu kahwin, sebab dah biasa dengan hidup independent, bebas. Hidup berkeluarga taklah sebebas macam kehidupan anak dara.... commitments banyak. Lalu mereka memilih untuk stay single.....Allah izinkan, sebab itu yang mereka pilih.

Jadi tidak bolehlah kita menyalahkan takdir. Our character is our destiny. Maka siapa yang dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri mesti berdoa dan minta terus kepada Allah, tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Kak Ungku berdoa selama hampir 10 tahun barulah doa Kak Ungku dimakbulkan Allah. Bila kita bersabar, Allah akan berikan kita yang terbaik, insyaAllah.

Kalau zaman dulu umur seperti Kak Ungku 35 tahun dah termasuk dalam golongan andartu.......satu istilah yang kasar dan kejam aje bunyinya. Kak Ungku prefers istilah andalusia, lebih lembut, manis dan feminin.... anak dara lanjut usia...adalah sikit unsur-unsur simpati. Kak Ungku banyak ambil iktibar dari perhubungan yang lepas2 dan muhasabah diri, perbaiki di manakah kekurangan dan maintain nilai-nilai murni yang ada dalam diri Kak Ungku. Tidak boleh dinafikan kebanyakan career women seusia dengan Kak Ungku ni pun ada egonya......besar kepala pun ye, rasa macam mereka sahaja yang betul, mereka lah yang pandai, tidak boleh ditegur, adakalanya moody, suka control dll.....so perangai inilah yang perlu diubah, apa salahnya merendah diri sedikit dan bertolak-ansur apabila perlu untuk melakukannya.

Kak Ungku suka membaca buku, Men from Mars & Women from Venus by Dr John Gray. It's a practical guide book for improving relationships. Ianya telah banyak merubah pandangan Kak Ungku terhadap lelaki dan perspektif perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Dah puas bersabar, rasanya ada limitnya jugak so, Kak Ungku buat dateline.......by 35, kalau tak kahwin jugak, Kak Ungku nak mintak kepada Allah untuk terus membujang dan tumpukan 100% pada career, malas nak fikir pasal jodoh lagi.......

Rupa-rupanya Mohamed pun begitu, setelah serik mengharungi keruntuhan rumahtangga, diapun buat dateline......by 45, kalau masih belum berjumpa yang sesuai...stay duda lebih senang.....tak payah nak susah-susahkan kepala. Inilah yang Kak Ungku maksudkan kami berkongsi datelines......



Who is this guy (during my courtship) ?

Profile:
Mohamed bin Sehat. Age 45. CEO of an IPTS. Widower with 4 children.

He is jovial, compassionate, tolerant, kind, loving, charming, creative, spiritual and often mystical, friendly and love of art & music and above all religious wise..... alhamdulillah.



Kebetulan pada tahun 2000 ramai saudara mara terdekat pergi menunaikan haji, Kak Ungku minta tolong mereka doakan satu - iaitu jodoh. Kak Ungku juga ikut nasihat sahabat-sahabat yang berpengalaman untuk melakukan solat istiharah dari awal perkenalan. Selain daripada itu, Kak Ungku ada juga meminta ayah angkat Kak Ungku, seorang yang alim, untuk melakukan solat istiharah untuk Kak Ungku, petunjuk yang diberi.....kedua-duanya adalah positif. Komen dari ayah angkat....."kalau ada jodoh, insyaAllah jodohnya baik."

Dari awal perkenalan, Kak Ungku tackle anak-anaknya dahulu. Empat orang kesemuanya, tapi yang paling rapat dengan Kak Ungku adalah anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Muhammad Firdaus Maulana atau panggilan Maulana dan anak perempuan bongsu, Fathanah Amirah atau lebih dikenali dengan panggilan Baby, 9 tahun. Lebih mengenali mereka berdua kerana selalu datang BP masa cuti sekolah. Yang lain2 tu dah besar-besar dan lebih matang.

Bila Abah mereka tanya: 'Suka tak dengan Aunty Bad?'

Maulana: 'Suka best....Maulana tak suka abah kawan dengan perempuan yg gedik-gedik. Sorrylah nak jadi emak tiri Maulana. Dengan Aunty Bad ok....Maulana tengok Abah sejak kawan dgn Aunty Bad, happy aje, baran Abah dah hilang 90%....hehe'
Baby: 'Babypun suka...Aunty Bad pandai masak & suka budak2, lagipun Baby akan dapat ramai cousins yang lebih kurang sama baya....semua best dan baik dengan Baby.'

Alhamdulillah...Kak Ungku diterima dengan baik oleh anak-anak tiri Kak Ungku. Keluarga Kak Ungkupun dapat menerima Mohamed (mereka panggil dgn panggilan Che Mat) seadanya. Alhamdulillah dengan izin Allah pada tahun 2001...setelah menempuh pelbagai dugaan, rintangan, halangan akhirnya Kak Ungku bertemu jodoh dengan seorang insan yang cukup istimewa bernama Mohamed bin Sehat pada usianya 45 tahun dan usia Kak Ungku pula 35 tahun! Pada 21 Disember 2001 kami selamat diijabkabulkan dan sah sebagai pasangan suami isteri dan majlis perkahwinan kami untuk kedua-dua belah pihak sekali dibuat pada 22 Disember 2001.



2 Yorum var:

A Note From Heart said...

Time nih pakteh kurus lagi.. (^_^)...

Kak Ungku Betty said...

Aah...sekarang ni perut dah mula mengembang....hehehe

Related Posts with Thumbnails