Tuesday 28 September 2010

Be Thankful For What You Have.......


Be Thankful......

I am thankful for the pain I have known
For all the hardships that I've gone through
For all the good and bad times
For all the tears I have cried
They have given me the ability to see
The smile & joy that comes after
Also an ability to reach out to others
An appreciation of little things....
I am thankful for everything I have experienced
In this life of mine
with Allah's will, Alhamdulillah.....

Kak Ungky Betty



Be thankful for the difficult times.
During those times you grow.

Be thankful for your limitations.
Because they give you opportunities for improvement.

Be thankful for each new challenge.
Because it will build your strength and character.

Be thankful for your mistakes.
They will teach you valuable lessons.

I am thankful for everything I have experienced
In this life of mine....

Sunday 26 September 2010

Ganjaran Bila Ikhlas Meraikan Tetamu

Oleh: Dr Hj Juanda bin Hj Jaya (Perunding Undang-undang Keluarga Islam)

Pernahkah anda berkunjung ke rumah salah seorang saudara pada Hari Raya, tetapi kedatangan anda tidak dilayan dengan baik? Memang pintu rumah terbuka untuk tetamu datang tetapi langsung tiada kemesraan walau semeja besar kuih-muih terhidang.

Apakah kita datang sekadar untuk makan, bukankah di rumah kita juga banyak makanan sedap? Kadang-kadang tetamu ditemani oleh televisyen sahaja, tuan rumah tak muncul-muncul hingga kita pulang dengan hati yang hampa.

Ataupun mereka duduk menemani kita tetapi duduk bagaikan patung yang tidak punya perasaan, tanpa bahasa dan kata-kata manis yang sedap didengar. Apakah begitu matlamat silaturahim pada bulan Syawal? Bukan pahala yang dapat disebabkan tidak ikhlas meraikan tetamu, akhirnya hanya penat yang dirasai.

Sebagai tuan rumah dan tetamu hendaklah kita belajar adab ketika menziarahi dan menziarahi saudara mara. Antara pahala silaturahim adalah:


1 Diluaskan rezeki dan diberikan keberkatan umur

Tuan rumah menanti seakan-akan menanti limpahan harta dari langit, membuka pintu untuk rezeki masuk ke dalam rumah, melayan dengan senang hati kerana percaya silaturahim akan membawa keberkatan seumur hidupnya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barang siapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menyambung silaturahim." (Muttafaqun Alaih)

Umur manusia memanglah tidak dapat diubah kerana ia telah tertulis di dalam suaratan takdirnya, adapun maksud hadis ini yang menyatakan umur akan dipanjangkan kerana silaturahim, adalah umur yang diberkati. Walaupun pendek umurnya dia merasai berkatnya masa dan waktu yang berjalan dalam kehidupannya.

Pepatah mengatakan, jauh perjalanan luas pandangan. Ramai kawan akan membawa rezeki dan hidua akan terasa nikmat dikecap. Berbanding dengan orang-orang yang anti sosial, yang hidupnya tak mahu berbahagi, tak sudi berkongsi, sentiasa bersangka buruk kepada orang lain, bersikap invidualistik dan ego.

Apa akan terjadi jika manusia tidak mahu berkasih sayang, menyambung silaturahim dan mengikat hati dengan kemesraan? Pastinya huru-haralah dunia, zalim-menzalimi hingga tidak mustahil berlaku pertumpahan darah. Rasulullah SAW bahkan mengancam sesiapa yang berhati keras, suka memerangi saudaranya dengan melakukan kezaliman melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Ada dua jenis dosa yang seksaannya disegerakan di dunia, berbuat zalim dan memutuskan silaturahim." (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)


2 Dikasihi Allah SWT

Jika dengan berbuat baik kepada manusia dunia akan aman dan damai, agama akan terpelihara, kehidupan seluruh penghuni bumi ini akan selamat, apakah tidak layak Allah memberi ganjaran kepada orang yang berkasih sayang itu? Tentu saja, amat besar pahalanya bagi mereka yang menjaga hubungan kasih sayang ini sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud:

" Orang-orang yang suka berkasih sayang sesama mereka akan mendapat kasih sayang Allah. Berbelas kasihlah kamu dengan penduduk bumi nescaya Allah yang berada di langit mengasihimu." (Hadis Riwayat Al-Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani)

Pada saat menjamu tetamu, ingatlah Allah akan menjamu kita disebabkan perbuatan baik yang kita lakukan. Bukankah mengkut sabda Rasulullah SAW riwayat Imam Al-Bukhari, Allah SWT memasukkan seorang lelaki ke dalam syurga disebabkan dia memberi minum seekor anjing yang kehausan?

Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan kita yang memberi minum kepada tetamu. Jika kita bermesra dengan kata-kata yang lembut, ingatlah Allah akan berlemah-lembut kepada kita. Jika kita sudi berpenat lelah kerana mengharapkan keredhaan Allah maka sikap tetamu yang kekadang kurang beradab tidaklah menjejaskan niat ikhlas kita melapangkan hati untuk mereka.


3. Dikurniakan nikmat syurga

Hubungan baik dengan Allah berkait rapat dengan hubungan baik kita sesama manusia. Kadang-kadang ahli ibadah tidak mesra sesama mereka, cenderung mementingkan diri sendiri dan bersikap riak lagi sombong dengan amalannya. Rasulullah SAW pernah ditanya tentang keadaan seorang ahli ibadah tetapi tidak baik hubungannya dengan jirannya.

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seseorang yang ahli dalam melakukan solat malam, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sering menyakiti jirannya dengan mulutnya. Rasulullah SAW bersabda: Dia tidak memiliki sebarang kebaikan, dia adalah penghuni neraka. para sahabat bertanya lagi: Seseorang yang sentiasa solat fardu, bersedekah dengan keju kering dan tidak pernah menyakiti sesiapapun. Rasulullah SAW bersabda: Dia adalah penghuni syurga." (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Sikap menyakiti tetamu yang datang ke rumah kita dengan layanan yang kasar dan cenderung tidak mempedulikan kedatangan mereka boleh menjejaskan iman dan amal di hadapan Allah SWT, bahkan ia menjadi punca seseorang itu masuk neraka.

Oleh itu, bersilaturahim pada Hari Raya merupakan peluang keemasan bagi orang beriman untuk mereka mempertingkatkan pahala dan mendapat redha Allah SWT dan bukan menjadi punca dosa dan terputusnya kasih sayang Allah SWT.


Saturday 25 September 2010

Strategi Mendidik Isteri

Oleh Dr Ikmal

YANG dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.

handsinmarriage.jpgAda waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri, kita hendaklah merendahkan sifat ego kita. Seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah tatkala bersama Siti Aishah. Semasa melayan Siti Aishah, ada masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan adakalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas tidak pula bermakna kasar atau garang cuma jangan sampai kerana hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa diketepikan.

Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).


Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang sedang dilanda ribut taufan ini?

couple_fight.jpgSeeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang mengamuk? Kerana tatkala sedang marah syaitan sengaja meluap-luapkan perasaan marahnya. Kalau dijawab, bererti kita sengaja mencari pasal kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharmonian rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Saya bukanlah menggalakkan suami mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan. Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri masih sukar untuk menerimanya.

Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah saw. Suatu hari isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili mereka semua, bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayangi?” Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawabnya. Bahkan baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.

Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri anda? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai memainkan peranannya supaya jangan ada dikalangan isteri-isteri yang tersinggung perasaannya kerana mengetahui suami lebih sayang kepada isteri yang lain.

Berbalik kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah saw mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing. Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya, setiap seorang baginda hadiahi sebentuk cincin dan baginda berpesan agar mereka tidak memberitahu pada isteri-isteri yang lain. Pada hari yang telah ditetapkan Rasulullah saw menyuruh isteri-isterinya berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan fikiran isteri.

Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter atau setengah orang kata macam mulut murai. Suami yang bijak akan berdiam dan tidak menjawab leteran isteri. Ini bukan bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan dinasihati. Hendaklah tunggu keadaannya menjadi kendur barulah boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disirami embun pagi pada kala panas terik. Rasulullah juga pernah berhadapan dengan kerenah perempuan yang suka berleter. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pangasih terhadap suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap sebagai penghibur, penyayang, pendorong dan pembantu kepada perjuangan suami sekiranya suaminya seorang pejuang atau pendakwah. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya.”

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah.”

Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.

Ciri-Ciri Suami Pilihan


KASIH manusia sering bermusim,
sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.

suamisoleh.jpg

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…

Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.

Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan hartaƂ dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

Bertanggungjawab & setia
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.

Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.

Berbahagialah juga kepada kamu yang telah menemui suami yang demikian sifatnya. Semoga kekal hingga ke akhir hayat, di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Wallahua'lam.

Thursday 23 September 2010

Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?

Sebagai RENUNGAN:
Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?

Walaupun amalan yang dibuat begitu banyak dan tekun namun…..malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan menolak amalan kita atas arahan yang diberikan kepadanya:

1. Di langit pertama:
Amalan orang yang suka mengumpat akan dihempaskan ke mukanya.

2. Di langit ke dua:
Amalan orang yang bermegah dengan kebendaan akan dipukulkan semula ke mukanya.

3. Di langit ketiga:
Amalan orang yang takabbur akan dipukulkan ke mukanya.

4. Di langit keempat:
Amalan orang yang ‘ujub (merasa bangga kerana banyak amalan hingga
menghairankan dirinya)akan dipukulkan amalannya ke belakang dan perutnya.

5. Di langit kelima:
Amalan orang yang hasad dengki akan dipukulkan ke mukanya semula.

6. Di langit keenam:
Amalan orang yang tidak bersifat rahim (contoh: mentertawakan orang yang dalam kesusahan) akan dipalukan ke muka tuannya.

7. Di langit ketujuh:
Amalan orang yang ria’akan dipalukan amalannya ke muka dan segala anggota badannya dan amalan orang yang tidak benar-benar ikhlas akan dilaknati oleh Allah SWT.....

Wallahua'lam.

Wednesday 22 September 2010

Dari Laporan Jais

Sekadar berkongsi..
Dari E-mail teman....& dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat....

Dari Laporan Jais- macam mana nak makan ni?


Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.

Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pagi.

Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.


Kami periksa setiap ayam yang disembelih itu mengikut syara' atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh, sementara urat darah kiri dan kanan leher adalah sunat (Hadis Nabi saw)

Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan:

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan taukeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:


Ini pula ayam cucuk, tetapi pelanggannya pula adalah restoran Melayu dan penjual sate;




Ayam ini kami dapat di Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Di belakang premis ini adalah tempat sembelih babi pulak. Kami sedang memantau satu kes di sebelah dalam berhampiran premis ini dan ada satu lagi premis sembelih ayam, tetapi ayam yang tidak disembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih babi dan sebelahnya mereka tanam sayur taugeh, yang kita campur dengan mee atau goreng dengan tauhu.

Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).

Dilanggni oleh Restoran Pappa Rich pada setiap hari bulan Jum lalu. Inilah tempat orang kita makan.

Saya hendak berpesan kepada semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, perihatinlah sedikit tentang apa yang kita makan terutamanya ayam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini). Kemudian dia celur dan diproses.


Bila kami Tan ya kenapa buat gitu, katanya Cina (taukeh) suruh buat dan cepat sikit. Inilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)

Pemantauan ini mesti dijalankan selalu, tindakan keras dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungkawab. Sampai bila orang Islam akan menjadi mangsa ketidakperihatinan mereka? Isu HALALAN TOIYYIBAN jangan diambil mudah....pihak berkuasa dan yang berkenaan, mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan berat.

Sunday 19 September 2010

MUSYTARI (JUPITER) HAMPIRI BUMI ISNIN INI

Petikan dari Mingguan Malaysia, AHAD, 19 SEPTEMBER 2010



CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari (Jupiter) dengan mata kasar lewat malam Isnin ini, apabila planet itu akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.

Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 juta kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan Bumi sejak tahun 1963. Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.

Sirius



"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya. Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati pengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting" kata Tony Philips, seorang pakar astronomi California yang kerkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam yang sama. Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar. Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.


Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999 ia melalui Bumi agak jauh. Philips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.

Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebearnya berada pada jarak 2.7 billion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini.

Wednesday 15 September 2010

Photo Raya 2010/1431H - Kak Ungku, Maulana AF8 & Family


Hari Raya Pertama
- Melaka -



Me & Family

Kak Ungku, Anakanda Maulana & Hubby

Kak Ungku & Maulana

Kak Ungku, Hubby, Maulana
Farhana, Hana (Baby), Nurul Halimin & cucu


Kak Ungku, Maulana, Hubby
& grandnephews (Faiz & Danial)

Maulana, nephew Dr Abd Rahman Delan, Hubby & nephew Dino Delan

Maulana & his nephews


Celebrating Danial's Birthday


Monday 13 September 2010

Photo Raya 2010/1431H


Hari Raya Pertama
- Melaka
-



Just The Two Of Us
Me & Hubby








Me & Family












Related Posts with Thumbnails