Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga Kak Ungku untuk membersihkan pusara keluarga 2 kali setahun iaitu menjelang ketibaan bulan Ramadan dan bulan Disember apabila semua ahli keluarga berkumpul. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini Kak Ungku dan suami yang selalunya berkesempatan membersihkan pusara keluarga memandangkan kami tinggal di Batu Pahat. Abang Kak Ungku tinggal di Pontian, Angah di Kuching dan adik lelaki bongsu di Seremban.
Tahun ini kami bertiga iaitu suami, Kak Ungku dan Cik Ton (emak saudara) mulakan dengan membersihkan pusara (pada 3 Ogos 2009) dan kerja-kerja mengecat dilakukan oleh Kak Ungku dan suami (17 Ogos 2009). Kalau nak raya orang sibuk mengecat rumah...Kak Ungku sibuk mengecat pusara keluarga. Itu lebih memberi kepuasan....dalam apa jua bentuk yang mendatangkan kebajikan dan pahala bagi si mati yang dilakukan oleh anak-anaknya sendiri, insyaAllah pahalanya sampai kepada si mati.


2. Pusara Bonda (Meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 Oktober 1987)
3. Pusara Umi (Meninggal dunia pada hari Ahad, 27 Oktober 2002)
4. Pusara Ninda (Meninggal dunia pada hari Rabu, 29 Julai 1987)
5. Pusara Datuk (Meninggal dunia pada hari Khamis, 23 Januari 1964)
6. Pusara Moyang

& Bonda Allahyarhamah Tengku Kalthum binti Tengku Othman
.......selepas
Pusara Umi - Allahyarhamah Syarifah Poziah Syed Alweedan Ninda - Allahyarhamah Tengku Aishah binti Abu Bakar
............selepas
Al- Fatihah.............
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh-roh ahli keluarga Kak Ungku dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman......Amin






