Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh- tujuh sunnah Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjidMasjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerusAllah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.
2 Yorum var:
lama sudah tak singgah sini. lupa pulak nak ucap ramadan kareem kat kak engku. suka jugak melawat kak engku bulan ramadan ni. boleh tamabah ilmu dgn usrah kak engku kat sini =) take care
Terima kasih Yune....Salam Ramadhan buat Yune & family. Kak Ungku juga lama x ziarah your blog and FB as well. Ada kelapangan sama2lah kita menziarahi satu sama lain, insyaAllah. You take care too dear. Hugs and kisses to you and Eshan ;D
Sen de yaz