Thursday, 21 July 2011

Cuti-cuti Bersama Famili - Tanjung Piai (2)

Haa.... baru sekarang dapat update cerita-cerita pasal percutian Kak Ungku bersama keluarga di Tanjung Piai.

Pagi Isnin, 6/6/2011....

Selepas sahaja sarapan, kami pergi melawat ke Taman Negara, Tanjung Piai. Ianya terletak tidak jauh daripada resort tempat kami tinggal. Seronok dapat lihat keindahan hijau semulajadi hutan bakau. Tengok ajelah gelagat kami....


Yang menariknya pada pintu masuk Taman Negara ini ada satu sign board yang mengatakan...."HANYA MONYET SAHAJA YANG BOLEH MEMBUANG SAMPAH SEMBARANGAN"...jadi kalau kita buang sampah bersepah-sepah di sini, tau-tau ajelah siapa kita kan, kan...hehehe











Apa yang seronoknya bila ke Taman Negara, Tanjung Piai ini selain dapat melihat keindahan hutan bakau dan species-species hidupan yang lain....kami dapat berada di titik penghujung selatan Benua Asia! Terdapat monumen di situ....nanti Kak Ungku tunjukkan yer....
Perjalanan ke monumen itu dari kompleks pelawat adalah lebih daripada 653 meter, jadi pergi-balik adalah lebih dari 1.3km! Jenuh berjalan tuuu.....jadi pesan Kak Ungku, sebelum mulakan perjalanan itu kenalah buang apa yang patut di Kompleks Pelawat dulu sebab tiada disediakan toilet di sepanjang perjalanan ke sana....!!

Kami melalui hutan bakau dan boardwalk sepanjang....529m dan laluan konkrit sepanjang 124m untuk tiba di monumen Titik Penghujung Selatan Benua Asia. Ikutilah perjalanan kami....






Inilah 2 orang 'wartawan' dari TV10 sedang membuat laporan....hehehe

Menara Tinjau di tengah-tengah hutan bakau....




Haa.... di hujung gambar di bawah, itulah pelantar di mana monumen
titik penghujung selatan Benua Asia dibina



Tahniah! Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Benua Asia
Congratulations! You Are Now Standing
At The Southern Most Tip Of Mainland Asia



Sudah penat berjalan sehingga sampai di titik penghujung selatan benua Asia, kami kembali ke resort untuk packing barang untuk pulang. Sebelum mengakhiri percutian kami di Tanjung Piai...tuan punya resort Kak Sapiah atau lebih dikenali sebagai Kak Tik selaku Chief Chef, dengan berbesar hati menjamu kami semua untuk makan tengahari. Wow! Sungguh enak hidangan makan tengahari kami....ada Asam Pedas Ikan Pari, Pecal, Sayur Buncis Goreng, Ayam Masak Kicap Berempah serta Ikan Goreng. Perut pun dah lapar...kami makan dengan penuh berselera.



Pancasitara....berdiri paling kanan sekali, itulah Kak Tik....
empunya Tanjung Piai Resort


Makan tengahari itu tadi mengakhiri percutian kami di Tanjung Piai Resort (TPR). Terima kasih kepada Kak Tik dan warga TPR kerana layanan yang sungguh istimewa. InsyaAllah kami akan kembali ke sini bila keluarga kami berkumpul lagi di masa-masa akan datang. Tanjung Piai Resort akan sentiasa menjadi pilihan percutian kami, insyaAllah.

Lepas ini....kami akan ke Melaka Bandaraya Bersejarah pulak.....Jumpa Lagi!

2 Yorum var:

Joe Ismyl said...

This is great..... Wish I could do this

MsHo said...

Cool.

Related Posts with Thumbnails