MUHAMMAD FIRDAUS MAULANA BIN MOHAMED atau nama singkatannya MAULANA, merupakan anak tiri Kak Ungku, anak lelaki tunggal suami Kak Ungku dengan bekas isterinya S Mariam (Mama Maulana yang juga seorang penyanyi zaman 60an dan popular dengan lagunya 'Hasrat Hati'). Seorang anak yang sentiasa tahu apa yang dia mahukan di dalam hidupnya. Lagi dilarang...lagi semangat dia berkobar-kobar serta tidak kenal erti putus asa sehinggalah kehendaknya dituruti. Contohnya....semasa hendak masuk ke Tingkatan 1, selagi tidak dapat masuk ke English College (EC -Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru), beliau tidak mahu ke sekolah. Maka kenalah Mama dia merayu dengan Pengetua EC, dah dapat happylah dia.
Begitu juga masa hendak ambil SPM, Abah dia sampai 'berbuih mulut' dan selalu bising sebab walaupun SPM semakin hampir tetapi masih aktif bersukan dalam softball dan kriket, sampai wakil sekolah peringkat MSSD, MSSM dan wakil Malaysia....itu yang sampai main di Arafura Games 2004, Australia di mana Malaysia mendapat pingat perak.
Sebagai ibubapa, kami amat mengambil berat tentang pelajaran dan sentiasa mahukan yang terbaik buat Maulana. Beliau cemerlang dalam SPM walaupun sibuk dengan games softball & cricket serta tidak setekun rakan-rakan lain yang sebaya dengannya mengulangkaji. Semasa mengisi borang pemilihan kursus....Abah dia suruh ambil Law, tetapi Maulana berkeras hendak ambil Art & Design, ok, tiada halangan dari kami. Maulana memang berbakat & pandai melukis seperti Abahnya juga. His father's intelligence and creative mind, strongly flow in his blood.
"Buat yang terbaik....ini yang Maulana hendakkan? Abah tahu, Maulana cuba dapatkan Dean's List, dah berlambak grads Art & Design kat luar tu....show your creativeness and talent, you're intelligent Maulana, dare to be different from the others, work, study hard and smart always, Ok Maulana?" pesan Abah dia.
"InsyaAllah, Abah and Aunty Bad, I'll do my best" jawab Maulana.
Maulana telah mengotakan janji-janjinya dengan mendapat Anugerah Dekan UiTM sebanyak 3 kali sepanjang pengajian Diploma Senireka Cipta Industri, di UiTM, Merbok, Kedah.
Hasil-hasil lukisan & sketches Maulana juga tidak kurang hebatnya.
Bakat besar Maulana dalam bidang nyanyian memang sukar dinafikan. Maulana ni memang selalu membuat untuk persembahan kesenian di UiTM seperti Malam UiTM, Majlis2 Rasmi dan Persidangan Antarabangsa anjuran UiTM. Memenangi hampir kesemua pertandingan nyanyian di UiTM....Wow! Ya Habibi, Ya Maulana....kamu memang hebat!
Pada pendapat peribadi Kak Ungku, Maulana mewarisi bakat seninya bukan sahaja dari Mama dia, malah Abahnya juga. Semua orang sudah mengetahui bahawa S Mariam (Mama Maulana) adalah salah seorang penyanyi era 60an yang popular dengan lagu "Hasrat Hati". Tetapi ramai tidak mengetahui bahawa Abahnya juga mempunyai suara garau yang sedap....rasanya suara 'jantan' Maulana lebih hebat dari Abahnya......hehe jangan marah Abah.....;D Cuma Abah Maulana bukan seorang recording artist seperti Mamanya. Abah Maulana ni masa muda tidak kurang hebatnya, beliau merupakan ahli kugiran KEJS (Kastam & Eksais Johor Selatan) sbg rhythm guitarist. Jadi pada Kak Ungku tidak salah jika saya mengatakan, Maulana mewarisi bakat seninya dari kedua ibubapanya....kuah nak tumpah ke mana......betul tak?
Maulana ni dah banyak kali rupanya menyertai ujibakat samada AF, Mentor mahupun One in A Million secara senyap-senyap. Semuanya gagal di peringkat akhir audition....sebab Maulana masih belajar di UiTM. Mengapa Maulana menganggap Abahnya sebagai halangan utama? Selagi dia tidak menghabiskan pengajiannya, selagi itulah Maulana tidak akan mendapat restu dari Abahnya. Pelajaran perlu diutamakan....tegas Abahnya. Cuma tahun ini rasanya dia sudah tidak tertahan....meluap-luap hendak masuk AF8. Padanlah Kak Ungku tengok naik semester ke-3 dia ni lain macam aje....macam dah tak ada mood nak belajar. Sebelum Maulana bertolak ke Shanghai untuk latihan praktikalnya...saya pernah bermimpi. Dalam mimpi tu Maulana dengan wajah gembira memberitahu saya "Aunty Bad....Maulana tahu, apa yang Maulana hendak dalam hidup Maulana..." tidak sempat memberitahu, saya terus terjaga. Saya memberitahu suami dan juga Maulana tentang mimpi saya....."wah inilah kot....cita-cita Maulana untuk menjadi seorang DESIGNER yang berjaya...itu yang dalam mimpi Kak Ungku, alhamdulillah, kata saya di dalam hati.
TETAPI..... sewaktu beliau memberitahu Abahnya dan Kak Ungku tentang dia diterima sebagai pelajar AF8, kami sudah tidak boleh berkata-kata apa-apa....terdiam sejenak. Fikiran Kak Ungku bermain-main sendiri, mengingati tentang mimpi Kak Ungku......rasanya inilah yang Maulana hendak sebenarnya......menjadi penyanyi, penghibur dan juga seorang designer yang berjaya! InsyaAllah. Setelah berjanji untuk sambung belajar, Maulana mendapat restu Abahnya untuk menyertai AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-8. Dari situ bermulalah perjalanan seni seorang anak muda bernama MUHAMMAD FIRDAUS MAULANA BIN MOHAMED atau sekarang lebih dikenali sebagai MAULANA (AF8).
Ikuti kisah selanjutnya.
Bersambung................
0 Yorum var:
Sen de yaz