Majlis penyerahan pelajar-pelajar AF8 kepada keluarga berlangsung pada hari Ahad, 23 May 2010, jam 11.00 pagi di Akademi Fantasia. Boleh dikatakan semua ibubapa & keluarga terdekat hadir kecuali keluarga Anum & Farina kalau tidak silap saya.
Sewaktu menunggu untuk majlis penyerahan pelajar serta peluang kami untuk in-house tour di dalam Akademi Fantasia. Dari kiri: sepupu Ain, Ibu Shah, Ibu Iwan, Kak Ungku, S Mariam (Mama Maulana), Ibu Shahir dan Ibu Adira).
Hanya 3 orang family terdekat dibenarkan naik sewaktu majlis dan in-house tour. Maulana diwakili oleh Abah Maulana, Kak Ungku & Mama Maulana (S Mariam). Kami semua berkumpul di bilik tarian dan taklimat ringkas disampaikankan oleh Pengetua Norman. Beliau menerangkan tentang hala tuju pelajar setelah masuk ke alam realiti iaitu dunia hiburan yang sebenarnya. Dari taklimat tersebut kami diberitahu oleh Norman, pihak KRU akan diberi keutamaan untuk memilih mana-mana artis AF8 samada untuk menjadi recording artists mereka mahupun pelakon. Artis AF8 ini akan diikat selama 3 tahun oleh ASTRO di bawah syarikat milik ASTRO iaitu ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD (AESB). Pihak Norman & KRU serta AESB berjanji untuk 'menjaga' anak-anak buah mereka ini dengan baik, bakat dan kebolehan mereka tidak akan disia-siakan.
Satu kelainan dan kelebihan AF8 adalah...kesemua 12 orang pelajar yang kini bergelar artis mempunyai single mereka sendiri. Album kompilasi mereka - AF8 HITS telah dilancarkan pada 26 Mei 2010, di The Curve Damansara. Tahniah untuk semua.....SYABAS!
Gambar-gambar buat kenang-kenangan.....
gambar kanan: Keluarga Shah & Nad
gambar kanan: Keluarga Shahir
gambar kanan: bersama-sama krew AF8
Kak Ungku, Hubby, Maulana & family......
Kak Ungku, Hubby, Artis Af8 & family....
Nad, Kak Ungku & Ema
3 Yorum var:
Salam Auntie,
Tu dia.. banyak sungguh gambaq kali ni ekekeke.. but I like.. heeee ^___^
Dayah...haha, actually banyak lagi gambar tapi tak payahlah nak upload banyak2 kan? Pilih yang sesuai dan terbaik shj untuk dikongsi bersama.. ;D
fuhyoooooo...siap dapat masuk akedemi tuh...
Sen de yaz