Monday, 31 May 2010

SAHABAT


SAHABAT

Sahabat yang berhati mulia ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati memberi kekuatan semasa kesusahan
dan juga menjadi pendorong impian.
Sahabat yang beriman membawa kita ke jalan Allah.
Oleh itu hargailah SAHABAT anda.


Peringatan Bersama.....

Lima perkara yang kita semua mahu dan kita usahakan untuk mendapatkannya:
1. Wajah yang cantik
2. Duit yang banyak
3. Kesihatan yang baik
4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan

Senang sahaja untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
Sama-sama kita ingat pesanan dari Rasulullah SAW:
1. Barang siapa yang tinggalkan solat Subuh tiadalah padanya nur di wajahnya;
2. Barang siapa yang tinggalkan solat Zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat;
3. Barang siapa yang tinggalkan solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan;
4. Barang siapa yang tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat;
5. Barangsiapa yang meninggalkan solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

- Sampaikanlah walaupun satu ayat -


Saturday, 29 May 2010

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana. Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." subhanallah...baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Anti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tetapi diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih,"Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah,walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Selesai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tidak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu anti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah. Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw,"bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderai air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

Sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan di dunia ini sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i'tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Majlis Penyerahan Pelajar AF8 Kepada Ibubapa


Majlis penyerahan pelajar-pelajar AF8 kepada keluarga berlangsung pada hari Ahad, 23 May 2010, jam 11.00 pagi di Akademi Fantasia. Boleh dikatakan semua ibubapa & keluarga terdekat hadir kecuali keluarga Anum & Farina kalau tidak silap saya.


Sewaktu menunggu untuk majlis penyerahan pelajar serta peluang kami untuk in-house tour di dalam Akademi Fantasia. Dari kiri: sepupu Ain, Ibu Shah, Ibu Iwan, Kak Ungku, S Mariam (Mama Maulana), Ibu Shahir dan Ibu Adira).

Hanya 3 orang family terdekat dibenarkan naik sewaktu majlis dan in-house tour. Maulana diwakili oleh Abah Maulana, Kak Ungku & Mama Maulana (S Mariam). Kami semua berkumpul di bilik tarian dan taklimat ringkas disampaikankan oleh Pengetua Norman. Beliau menerangkan tentang hala tuju pelajar setelah masuk ke alam realiti iaitu dunia hiburan yang sebenarnya. Dari taklimat tersebut kami diberitahu oleh Norman, pihak KRU akan diberi keutamaan untuk memilih mana-mana artis AF8 samada untuk menjadi recording artists mereka mahupun pelakon. Artis AF8 ini akan diikat selama 3 tahun oleh ASTRO di bawah syarikat milik ASTRO iaitu ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD (AESB). Pihak Norman & KRU serta AESB berjanji untuk 'menjaga' anak-anak buah mereka ini dengan baik, bakat dan kebolehan mereka tidak akan disia-siakan.


Satu kelainan dan kelebihan AF8 adalah...kesemua 12 orang pelajar yang kini bergelar artis mempunyai single mereka sendiri. Album kompilasi mereka - AF8 HITS telah dilancarkan pada 26 Mei 2010, di The Curve Damansara. Tahniah untuk semua.....SYABAS!

Gambar-gambar buat kenang-kenangan.....


Keluarga Maulana & Keluarga Iwan


gambar kiri: Keluarga Daus
gambar kanan: Keluarga Shah & Nad



gambar kiri: Keluarga Alif
gambar kanan: Keluarga Shahir


Norman & Hubby



gambar kiri: Kak Ungku bersama Ibu Iwan, Cikgu Siti Hajar
gambar kanan: bersama-sama krew AF8


Kak Ungku, Hubby, Maulana & family......





Hubby, Kak Ungku bersama anak-anak....
Fatimah, Farhana & Fathanah Amirah

dah penat berposing.....


Kak Ungku, Hubby, Artis Af8 & family....




Hubby bersama Ayah Shahir (kiri) dan Ayah Daus


Kak Ungku bergambar bersama Ibu Shahir & Norman




Kak Ungku bersama Shahir & Ibu (kiri)
Iwan, Kak Ungku & Ibu Iwan (kanan)



Hubby, Kak Ungku & Ain Apaloca (kiri)
Nad, Kak Ungku & Ema











Dengan ini...secara rasminya Kak Ungku menutup tirai tentang cerita-cerita dunia fantasi Maulana di dalam AKADEMI FANTASIA MUSIM KE 8 ...... perjalanan seni bintang-bintang AF8 baru sahaja bermula di dalam dunia realiti mereka. Semoga mereka sukses dan mewarnai dunia hiburan tanahair. Sekian terima kasih.


Friday, 28 May 2010

Maulana dan Konsert AF8 - (Bhg Akhir)


Konsert Akhir AF8
Stadium Putra Bukit Jalil
Sabtu, 22 May 2010, jam 9.00 malam


Konsert Akhir AF8, Sabtu malam tu memang best. Kak Ungku & Hubby diberi tempat duduk khas untuk family Maulana, 10 seats kesemuanya. Kami duduk di belakang keluarga Adira & Daus. Suasana bila tengok konsert live ni memang lain. Boleh tahan ramai penonton yang datang, walaupun ada setengah berpendapat tidak seramai AF yang lepas-lepas, lebih-lebih lagi masa zaman Mawi. Sound system...pada orang biasa seperti kak Ungku memang superb... Kami penonton tidak dibenarkan mengambil gambar semasa persembahan berlangsung. Ternyata persembahan kelima-lima finalis nampak lebih hebat bila live, berbanding bila kita tengok dari kaca TV.


Gambar-gambar bersama Hubby & keluarga



Ibu & Ayah Haziq AF4 duduk bersama-sama kami



Mak Usu & Pak Usu Maulana (gambar kiri)
Kak Ungku & Adik ipar Rose



Mak Usu & cousins Maulana - Deena Wati & Dr Abd Rahman
(gambar kanan)


Dalam konsert akhir AF8 ini, Maulana menyanyikan 2 buah lagu. Lagu pertama adalah lagu singlenya "RSVP" dan untuk lagu keduanya, Maulana menyanyikan lagu Aizat "Susun Silang Kata". Kedua-dua lagu adalah genre modern/contemporary jazz. Persembahan yang hebat oleh Maulana. Syabas Maulana!







Keputusan muktamad...seperti yang telah diduga, Juara AF8 jatuh kepada Shahir, tempat kedua Adira, tempat ketiga Daus, MAULANA mendapat tempat keempat manakala Iwan mendapat tempat kelima. Walauapapun keputusan, kita terima dengan hati yang terbuka. Bagi Maulana, beliau sentiasa bersyukur walaupun di tempat keempat....dan akan terus memartabatkan muzik contemporary jazz setelah keluar dari AF8.



TAHNIAH KEPADA SHAHIR & SEMUA FINALIS AF8







Kak Ungku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ASTRO serta Pengetua Norman, barisan Tenaga Pengajar serta krew-krew AF8 di atas peluang, bimbingan dan ilmu yang dicurahkan, semua ahli keluarga, otai-otai Maulana FC, sahabat-sahabat, peminat-peminat Maulana - Maulana Fan Club, Camar Sutera & Toi Angklung FC yang telah banyak mengundi, berdoa dan memberikan sokongan kepada MAULANA di sepanjang penglibatan MAULANA di dalam AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-8, semata-mata untuk merealisasikan impian MAULANA menjadi realiti. Semoga MAULANA berjaya di luar sana dan akan menjadi aset kepada industri muzik tanahair, mudah-mudahan. SYABAS MAULANA!



Kak Ungku, Hubby & Keluarga bergambar kenang-kenangan bersama-sama
Otai-otai MAULANA FC. Jutaan terima kasih semua....You all are the BEST!!!


Hadiah istimewa MAULANA kepada semua.....video lagu singlenya "RSVP - Répondez s'il vous plaît" atau dalam Bahasa Inggerisnya "answer if it pleases you" or "please reply" or "please respond"mmmm...... senang kata dalam Bahasa Melayu bermaksud...."jawablah" atau "sila balas".



Related Posts with Thumbnails