Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana
sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit
paling ringan adalah kebimbangan” (Ri
wayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan
kecuali kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh
mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan
manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La
Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada
gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Semasa peristiwa
Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda,
“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir
umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu
menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.
Surah Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah
mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita
mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya
melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu
ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah
pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa
billah.."
0 Yorum var:
Sen de yaz