Kadang-kadang sebahagian daripada Anda teringin sangat membeli kasut dan hanya melihat dari fesyen, model dan harganya. Padahal, faktor keselesaan adalah hal yang paling utama. Memakai kasut yang tidak selesa dapat menyiksa kaki dan akan
mempengaruhi cara berjalan Anda. Oleh kerana itu Anda harus membeli kasut yang baik, tepat, selesa, sesuai dan berkualiti.
Berikut adalah enam tips membeli kasut yang selesa dipakai:
1. Ketahui Ukuran Kaki
Perhatikanlah ukuran kaki Anda, kerana ukuran kaki akan berubah seiring bertambahnya usia. Jadi ukurlah kaki masing-masing kerana ukurannya boleh berbeza antara kaki kiri dengan kaki kanan.
2. Jangan Terpaku Pada Nombor Saiz Kasut
Jangan sampai Anda hanya terpaku pada nombor saiz kasut yang biasa dibeli. Misalnya Anda terbiasa memakai ukuran kasut 37, siapa tahu ukuran kasut Anda pada saat ini sudah berubah menjadi 38. Waktu mencubanya, jangan lupa juga untuk berjalan beberapa langkah sampai kaki terasa selesa.
3. Membeli Kasut pada Waktu Siang
Ketika Anda berniat membeli kasut, sebaiknya lakukan di siang hari. Kerana pada saat itulah kaki Anda mencapai ukuran terbesar setelah menjalani berbagai aktiviti seharian. Oleh kerana itu, membeli pada waktu siang hari akan memungkinkan Anda mendapatkan ukuran kasut yang benar-benar selesa dan sesuai.
4. Harus Dicuba
Sebelum membeli kasut yang sudah dipilih, sebaiknya Anda mencubanya terlebih dahulu. Biasanya setiap ukuran kasut tak pernah sama di setiap negara. Apabila Anda berniat untuk membeli kasut secara online, ukurlah panjang kaki Anda. Hal ini
dilakukan untuk menghindari membeli kasut yang salah seperti terkecil, terbesar dan tak selesa dipakai.
5. Berhati-hati Dengan Materialnya
Menyesuaikan kasut dengan trend tiada salahnya. Namun untuk kesihatan kaki
sebaiknya pilih material yang memungkinkan kaki untuk bernafas. Pilihlah bahan dengan kualiti yang bagus, misalnya bahan kulit atau sintetik yang lembut. Bahan seperti itu lebih lentur dan memberikan keselesaan kerana dapat menyesuaikan dengan bentuk kaki. Selain itu juga dapat memberikan perlindungan pada bahagian kaki yang sensitif terhadap gesekan. Hindarilah kasut yang diperbuat daripada bahan plastik, kulit yang kaku dan tidak fleksibel.
6. Pastikan Selesa
Pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki Anda. Kasut yang baik dan sesuai di kaki adalah kasut yang dapat menampung tumit dengan baik. Pastikan juga jari kaki Anda tidak terlalu terhimpitt di dalam kasut.
0 Yorum var:
Sen de yaz