1.
Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.)
2. Perhiasan kaki - dah semacam hantu loceng. "Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan". (Surah An-Nur: Ayat 31.)
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3. Wangian – Siapa sahaja
wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya
mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina
dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka". (Surah An-Nur: Ayat 31.)
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan
dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya". (Surah An Nur:
Ayat 31).
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu
mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama
sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ". (Petikan
dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat
ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan
mereka". ( Surah An Nur: Ayat 31.)
Apabila seorang
perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan
terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Surah Al Ahzab: Ayat 59. Bermaksud : "Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan
longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang".
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak
akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
13. Rambut – Wahai
anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)
0 Yorum var:
Sen de yaz