Wednesday, 10 February 2010

HALAL GUIDE


Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah dilemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum. Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, kerana saya rasa ada tempat lain lagi yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Di sini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

Ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100gram, Air 100ml, Telur 100ml dan Minyak 100ml), kalau pernah... cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubalah buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Sekian

Chef Farid


Artikel ini Kak Ungku petik dari : http://halalguide.org

Semenjak Kak Ungku & Hubby mengendalikan 'Halal Training Programmes' dengan HDC, kami rasa terpanggil serta bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat tentang Halal & Haram dalam kehidupan seharian kita, terutama sekali dalam penyediaan sajian makanan seharian.

Kak Ungku akan masukkan artikel-artikel yang berkaitan sebagai pedoman kita bersama, insyaAllah.

1 Comment:

Deeeee said...

Salam Aunty,

Penting perkara-perkara mcm ni.
Prevention is better kan.
Dayah cukup2 takut sekarang ni.
Mcm2 cara they do, untuk buat kita termakan ke terminum ke.
Keep continue bagi info Aunty ^_^

Related Posts with Thumbnails