Al-Marhum DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah,
Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
8 April 1932 - 22 Januari 2010
Al -Fatihah
Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
8 April 1932 - 22 Januari 2010
Al -Fatihah
- Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
- Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
- Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
- Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
- Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
- Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
- Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
- Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
- Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
- Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
- Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
- Baginda Sultan mangkat pada hari ini, 22 Januari 2010, jam 7.15 malam, di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru kerana gering.
Sumber diperolehi daripada: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
****************************************************************
Gambar-gambar kenangan Kak Ungku & keluarga bersama Al-Marhum DYMM Sultan Iskandar semasa Perjumpaan Hari Raya TMJ & Persatuan Zuriat Ungku Mohd Khalid (PZUMK), di Istana Pelangi, Johor Bahru pada tahun 2006.Al-Marhum Tuanku Sultan Mahmud Iskandar telah mencemar duli untuk bersama-sama meraikan perjumpaan Hari Raya ini. Al-Marhum Baginda Sultan, TMJ & keluarga memang sporting dan mesra rakyat..
Al-Marhum Tuanku sempat bergurau dengan Kak Ungku & Hubby.
Nak tahu apa?.....Al-Marhum Tuanku berpesan pada my hubby....
suruh Kak Ungku turunkan berat badan....peh tu dia...ahaks!
Nak tahu apa?.....Al-Marhum Tuanku berpesan pada my hubby....
suruh Kak Ungku turunkan berat badan....peh tu dia...ahaks!
*******************************************************
Kaitan Keluarga Kak Ungku dengan Al-Marhum DYMM Sultan Iskandar
dan Kesultanan Johor
dan Kesultanan Johor
Untuk mendapatkan keterangan lanjut.....sila baca entry Kak Ungku di bawah tajuk 'Salasilah Keluarga Dengan Kesultanan Johor', entry bulan Julai, 2009.
3 Yorum var:
Salam Aunty,
Takziah, semoga rohnya dicucuri illahi
keturunan bugis ni,
salamm,
Takziah... Almarhum akan sentiasa dalm ingatan...
Sen de yaz