Saturday, 20 February 2010

Barisan Tenaga Pengajar AF 8


SEGALA teka-teki tentang Pengetua Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) akhirnya terjawab. Pengetua baru AF8 kini disandang oleh Norman Abdul Halim (KRU).

Nama Norman diumumkan di sebuah sidang media majlis pengumuman rasmi pengacara, tenaga pengajar dan pengetua AF8, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Hos baru AF8 juga turut menepati ramalan iaitu Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley.

Kedua-dua mereka akan bergandingan pada hari konsert yang akan diadakan setiap Sabtu. Konsert Pertama AF8 akan mula bersiaran pada 13 Mac depan melalui saluran ASTRO RIA.

Selain itu, AF8 juga, turut menampilkan muka baru iaitu pelakon berbakat, Que Haidar selaku jurulatih drama. Untuk musim baru ini, pihak ASTRO masih mengekalkan barisan tenaga pengajarnya yang terdiri daripada Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Pembaharuan untuk musim ke lapan ini adalah memilih hari Sabtu sebagai hari untuk peserta membuat persembahan, manakala hari Ahad pula hari 'Debaran' di mana peserta akan disingkirkan.

Pada musim ini, para penonton dan peminat AF akan diberi lebih masa dan peluang untuk menilai prestasi persembahan peserta kegemaran masing-masing sebelum menghantar undi.

Manakala penyingkiran peserta pula akan hanya dilakukan pada hari Ahad melalui program siaran langsung Debaran AF.

p/s:

Kak Ungku rasa berdebar-debar pulak nak tengok AF8 kali ini....Anuar & Hidayah dahpun dapat clue nya...pandai mereka teka! Jom sama-sama kita tonton Konsert pertama AF8 pada 13Mac ini, ok? 26 Februari depan, Hari Jadi my hubby.... 14 Mac tu pulak Hari Jadi Kak Ungku Betty.....emmm what's the surprise, ek? Just wait & see.............

1 Comment:

Dayah said...

Salam Aunty.
Adoi aiii .. byk Dayah teka hari tu.. hehehe.. ntah ketegori mana agaknya surprise tu ek.. Udah ler.. Dayah la ni x do masa tgk TV.. uwauwauwa.. mcm mana tu.. ni nak kona jugak cari TV ni..

Related Posts with Thumbnails