Friday 22 January 2010

Al Marhum DYMM Sultan Johor Dalam Kenangan

Al-Marhum DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah,
Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

8 April 1932 - 22 Januari 2010

Al -Fatihah


  1. Diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru
  2. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajarannya di English College (sekarang Sekolah Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru.
  3. Baginda seterusnya melanjutkan pelajarannya di Trinity Grammer School Australia dan selepas itu ke United Kingdom.
  4. Setelah menamatkan pengajiannya, baginda berangkat pulang ke Johor pada tahun 1956 dan terus berkhidmat sebagai Pegawai Kadet Johor Civil Service.
  5. Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981.
  6. Pada 11 Mei 1981 baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang keempat
  7. Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 5 April 1982
  8. Baginda ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VIII pada 15 November 1984
  9. Baginda pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johore Military Forces) yang diasas dan ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar
  10. Pada masa lapang baginda gemar bermain polo, papan layar, memburu dan bermain golf.
  11. Baginda Sultan telah bernikah dengan Sultanah Hajah Zanariah binti Tengku Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anakanda - dua orang putera dan lapan orang puteri.
  12. Baginda Sultan mangkat pada hari ini, 22 Januari 2010, jam 7.15 malam, di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru kerana gering.

Sumber diperolehi daripada: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim


****************************************************************
Gambar-gambar kenangan Kak Ungku & keluarga bersama Al-Marhum DYMM Sultan Iskandar semasa Perjumpaan Hari Raya TMJ & Persatuan Zuriat Ungku Mohd Khalid (PZUMK), di Istana Pelangi, Johor Bahru pada tahun 2006.

Al-Marhum Tuanku Sultan Mahmud Iskandar telah mencemar duli untuk bersama-sama meraikan perjumpaan Hari Raya ini. Al-Marhum Baginda Sultan, TMJ & keluarga memang sporting dan mesra rakyat..


Al-Marhum DYMM Sultan Johor


Kak Ungku & family bersama-sama dgn Al-Marhum DYMM Sultan Johor


Al-Marhum Tuanku sempat bergurau dengan Kak Ungku & Hubby.
Nak tahu apa?.....Al-Marhum Tuanku berpesan pada my hubby....
suruh Kak Ungku turunkan berat badan....peh tu dia...ahaks!



Al-Marhum Sultan bergambar dengan ahli keluarga Kak Ungku


*******************************************************
Kaitan Keluarga Kak Ungku dengan Al-Marhum DYMM Sultan Iskandar
dan Kesultanan Johor


Untuk mendapatkan keterangan lanjut.....sila baca entry Kak Ungku di bawah tajuk 'Salasilah Keluarga Dengan Kesultanan Johor', entry bulan Julai, 2009.

3 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Aunty,
Takziah, semoga rohnya dicucuri illahi

tunbegia said...

keturunan bugis ni,

salamm,

Ahmad said...

Takziah... Almarhum akan sentiasa dalm ingatan...

Related Posts with Thumbnails