Thursday, 21 January 2010

Bila Angah & Family Balik Bercuti....

Setiap tahun Angah dan family akan balik bercuti ke BP. Tapi tahun ni tak lama cuma 2 minggu aje dari pertengahan Disember 2009 - 28 Disember. Seronok kalau dapat berkumpul beramai-ramai...kali ini kami banyak menghabiskan masa berkumpul di rumah mak saudara Kak Ungku, Cik Ton.

Balik kali ni Angah dan family sempat tolong Kak Ungku buat operasi kemas rumah Kak Ungku....jadi sekarang ni rumah Kak Ungku ada extra satu bilik untuk tetamu....terima kasih banyak2 Angah & family....you're my best sister.....mmuah!

Oleh kerana sibuk memanjang, kami sampai terlupa nak ambil gambar beramai2. Angah balik sehari selepas Abang Kak Ungku masuk hospital akibat stroke....tiket kapalterbang dah booking awal, nak buat macamana. Walau bagaimanapun kami sempat bergambar di saat akhir sebelum Angah berangkat balik. Harap tahun ini...2010 kita akan berjumpa lagi, insyaAllah.


Kak Ungku & Angah



Angah, Tok Pek dan Cik Ton


dari kiri: Syirah, Kak Ungku, Cik Ton, Angah & Deqnur
(Deqnur & Syirah adalah anak Angah saya no.2 & no.3)


Anak-anak Angah
dari kiri: Syirah, Amzar (anak sulung), Angah & Deqnur


dari kiri: Amjad (anak Angah no.4), Amzar, Amnan (no.5),
my hubby & Ammar (no.6)



3 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Aunty,

Sweetnya dapat berkumpulkan..

Kak Ungku Betty said...

Salam Dayah....yup, memang best, macam2 kerenah...cuma sedihlah last day kami berkumpul, my brother kena stroke. Itulah dugaan kami sekeluarga tahun ini. Tapi alhamdulillah Abang dah banyak tunjukkan perubahan yang amat memberangsangkan.

Deeeee said...

Salam Aunty,
Ujian Allah, moga2 day to day Abg Aunty fast recover and take care Aunty ^_^

Related Posts with Thumbnails