Monday, 5 September 2011

Program Otai-Otai SSP Beraya di Pontian 2011


Hari Raya Kedua


Program Otai-otai SSP Beraya di Pontian, berjaya dengan jayanya diadakan pada Hari Raya ke-2. Program ini bertujuan mengeratkan kembali silaturrahim di antara kami. Program julung kali ini walaupun tidak ramai yang menyertainya...tapi cukup meriah, terbayang pada wajah-wajah gembira sahabat-sahabat dan guru-guru....haaa lagu tema program kami ialah "Balik Kampung' nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.




Program bermula seawal jam 10.30 pagi dengan sahabat-sahabat seperti Zulkhairi Hassan & family serta Jamalulail & family beraya ke rumah keluarga Chief de Mission Halida Zakaria a.k.a Did di Kampung Api-Api.

Kak Ungku & hubby join lewat di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan dan kami berdua terus ke rumah keluarga Jamalulail yang terletak tidak jauh dari rumah keluarga Did. Di sana sahabat-sahabat lain telah sedia berkumpul dan meraikan program ini...seperti Sh Hamidah, Dr Salleh & family, Kamarulzaman a.k.a Amai - datang solo aje nampaknya, Zulkhairi, Maznah & Family, Did, Hubby & family. Meriah dengan gurauan yang menggamatkan suasana. Maklumlah...sudah berpuluh tahun tidak beraya bersama sejak meninggalkan zaman persekolahan.

Program :
Mulai 10.00pagi
* Beraya rumah keluarga - Chief de Mission Halida Zakaria
* Beraya rumah keluarga Jamallullail Ibrahim
* Beraya rumah keluarga Zulkhairi Hasan
* Beraya rumah keluarga Kamarulzaman Alias
* Beraya rumah Siti Fadzilah Sheikh Bakir

Mulai selepas Zohor 3.30 petang
* Beraya rumah Cikgu Faredah Mashhor
* Beraya rumah Cikgu Timan Jawa (Cikgu Katiman Sikos)

Rumah terakhir dan penutup program kami ialah beraya rumah sahabat lama kami iaitu Noriah Rahmat & suami Faizal, di Rimba Terjun.


Foto Album Program Otai-Otai SSP Beraya, 2011
Klik, klik, klik!

Beraya di rumah keluarga Jamalulail di Api-Api

Beraya di rumah keluarga Zulkhairi di Parit Sapran



Beraya di rumah keluarga Kamarulzaman di Kayu Ara Pasong


Beraya di rumah Siti Fadzilah - Hawa




Beraya di rumah Cikgu Faredah Mashhor
Hidangan istimewa: Laksa Johor

dari kiri: Sh Hamidah, Maznah, Halida, Kak Ungku, Cikgu Faredah,
Kamarulzaman, Jamalulail & Zulkhairi


Ex-anak-anak murid dah sama besor dengan Cikgu...
Cikgu Faredah masih maintain awet muda!


Tiga orang sahabat...Bujang, Amai dan Lail....sama-sama besor dah sekarang...



Beraya di rumah Cikgu Katiman Sikos
Hidangan istimewa: Nasi Hadratulmaut & Sate




Sempat bergambar dgn pokok kaktus Cikgu Katiman
yang dicucuk dengan telur...susah nak nampak sekarang tau.....

Program Beraya kami berakhir di rumah Noriah, di Air Terjun. Sayangnya dalam sibuk bercerita, kami terlupa untuk mengambil gambar, rasa ralat betul.... InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di lain kali. Seronok dapat beraya dengan sahabat-sahabat dan guru-guru kesayangan kami. Tahun depan kita organise lagi yer, insyaAllah. Jumpa lagi!

1 Comment:

en_me said...

meriahnyerr uoolss..

salamm, me ziarah dr blog zulkhairi jerr.. ehehe

Related Posts with Thumbnails