Tuesday, 13 September 2011

Pesanan Bonda Buat Puteri-Puterinya...

Pesanan Buat Puteri-Puteriku........

Bersedialah menjadi seorang isteri yang mentaati Allah dan suamimu.
Bukan paras rupa yang dicari, cukup sekadar sedap mata memandang.
Berbudi pekerti mulia, pandai mengambil hati suami dan keluarganya.
Menghormati kaum keluarga dan orang tua serta bersikap penyayang.
Selia dalam mengurus rumahtangga, bukan hanya pandai berhias dan melawa sahaja.
Sentiasa bersedia, tabah, sabar menghadapi dugaan hidup - susah dan senang bersama.
Menerima suami seadanya, janganlah menjadi isteri yang suka meminta-minta atas sesuatu yang di luar kemampuan suami.
Senantiasa bersederhana dalam kehidupan, berusahalah menjadi seorang isteri serta ibu mithali sebaik mungkin...apa yang penting molek ilmu dan agamamu.
Perkahwinan yang mendapat redha Allah juga restu ibubapa akan mendapat rahmat, rumahtangga anakanda kekal bahagia, di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Ingatlah pesanan bonda ini.....





0 Yorum var:

Related Posts with Thumbnails