Thursday, 23 September 2010

Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?

Sebagai RENUNGAN:
Mengapa Amal Ibadat Kita Ditolak?

Walaupun amalan yang dibuat begitu banyak dan tekun namun…..malaikat yang menjaga pintu-pintu langit akan menolak amalan kita atas arahan yang diberikan kepadanya:

1. Di langit pertama:
Amalan orang yang suka mengumpat akan dihempaskan ke mukanya.

2. Di langit ke dua:
Amalan orang yang bermegah dengan kebendaan akan dipukulkan semula ke mukanya.

3. Di langit ketiga:
Amalan orang yang takabbur akan dipukulkan ke mukanya.

4. Di langit keempat:
Amalan orang yang ‘ujub (merasa bangga kerana banyak amalan hingga
menghairankan dirinya)akan dipukulkan amalannya ke belakang dan perutnya.

5. Di langit kelima:
Amalan orang yang hasad dengki akan dipukulkan ke mukanya semula.

6. Di langit keenam:
Amalan orang yang tidak bersifat rahim (contoh: mentertawakan orang yang dalam kesusahan) akan dipalukan ke muka tuannya.

7. Di langit ketujuh:
Amalan orang yang ria’akan dipalukan amalannya ke muka dan segala anggota badannya dan amalan orang yang tidak benar-benar ikhlas akan dilaknati oleh Allah SWT.....

Wallahua'lam.

3 Yorum var:

Nieaz said...

Salam kak Ungku,
Terima kasih kak Ungku for this n3. Hati sy tersentuh dengan semua n3 kak Ungku. Semoga Allah ankan sentiasa merahmati kak engku sbb selalu publishkn n3 yg menyedarkan kami yg sering lalai... sy pembaca baru disini... thanks

Nieaz said...

salam kak Ungku,
Terima kasih for n3 yg menyedarkan kn kami yg sering terlupa nie, Anyway sy pembaca baru blog kak Engku yg colorful nie. Thanks

Kak Ungku Betty said...

Nieaz:
Terima kasih kerana sudi menjadi pembaca blog saya ini. Harap terus menjadi pembaca setia, insyaAllah Kak Ungku akan terus berblogging dan terus menghantar artikel2 yang menarik untuk dikongsi bersama.

Artikel2 ini adalah untuk diri saya dan juga untuk dikongsi bersama. Terima kasih banyak Nieaz juga atas doa. Keep on visiting my blog, dear ;D

Related Posts with Thumbnails