Sekadar berkongsi..
Dari E-mail teman....& dieditkan sedikit supaya kita sentiasa beringat....
Dari Laporan Jais- macam mana nak makan ni?
Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.
Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)
Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.
Kami periksa setiap ayam yang disembelih itu mengikut syara' atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh, sementara urat darah kiri dan kanan leher adalah sunat (Hadis Nabi saw)
Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan:
Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan taukeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.
Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini:
Ini pula ayam cucuk, tetapi pelanggannya pula adalah restoran Melayu dan penjual sate;
Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).
Saya hendak berpesan kepada semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, perihatinlah sedikit tentang apa yang kita makan terutamanya ayam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168:
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu."
Pemantauan ini mesti dijalankan selalu, tindakan keras dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggungkawab. Sampai bila orang Islam akan menjadi mangsa ketidakperihatinan mereka? Isu HALALAN TOIYYIBAN jangan diambil mudah....pihak berkuasa dan yang berkenaan, mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan berat.
2 Yorum var:
SALAM,
MEMANG SEKARANG NI KITA BUKAN SAHAJA BIMBANG NAK MAKAN DI RESTOREN. KITA JUGA BIMBANG SAMADA AYAM YANG KITA BELI DI PASAR/KEDAI UNTUK DIMASAK DI RUMAH ITU HALAL ATAU TIDAK ? PIHAK YANG BERKUASA KENA LEBIH BANYAK DAN KERAP MEMBUAT PEMANTAUAN DAN TINDAKAN
luahfikiran:
Betul, saya bersetuju dgn pandangan saudara, kita mestilah lebih prihatin sekarang ni. Terima kasih atas pandangan.
Sen de yaz