24 Julai 2010....
Malam Reunion, Gala BBQ Dinner, Dagang Hall, Hotel Pontian.... kami mula menerima tetamu mulai pukul 8.00 mlm. Riuh rendah dibuatnya, maklumlah ada yang dah 3o tahun lebih tak jumpa, ada yang dah 25 tahun tak jumpa.....nostalgia & syahdu betul malam tu. Mas Idura, Ridza, Kak Ungku dan Noraizah ditugaskan menyambut para tetamu.
Sempat bergambar dengan guru kami yang turut hadir.
dari kiri: Cikgu Abdullah Bakar, Cikgu Bokhari, Norzein, Kak Ungku,
Murad, Noraizah, Ridza & Mas Idura
dari kiri: Cikgu Abdullah Bakar, Cikgu Bokhari, Norzein, Kak Ungku,
Murad, Noraizah, Ridza & Mas Idura
Bro emcee kami malam tu, Omar Mustafa...tak sangka pulak berbakat besar jadi pengacara...he made our gala night so lively....Pengerusi Reunion, Norzein Ab Kadir pulak memang best, sporting habis, penyokong kuat kami yang telah banyak berkorban bagi memastikan REUNION ini berjalan dengan lancar.
Gambar kiri: Omar Mustafa
Gambar kanan: Norzein Abd Kadir
Gambar kanan: Norzein Abd Kadir
Lepas dari ini.....Kak Ungku masukkan semua gambar-gambar REUNION yang happening. Tak payah banyak tulis, nanti bila rajin Kak Ungku akan edit & up-date foto2 ni dari masa ke semasa. Tetapi dari gambar telah mengambarkan segala-galanya.....a picture paints a thousand words ;D
clockwise: Halida, Norazman, Norzein, Mas Idura, Ridza, Kak Ungku & Omar
Food..glorious..Food!
Beriani & BBQ dinner sets.....absolutely delicious ;D
Food..glorious..Food!
Beriani & BBQ dinner sets.....absolutely delicious ;D
Maulana tak ada...Abah Maulana adapun dah cukup menghiburkan kami.
Dengan menyanyikan lagu Suriram....ramai yang terkedu bila on the spot kena pantun....hehehe
Dulu masa sekolah, kami semua selalu kena sergah dengan sifir oleh Cikgu Dollah.
Haaa... malam tu giliran Cikgu Dolah pulak kena sergah dgn Abah Maulana
untuk berpantun dalam lagu Suriram......tapi Cikgu Dollah memang sporting habis...
Haaa... malam tu giliran Cikgu Dolah pulak kena sergah dgn Abah Maulana
untuk berpantun dalam lagu Suriram......tapi Cikgu Dollah memang sporting habis...
Sesi potong kek oleh bekas guru-guru kami. Kek ini adalah sumbangan senior kami,
iaitu Tuan Ahmad Al-Jahsyi, Pengarah Perlancongan Negeri Melaka. Terima kasih Tuan...
iaitu Tuan Ahmad Al-Jahsyi, Pengarah Perlancongan Negeri Melaka. Terima kasih Tuan...
gambar kiri : Cikgu Bokhari
gambar kanan : Cikgu Abdullah Bakar
Walaupun sudah lebih 30 tahun kami meninggalkan TMIS
namun guru-guru kami tanpa jemu masih terus menasihatkan kami
agar menjadi insan kamil, terus menyumbang kepada
agama, bangsa dan negara. Jasa mu sentiasa kami kenang....
Tahun depan, insyaAllah kita berjumpa lagi dengan REUNION yang lebih happening, atas permintaan ramai kita akan combine TMIS Batch 1978 & SSP Batch 1983. Kak Ungku mengharapkan sokongan padu dari semua. Di mana agaknya ekk....Putra Jaya, Melaka, Port Dikson....mmm Ridza jemput kalau nak buat di Calgary, Kanada....jauh sangat tu, thanks for the invitation Ridz....atau kembali nostalgia lama, sekali lagi di Pontian. So fikir-fikirkanlah ye....Jumpa lagi tahun depan.....insyaAllah.
0 Yorum var:
Sen de yaz