Wednesday 26 October 2011

Doa Ibu Bapa Sumber Kekuatan Batin, Bentuk Keperibadian Anak

ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini.

Justeru, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dianggap melencong daripada fitrah insan. Apabila kita dewasa dan mendapat pelbagai kesenangan hidup, kita tidak boleh sama sekali melupakan pengorbanan ibu bapa, sebaliknya kita sewajarnya berbakti untuk membalas jasa mereka mendidik sehingga menjadi insan berguna.

Anak yang salih akan berusaha menyenangkan hati kedua-dua ibu bapanya kerana mengharapkan keredaan hidup daripada Allah. Mereka mengetahui setinggi manapun kedudukan, pangkat atau pemilikan harta kekayaan semua tidak sama nilainya dengan kasih sayang terhadap ibu bapa.

Selain itu, doa ibu bapa sangat berkat dan mustajab. Oleh itu, anak yang salih akan mengharapkan keberkatan doa ibu bapa dalam menyusuri kehidupan.

Sabda Rasulullah SAW: “Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Malah Nabi SAW menegaskan, “Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).

Oleh itu, sewajarnya kita merebut peluang semasa ibu bapa kita masih hidup untuk berbakti disamping mengharap keberkatan doa mereka dalam menjalani kehidupan seharian kerana doa ibu bapa adalah sumber kekuatan batin anak. Hal itu akan membentuk keperibadian dan kewibawaan anak dalam menjalani kehidupan.

Petunjuk kedua ibu bapa terhadap anaknya sama seperti petunjuk Nabi kepada umatnya. Oleh itu, anak yang sentiasa memuliakan ibu bapanya tentu akan didoakan oleh ibu bapanya, sebaliknya anak yang derhaka itu sentiasa akan mendatangkan kemudaratan dalam hidup.



Kredit: http://feryco.com/


Tuesday 25 October 2011

Berbaik Sangkalah Sesama Insan...

Buruk Sangka Vs Baik Sangka. Apa Pilihan Anda?

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah, disangka riak
Orang relax, disangka malas
Orang pakai baju baru, disangka menunjuk-nunjuk
Orang pakai baju buruk, lusuh, disangka berzuhud
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut...

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang ceria, disangka berlakon....

Mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
Mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
Mana tahu, yang menawan itu bersih hati dan mindahnya?
Mana tahu, yang ceria itu cergas cerdas mindanya?

Jauhkan sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnakan ukhuwah
sepertinya musnahnya kayu di makan api....

suatu benda yang kita lihat,
bermacam-macam kesimpulan yang kita buat....

Apabila memandang ke luar tingkap
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung-burung berterbangan dan bermacam-macam lagi
Sedangkan semua orang melihat di tingkap yang sama.....

Kesimpulannya,
semua bergantung bagaimana kita melihatnya
positif kita lihat, maka positif lah yang kita dapat
sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya....

Marilah kita sama-sama memperbetulkan penglihatan kita,
berbaik sangka lah kita sesama kita, insyaAllah....




Kredit:
Redha Ilahi


Kampung Ketek The Almost Forgotten…

I was supposed to update about Kampung Ketek, Melaka during my trip to Melaka, on last school holidays in June 2011. Kampung Ketek some how or rather has a nostalgic and sentimental values to my hubby. He was brought up here in this kampung during his childhood, at that time he was about 9-10 years old.

Kampung Ketek can be easily found by walking along Jalan Kuil adjacent to Jonker Street (Jonker Walk). Just opposite the Cheng Hoon Teng Temple you'll see a Signage ‘Kampung Ketek’. Follow the signage to a small brick pathway to a hidden historic Malay Village..... Kampung Ketek, the almost forgotten....


A small path to Kampung Ketek starts from here…

Kampung Ketek or Ketek Village, according to my hubby is one of the oldest village recorded since the Dutch era. In the past, Kampung Ketek was called Kampung Pali. Now it is surrounded by old shop houses and strategically located at the UNESCO world heritage zone.

Once upon a time...this was the house
where my hubby and his family used to live.
Now the house and others are gazetted
as part of Melaka historical and heritage zone.





This is the pathway used to be my hubby's childhood 'playground'.....


Also at Kampung Ketek reside the legendary Abdullah Munsyi's house, a famous Malay literary figure in 18th century and now describes as “The Father of Modern Malay Literature”.



Legendary Abdullah Munsyi's House…

Next to Abdullah Munsyi's house is Syamssudin Al-Sumatrani's Tomb, dated back in Portuguese period – 16th Century. Syamssudin Al-Sumatrani was a warrior who fought the Portuguese in Melaka.



Syamssudin Al-Sumatrani's Tomb



This was once another place
of my hubby's favourite childhood 'playground'....
The graveyards were believed to be the graves
of the earliest Sumatra people (Achehnese) who died in Melaka


My story of Cuti-Cuti Melaka - Kampung Ketek ends here. Well if you plan to sight seeing the Religious building at Kampung Harmony, Kampung Kling Mosque, Cheng Hoon Teng Temple or hunting for hundred years old antiques and Jonker Street, drop by at Kampung Ketek certainly will add another interesting topics at your Journey To The World Heritage Site.....

My family and I, a photo for remembrance....
posing in front one of the houses at Kampung Ketek.


Monday 24 October 2011

Doa Sewaktu Bersujud dan Keistimewaannya


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.


"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."



KEBESARAN SOLAT DUA RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini, InsyaAllah.


kredit:
Tok Wan 2

Friday 21 October 2011

Anggaplah Orang Lain Lebih Mulia

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini suci dan belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2. Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..

5. Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.

Friday 14 October 2011

24 Perkara Jangan Dilakukan

Terdapat 24 perkara-perkara yang JANGAN dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH SWT tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhannya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.

Wallahu'alam

Pakaian, Rupa Bukan Kriteria Sebenar Takwa - Nabi Daud

SEWAKTU Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salam kepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnya untuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Gambar ini hanya hiasan sahaja

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau: “Wahai Nabi Allah, bolehkah saya bertanya? “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajarkan kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu?”

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata: “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran?” Nabi Daud menjawab: “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatkah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dulu sebagai tanda menghormati tempat ibadah ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dulu , melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu?

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi: “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab: “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi Tuhan.”

Seorang muridnya bertanya: “Tetamu tadi juga berdoa dengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab: “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.”

Seorang murid bertanya: “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertakwa.”

Nabi Daud menjawab: “Takwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hukum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama.”

Wallahua'lam

Jangan Abaikan Niat Baik....


Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan berjalan menuju masjid.

Dalam perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'

MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

Wednesday 12 October 2011

Pujian Yang Dibolehkan Dan Yang Tercela

Pujian yang tercela

Yang dimaksud dengan pujian yang tercela adalah pujian yang berlebihan dan pujian yang dapat menyebabkan orang yang dipuji merasa bangga diri (‘ujub).

Dari Abu Bakar ra, beliau menceritakan bahawa ada orang yang memuji temannya yang ada disamping Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda,

ويلك قطعت عنق صا حبك, قطعت عنق صا حبك

“Celakalah engkau, kau telah menggorok leher saudaramu. Kau telah meggorok leher saudaramu!”

Rasulullah saw mengucapkannya beberapa kali. Lalu Rasulullah saw bersabda,

من كان منكم مادحا أخاه لا محالة فليقل: أحسب فلانا والله حسيبه ولا أزكي على الله أحسبه كذا وكذا إن كان يعلم ذلك منه

“Barang siapa yang terpaksa harus memuji saudaranya, maka katakanlah: ‘Aku kira si fulan demikian dan demikian, tetapi Allah-lah yang menilai (keadaan sebenarnya). Aku tidak mahu menilai atas nama Allah (kepada seseorang) demikian dan demikian, jika memang kelebihan itu ada pada dirinya.”

[Hadis sahih, riwayat Bukhari]

“Janganlah engkau tertipu dengan pujian orang lain yang menghampirimu. Sesungguhnya mereka yang memuji tidaklah mengetahui dirimu sendiri kecuali yang nampak sahaja bagi mereka. Sedangkan engkau sendiri yang mengetahui isi hatimu."

“Barangsiapa yang begitu girang dengan pujian manusia, syaitan pun akan merasuk dalam hatinya.”

( Iqozhul Himam Syarh Matn Al Hikam, Ibnu ‘Ajibah, hal. 159, Mawqi’ Al Qaroq, Asy Syamilah)

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (Qs. Al-Najm; 32)

Dari Abu Musa ra, beliau menceritakan bahawa Rasulullah saw mendengar ada orang yang memuji saudaranya dengan sangat berlebihan. Rasulullah saw bersabda,

أهلكتم أو قطعتم ظهر الرجل

“Kalian telah mematahkan punggung saudara kalian (kalian telah membinasakannya).”

[Hadis sahih, riwayat Bukhari )

Ibnu Baththal menyimpulkan bahawa larangan itu diperuntukkan bagi orang yang memuji orang lain secara berlebihan dengan pujian yang tidak layak dia terima. Dengan pujian ini orang yang dipuji tersebut, dikhuatirkan akan merasa bangga diri, kerana orang yang dipuji mengira bahawa dia memang memiliki sifat atau kelebihan tersebut. Sehingga kadangkala menyebabkan dia tidak bersemangat untuk menambah amal kebaikan kerana dia sudah merasa yakin dengan pujian tersebut.

Oleh kerana itu, para ulama menjelaskan bahawa makna hadis: ‘Taburkanlah debu ke muka orang yang memuji orang lain!’[1] adalah berlaku untuk orang yang memuji orang lain namun dengan cara yang berlebihan.[2]


Pujian yang dibolehkan

Tidak diragukan lagi bahwa memuji orang lain adalah termasuk penyakit lisan, jika menyebabkan orang yang dipuji merasa bangga diri atau jika pujian tersebut dilakukan secara melampaui batas, iaini berlebih-lebihan. Namun, jika pujian itu tidak mengandung hal-hal tersebut di atas, maka hukumnya diperbolehkan.

Imam Bukhari ra memberi judul untuk salah satu bab dalam kitab Shahih beliau: “Bab Orang yang Memuji Saudaranya Berdasarkan Fakta yang Diketahui”. Imam Bukhari menyebutkan bahawa Sa’ad ra berkata, “Tidak pernah kudengar Rasulullah saw menyebut kepada seseorang yang berjalan di muka bumi ini sebagai calon penghuni Surga kecuali hanya kepada ‘Abdullah bin Salam.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari)

Rasulullah saw melukiskan sifat ‘Umar bin Khaththab ra sebagai berikut,

ما لقيك الشيطان سا لكا فجا إلا سلك فجا عير فجك

“Jika syaitan berhadapan denganmu pada suatu jalan, nescaya dia akan mencari jalan lain selain jalan yang engkau lalui.” (Hadits sahih, riwayat Muslim)

Pujian yang diperbolehkan untuk diberikan kepada saudara kita adalah pujian yang tidak berlebihan dan orang yang dipuji tidak dikhuatirkan merasa bangga diri, maka pujian seperti ini diperbolehkan. Oleh kerana itu, pujian dengan sesuatu yang sesuai fakta dan dengan sewajarnya sahajalah yang diperbolehkan. Bahkan Rasulullah saw pun dipuji dalam syair, khutbah, dan pembicaraan. Akan tetapi, Rasulullah saw tidak menaburkan debu ke muka orang yang memujinya dengan pujian yang wajar tersebut.


Bagaimana menyikapi pujian ?

Agar dapat menyikapi pujian secara sihat, Rasulullah saw. memberikan 3 contoh yang sangat menarik untuk diteladani.

Pertama, selalu mengawal diri supaya tidak sampai terbuai oleh pujian yang dikatakan orang. Oleh kerana itu, setiap kali ada yang memuji beliau, Rasulullah saw menanggapinya dengan doa:

Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang dikatakan oleh orang-orang itu.” (HR. Al-Bukhari)

Lewat doa ini, Rasulullah saw mengajarkan bahwa pujian adalah perkataan orang lain yang akan menjerumuskan kita. Ibaratnya, orang lain yang mengupas nangka, tapi kita yang kena getahnya. Orang lain yang melontarkan ucapan, tapi malah kita yang terjerumus menjadi besar kepala.

Kedua, menyedari hakikat pujian sebagai topeng dari sisi gelap kita yang tidak diketahui orang lain. Kerana sebenarnya, setiap manusia pasti memiliki sisi gelap. Dan ketika ada seseorang yang memuji kita, maka itu lebih kerana faktor ketidaktahuan dia akan belang serta sisi gelap kita. Oleh sebab itu, Rasulullah saw dalam menanggapi pujian adalah dengan berdoa:

Dan ampunilah aku dari apa yang tidak mereka ketahui (dari diriku)”. (HR. Al-Bukhari)

Ketiga, kalaupun sisi baik yang dikatakan orang lain tentang kita adalah benar adanya, Rasulullah saw mengajarkan kita agar memohon kepada Allah swt. untuk dijadikan lebih baik dari apa yang nampak di mata orang lain. Maka kalau mendengar pujian seperti ini, Rasulullah saw kemudian berdoa:

Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka kira”. (HR. Al-Bukhari)


Bagaimana cara memuji ?

Ada beberapa teladan yang dapat diambil dari kehidupan Rasulullah saw iaitu di antaranya :

Pertama, Rasulullah saw tidak memuji di hadapan orang yang tersebut secara langsung, tetapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memotivasi mereka. Suatu hari, seorang Baduwi yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahawa Islam adalah solat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Baduwi itupun berjanji untuk menjalankan ketiganya dengan konsisten, tanpa menambah atau menguranginya. Setelah Si Baduwi pergi, Rasulullah saw memujinya di hadapan para sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melakukan janjinya tadi.” Setelah itu beliau menambahi, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah Orang (Baduwi) tadi.” (HR.Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.)

Kedua, Rasulullah saw lebih sering melontarkan pujian dalan bentuk doa. Ketika melihat minat dan ketekunan Ibn Abbas ra. dalam mendalami tafsir Al-Qur’an, Rasulullah saw tidak serta merta memujinya. Beliau lebih memilih untuk mendoakan Ibn Abbas ra.: “Ya Allah, jadikanlah dia ahli dalam ilmu agama dan ajarilah dia ilmu tafsir (Al-Qur’an).” (HR. Al-Hakim, dari Sa’id bin Jubair)

Begitu pula, di saat Rasulullah saw melihat ketekunan Abu Hurairah ra. dalam mengumpulkan hadis dan menghafalnya, beliau lantas berdoa agar Abu Hurairah ra. dikurniakan kemampuan untuk tidak lupa apa yang pernah dialpainya. Doa inilah yang kemudian dimakbulkan oleh Allah swt. dan menjadikan Abu Hurairah ra. sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.

Rasulullah saw pernah bersabda,

إذا رأى أحدكم من أخيه مـا يعجبه, فليدع له بالبركة

“Jika salah seorang di antara kalian melihat sesuatu yang menakjubkan dari saudaranya, maka hendaklah dia mendoakannya agar diberikan keberkatan kepadanya.”

(Hadis sahih, riwayat Imam Malik, Ibnu Majah dan Ahmad)

Doa mohon keberkatan saat mendapati (melihat) sesuatu yang menakjubkan dirinya pada saudaranya,

مـا شـا ء الله لا قوة إلا بـالله, أللـهـم بارك عليه

Maasyaa Allaah (atas kehendak Allah), tidak ada kekuatan melainkan hanya dengan (pertolongan) Allah. Yaa Allah, berikanlah berkah padanya.”

Imam Nawawi rahimahullahu Ta’ala mengatakan bahwa dalam kitab Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, banyak sekali hadis yang berisi pujian kepada seseorang. Berdasarkan hal itu, para ulama mengatakan bahwa cara mengkompromikan antara hadis-hadis yang kelihatan bertentangan itu adalah dengan memaknai larangan itu berlaku untuk pujian yang berlebihan, pujian yang ditambah-tambah dengan kedustaan atau pujian yang dikhuatirkan akan muncul rasa bangga diri (ujub) di dalam diri orang yang dipuji. Namun, jika tidak dikhawatirkan akan terjadi hal demikian, maka diperbolehkan memuji meskipun dihadapan orang tersebut. Hal ini kerana kesempurnaan ketakwaan, keteguhan akal dan kemantapan ilmu yang dimiliki oleh orang yang dipuji. Bahkan hukumnya menjadi sunnah apabila dengan pujian, maka dia akan memotivasi untuk sentiasa berbuat kebaikan, menambah amal kebaikan, dan memberikan teladan yang baik kepada orang lain.

Allah lebih mengetahui akan hal ini. Wallahu a’lam.


kredit: "KATA-KATA HIKMAH"

Thursday 6 October 2011

4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepad wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum? menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yang bergelar abang yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa tidak lepas dr melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka, jika tidak,kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Ilmu Untuk Kaum Adam


Pesanan buat para suami..

1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali - kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat tak tau aje kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Wednesday 5 October 2011

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."



Kredit- Artikel iluvislam.com

Related Posts with Thumbnails