Thursday 28 April 2011

Berbakti Kepada Kedua Orang Tua

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata...
"Aku ingin berjihad, namun aku tidak mampu."
Rasulullah SAW bertanya,
"Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?"
Lelaki itu menjawab, "Ibuku masih hidup."
Lalu Rasulullah SAW bersabda:
"Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya.
Jika engkau berbuat demikian,
maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad."

Alangkah beruntungnya mereka yang dapat membuat bakti kepada orang tuanya, kerana Syurga itu terletak di bawah tapak kaki mereka (ibubapanya) dan Allah akan panjangkan umur anak2 ini dalam membuat kebaikan, insyaAllah.

Something NiceTo Ponder....

Be simply yourself;
Be content with what you have;
Don't compare or compete;
Rejoice in the way things are;
Everybody will respect you
and the whole world belongs to you!


Short as life is,
we make it still shorter
by the careless waste of time.
Every one ought to spend part of their life
making someone else's life better or even happier.....




If you don't like something;
change it.
If you can't change it...
change your attitude.
Don't just simply complain....


Wednesday 27 April 2011

Solat dalam Sudut Sains

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim. Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

“Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat,” katanya. Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung’ Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit. Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit. Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia. Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi. Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit. Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.


Sumber:
Utusan Malaysia 6 April 2011

Tuesday 19 April 2011

Abang Kak Ungku On Dialysis Mulai Hari Ini....

Semalam, 18 April 2011.....
suamiku berada hampir setengah hari...
di Hospital Pakar Putra, BP menguruskan abangku....
yang menjalani pemeriksaan doktor pakar kerana masalah buah pinggangnya.
Pagi ini, 19 April 2011....
abang, sekali lagi dgn ditemani oleh suamiku di hospital pakar yang sama....
dan dia mula menjalani sesi pertama dialysis.





Doaku...."Ya Allah, kuatkanlah semangat abangku,
berikan kepadanya kesabaran serta kekuatan iman,
fizikal, mental, rohani & jasmani....
dalam menghadapi ujian Allah yang amat berat ini.
Kepada suamiku, terima kasih atas keperihatinanmu,
ikhsan dan kasih sayangmu...
amat mengambil berat terhadap abangku,
semoga Allah sentiasa memelihara kesihatanmu, merahmati,
menyayangi, mempermudahkan segala urusan suamiku...
di dunia dan akhirat, insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Kali pertama dialysis...selama 2 jam 30 min.
Menurut suamiku...sessi selepas ini,
akan memakan masa lebih lama lagi,
3 hingga 4 jam.....wow! lamanya....
Lepas dialysis...petang tu lepas makan tengahari,
abang Kak Ungku nampak lemah aje....
Dia tidur nyenyak petang itu...
Sebelam malam lepas solat Isyak,
abang kak Ungku tidur lagi....nampak dia betul2 letih....
Doa Kak Ungku dia mampu bertahan dan kuat semangat...
menghadapi ujian Allah ini, insyaAllah.
Sessi seterusnya...pada hari Khamis.
My brother akan di bawah observation doktor pakar di HPP
selama seminggu, lepas itu barulah dia akan meneruskan,
sessi dialysisnya di pusat dialysis di Pontian.

Monday 11 April 2011

Adakah Anda Tahu?

MINUM AIR HILANGKAN SAKIT KEPALA...

SAKIT KEPALA kerap datang dan banyak pula penyebabnya. Ubat sakit kepala yang paling banyak digunakan adalah aspirin. Ada yang suka menggunakan penawar semulajadi seperti:

* Tambah jus lemon ke dalam segelas air putih atau teh untuk meredakan sakit kepala.

* Teh pudina atau air peppermint berupaya membantu mengatasi sakit kepala.

* Minum air putih. Kadang-kadang sakit kepala datang sebagai gejala dehidrasi. Minum banyak air putih yang mencukupi. Pilih air biasa atau suam saja kerana air berais boleh menambahkan sakit kepala.


Peppermint Water@Air Daun Pudina:

* Ambil dalam 7-8 helai daun pudina (basuh bersih) masukkan ke dalam mug.

* Didihkan air dan tuangkan ke dalam mug berisi daun pudina,tutp mug tersebut, biarkan lebih kurang 8-10min.
*Keluarkan daun pudina tersebut, inilah yang dinamakan 'peppermint water@air pudina.

Untuk menjadikan lebih enak, tambah madu dan perahan lemon atau limau nipis....sedap ;D


Teh Pudina:


* Tambahkan air pudina tadi ke dalam bancuhan teh,...tambahkan gula perang, perahkan limau nipis/lemon, kacau rata. Sedap diminum suam atau tambah ais jika ingin minum sejuk...hahaha minum masa musim panas ni.....mmm nice ;D


Teh Pudina & Daun Pudina

Adakah Anda Tahu?

100,000 HELAI RAMBUT!

Bimbang dengan masalah keguguran rambut?
Tidak perlu gusar lagi!
Berdasarkan kajian....
secara
purata setiap manusia....
memiliki 100,000 helai rambut
dan proses pertumbuhan rambut
menjadi lebih cepat pada waktu malam.





BUNCIS - Snek Terbaikkk

Buncis mengandungi banyak protein, serat dan merupakan sayuran rendah lemak.
Buncis juga tinggi kandungan mineral dan vitamin seperti kalium, asid folik dan zat besi...sesuai dijadikan makanan harian atau snek untuk para pengamal diet ;D

Thursday 7 April 2011

Craving For Portuguese Egg Tarts....

The Portuguese egg tart, also called Pastel de Nata,
is popular in our country, southeast Asia and in Europe.
Unfortunately it's quite difficult to get from the bakery around town,
I used to bake myself the ordinary egg tarts (using the sweet pastry)...
so I've decided to search for the recipe from the internet.
At last I've found it and give myself a try.
Well not that difficult to bake anyway...
This recipe is made easy by using ready-made packaged pastry....and I used Kawan brand.
All that is left to do is the filling for the tart shells, which is also very easy to make.
My first attempt...the tarts were superb, not bad at all.
It's so, so simple, easy and yummy too! ;D

Things you'll need:

  • 3/8 cup sugar
  • 2 tbsp cornstarch
  • 1-1/2 cups milk
  • 2 egg yolks
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 12 ounces package ready-made puff pastry (I used ready-made Kawan puff pastry)
  • and you also need a muffin pan.

    Instructions:
    1. Bring to a boil in a pan the 5 tablespoons water and sugar. Stirring until the sugar completely dissolves.

    2. In a small bowl, blend together the cornstarch in some of the milk. Add the egg yolks, vanilla extract, milk-cornstarch mixture, and the remaining milk into the sugar syrup. Whisk well. Wait until mixture reboils. Stirring to make a smooth and thickened liquid.

    3. Turn off heat and cover. Allow the liquid to cool in room temperature and form a custard-like texture. We are finished making for the Portuguese egg tart filling.

    4. Cut the pastry into circles. Line a muffin pan with the pastry circles. Prick the pastry lightly with a fork on the surface, do not prick all the way through. Preheat the oven to 400 degrees F or 200 degrees C. Spoon the cooled custard made (as in Step 1) into the tart shells Bake in a 400 degrees F/200 degrees C oven for 20 to 25 minutes, or until the tarts are golden brown and set. Remove egg tarts and cool on a wire to room temperature before serving.


    Related Posts with Thumbnails