Ketua Pakar  Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM),  Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim. Dalam pembentangan kajian pertama  bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr.  Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan  tubuh badan.
Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat  selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam  keadaan rehat.
Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut  berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan  pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi. Pada posisi  rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika  menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.
Pada posisi  rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika  menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.
Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.
Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.
Kedudukan  begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak  langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke  seluruh anggota badan.
Dr. Fatimah turut menjemput seorang  peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran  kajiannya. Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan  bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.
Beliau  menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul  niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara  sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.
Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.
Cuma  apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan  daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat  dinafikan kebenarannya.
“Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti  bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik  semasa bersolat,” katanya.  Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan  Kesan Kepada Denyutan Jantung’ Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan  peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.
Denyutan  jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.   Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih  rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.  Peserta diberi kefahaman bahawa,  semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih  terjaga. Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius  memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan  tidak mengenal usia.  Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara  kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.
Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius  memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan  tidak mengenal usia.  Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara  kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.
Bahaya  yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan  beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar  denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.
Selain itu, dengan  melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.  Jantung  berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak  72 dan 73 denyutan seminit.  Apabila seseorang duduk pada tahiyat  akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke  bahagian atas badan serta kepala.
Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.
Hasil  kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk  kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat  mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah.
Sumber:  Utusan Malaysia 6 April 2011
What Does A Dyslexic Person See When She Reads?
15 years ago

 




 
 
 
 


0 Yorum var:
Sen de yaz