Saturday, 13 November 2010

Cuti-cuti Melaka - Family Gathering (part 1)

Cuti Deepavali yang lepas,5 November 2010, Kak Ungku dapat berkumpul dengan family. Abang Kak Ungku & family serta adik & isteri datang menginap di chalet Lereh River Resort. Budget chalet di Lereh River Resort terletak di Muara Sungai Lereh dan mengadap Pantai Lereh di Tanjung Keling, Melaka. Chalet-chalet ini adalah di bawah pengurusan kakak ipar, iaitu Pn Hajjah Maimunah Sulaiman atau lebih mesra dengan panggilan Kak Long.

Apa yang best tentang Lereh River Resort ini, ianya masih mengekalkan suasana kampung, dengan bentuk chalet2nya yang ala2 rumah kampung serta flora dan faunanya. Terasa aman, tenang terutamanya pada sebelah awal pagi.





Pantai Lereh, Tanjung Keling ini masih bersih airnya dan
ada privacy sikit untuk bermandi manda.



Selepas makan tengahari, berehat dan minum petang, aktiviti pertama yang dilakukan oleh family Kak Ungku pada sebelah petang adalah memancing.....Abang dan adik Kak Ungku memang kaki pancing....jadi apa lagi.....pancinglah, hubby saya pun join sama ;D



Lebih kurang pukul 6.00 petang...anak-anak my hubby Maulana AF8, kakak-kakaknya iaitu, Halimatul Saadiah (Kak Ngah) dan 2 orang anak perempuannya Shera dan Batrisya, Fatimah (Atim) serta Farhana (Anan), suami dan anak perempuannya Maria, sampai dari KL.

So apa lagi.....sesi photography lah pulak....hehehe








Petang tu Kak Ungku sempat berjumpa dengan junior saya masa sekolah rendah dulu, Ameer dan family yang secara kebetulan datang untuk menjamu ikan bakar di restaurant di Muara Sg Lereh. Gembira anak-anak Ameer dapat bergambar dengan Maulana.....;D


Catatan Kak Ungku berakhir di sini dulu dan akan bersambung lagi ......tungguuuuu !

2 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Aunty,

wahhhhhh syiokkkknya sekali sekala dapat bercuti. Ke pantai pulak tu kan. Berbaloi kan keje penat2 then spend sometimes take fresh air. Sungguh best. Nak2 lg bersama keluarga tercinta. Terbaiklah! ^___^

Take Care.. don't forget watch more comedy movie.. theehehehe.. ^__^

Kak Ungku Betty said...

Dayah:
Alhamdulillah....quality time that matters. Memanglah saat gembira adalah apabila dapat meluangkan masa bersama-sama dengan family.

Haha for sure to watch comedy movies kalau takpun uncle dah cukup menceriakan hidup aunty....;D
Alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails