JAKIM melalui Bahagian Hab Halal telah menjadikan negeri Johor sebagai destinasi ke-3 untuk mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal pada 6-8 Ogos 2010 bertempat di Danga Bay, Johor Bharu. Negeri Johor sememangnya terkenal sebagai destinasi utama pelancongan dan mampu menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negara terutama para pengunjung dari Singapura.
Perasmian kempen tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Zainal Abidin Osman, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa aspek berkaitan halal amat sensitif dan dituntut oleh agama Islam. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Hab Halal, Puan Hajjah Saimah bt Mukhtar.
Objektif utama 1Malaysia 1Halal bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keperihatinan para pengguna terhadap logo halal Malaysia serta memberi maklumat kepada para pengguna supaya memberi barangan yang mempunyai logo halal Malaysia sahaja. Kempen ini juga merupakan satu platform bagi pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama bumiputera untuk memperkenalkan produk yang bermutu dan halal.
Sebanyak 64 syarikat pengeluar produk halal dan 8 agensi kerajaan telah mengambil bahagian pada kempen tersebut. Di samping itu juga, pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya kempen menderma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, pameran dan jualan produk / perkhidmatan oleh usahawan, pertandingan melukis, mewarna dan dekorasi kek, demontrasi dan tips masakan Halalan Toyyiban, Pertandingan Busana Muslim, Pertandingan Usahawan Halal Negeri Terbaik, Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Seminar Halalan Toyyiban, Persembahan Nasyid dan banyak lagi.
JAKIM bercadang akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri bagi mengadakan Kempen 1Malaysia 1Halal kerana ia memberi implikasi yang besar baik terutama kepada para pengguna dan industri umumnya.
What Does A Dyslexic Person See When She Reads?
14 years ago
0 Yorum var:
Sen de yaz