Tuesday, 22 June 2010

Pusat Perkembangan Minda Pancabestari Teknologi

Mulai tahun 2010 Pancabestari Teknologi melalui proses re-branding telah dikenali sebagai Pusat Perkembangan Minda Pancabestari Teknologi (PMPT). Kami telah berpindah ke premis baru dan memulakan semula operasi pada awal bulan April 2010. Alhamdulillah dalam keadaan yang serba sederhana....pusat kami mula mendapat perhatian dari ibubapa yang ingin mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Kami menyediakan kelas-kelas membaca Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris serta menulis dengan menggunakan kaedah FONEMIK & FONIK. Kelas-kelas ini dibuka kepada anak-anak seawal umur 4 tahun. Kelas membaca ini alhamdulillah sentiasa mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibubapa. Setakat ini Kak Ungku telah mendidik seramai lebih daripada 150 orang pelajar daripada yang normal IQ sehinggalah yang mempunyai masalah pembelajaran seperti dyslexia & autism.

Selain daripada kelas membaca, ada juga kelas-kelas tuisyen dari Tahun 1 hingga Tingkatan 3 dengan konsentrasi kami kepada 3 subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Semua matapelajaran adalah mengikut sukatan KBSR & KBSM dan diajar dalam dwi-bahasa dengan Bahasa Inggeris diberikan lebih penekanan.

Kami juga menawarkan kursus-kursus seperti MUET/IELTS kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6/Guru-guru/pelajar UTHM.

Kesemua kelas berasaskan kepada 'private tuition/tutorials' di mana setiap kelas tidak melebihi 15 orang pelajar. Ini memudahkan kami memantau perkembangan setiap pelajar selain selalu mengadakan perbincangan terbuka dengan ibubapa tentang perkembangan minda pelajar.

Selain daripada kelas-kelas tuisyen, Kak Ungku dan suami juga turut terlibat di dalam bidang training. Kami berdua merupakan trainer/facilitator di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dua program latihan di bawah KPM/MIMOS/TIME ENGINEERING/MICROSOFT yang kami berdua terlibat secara langsung adalah Program Latihan PPSMI (Program Pembelajaran Sains & Matematik di dalam Bahasa Inggeris) Fasa 5 & 6 serta Latihan Program EDUWEBTV. Untuk kedua-dua program latihan ini kami telah diberi tanggungjawab memberi latihan kepada lebih 500 orang guru (sebahagian daripada 10,000 orang guru yang terlibat) di seluruh Malaysia. Untuk program latihan PPSMI fasa 5&6, suami Kak Ungku merupakan Trainer Terbaik negara. Beliau juga merupakan Master Trainer & antara Trainer terbaik untuk program latihan EDUWEBTV.

Kak Ungku suami-isteri akan terus mencurahkan ilmu pengetahuan yang ada dengan izin Allah, selagi usaha kami berdua mendapat sokongan serta sambutan daripada anak-anak didik kami dan ibubapa khususnya. Terima kasih kami yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat.

Jom kita tour Pusat Perkembangan Minda Pancabestari Teknologi (PMPT) kami.


Front Desk & Visitors Corner


Meeting Room


Tutorial Room 1


Tutorial Room 2



Activities Room & Reading Corner


Haa...inilah my favourite corner...
tempat saya berblogging & ber FB semasa di office
(masa free shj tau...)



*************************************************

Sebelum & selepas MAKEOVER....


Tutorial Room 1


Tutorial Room 2


Meeting Room




Front Desk & Visitors Corner





Activities Room & Reading Corner




*********************************************************

Aktiviti-aktiviti anak didik Kak Ungku

Pendedahan kepada multimedia


Permainan-permainan yang menjana minda
seperti chess, jigsaw puzzle, scrabble dan lain-lain



Kelas membaca & menulis amat dititik beratkan
begitu juga dengan
aktiviti mewarna
bagi menjana
soft skill pelajar






Anak-anak didik Kak Ungku yang sentiasa ceria



Sambutan Hari Jadi



Cutenya....antara cenderahati yang Kak Ungku terima
sempenan Hari Guru 2010......terima kasih semua ;D


2 Yorum var:

Marina Monroe said...

Salam Tengku, Moga terus Maju dan Jaya usaha murni yg di curahkan buat kanak2 yg suci.

Kak Ungku Betty said...

Walaikumussalam Kak Nani....terima kasih di atas doa, syukran. InsyaAllah & alhamdulillah semoga kami dapat bertahan,terus maju dan diberkati segala usaha.

Related Posts with Thumbnails