Kak Ungku memang rapat dengan anak-anak didik Kak Ungku.
Ramai yang bertanya kenapa Kak Ungku menggunakan istilah
ANAK DIDIK dan bukannya anak murid atau pelajar.
Pepatah Melayu mengatakan "melentur buluh biar dari rebungnya".
Anak-anak kecil ini bukan sahaja perlu diajar membaca dan menulis,
tetapi perlu juga dididik nilai-nilai murni kepada mereka.
Antaranya:
- patuh & menghormati ibubapa
- patuh & menghormati guru-guru mereka
- patuh & menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
- menghormati rakan-rakan sebaya
anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti dyslexia & autism.
Mereka perlu diajar dengan penuh kasih-sayang, pujian & rasa tanggungjawab.
Latarbelakang anak-anak ini juga berbeza di antara satu sama lain.
Mereka berbeza dari segi intelektual-IQ, mental, latarbelakang ekonomi keluarga, perangai dll. Oleh itu approach mengajar tidaklah sama.
Alhamdulillah..setakat ini saya tidak mempunyai masalah besar untuk
mendidik mereka. Anak-anak didik Kak Ungku terang hati dengan teknik pembelajaran yang diikuti...
Lihatlah gelagat comel & nakal mereka.....
3 Yorum var:
Salam Bada, seronok nya tengok anak2 didik semua nya ceria. Mesti budak2 tuh sayang Bada bila Bada memberi kasih sayang dan ilmu yg akan mereka bawa hingga dewasa. Murni sungguh..Pilihan career yg tepat tak payah bergelumang dgn corporate world yg STRESSFUL.
Salam kak Betty. Memang kena ada kesabaran yg tinggi kak. Saya ni memang tak sabar.... itu pasal takleh jadi pendidik.
Marina Monroe:
Kak Nani...Bila tengok mereka semua dah pandai membaca dan menulis... hilang semua rasa penat malah rasa bangga dengan pencapaian mereka. Kepuasan yang sukar diucapkan dengan kata2...esp tengok tonet2 lagi dah pandai baca buku cerita in BM and English as well.
Hazila:
Dulu Kak Ungku selalu berkata kpd diri..."I was not born to be a teacher...but was born to be a tough corporate lady" itu dulu masa anak dara..now ni dah lanjut usia rasa seronok pulak mendidik anak-anak bangsa. Seronok dengan telatah mereka.
Sen de yaz