Sunday 27 February 2011

My Hubby Turns 55.....

Hari ini 27 Februari...terlepas 1 hari untuk update pasal birthday Hubby.
Semalam 26 Februari 2011 adalah birthday hubby yang ke-55.....
Kak Ungku cuma masukkan dalam FB aje.....


Hari ini adalah Hari Lahir suamiku yang ke-55 tahun. Selamat Hari Jadi Suamiku.... semoga sentiasa di dalam perlindungan, kasih sayang dan rahmat Allah SWT, panjang umur dengan keberkatan, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. Syukur kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan seorang suami yang amat penyayang, pembimbingku, sebagai... sahabat baik ku, ketenangan ku di kala susah, senang, suka dan duka...semoga diriku akan dapat terus berbakti kepada suamiku hingga ke ahir hayat ku dengan izin serta redhaMu Ya Rabb.


Kepada anak-anak suamiku Nurul Halimin, Halimahtul Saadiah Mohd Saleh, Fatimah Mohamed, Farhana Mohamed, Maulana Mohamed dan Fathanah Amirah.. terima kasih atas kasih-sayang kalian semua....Love you all so much ;D



My Hubby Turns 55 Today....
It's you who always bring smiles & happiness to my life,
Who always laughs at my jokes,
Who always there for me and always by my side,
And my best friend too....
Today, on your birthday,
I wish you all the happiness & success each day,
May Allah bless you and I love you always....
Happy Birthday Hubby!


Istimewa untuk hubby ....
Video muzik Kris Dayanti - Mencintaimu


Thursday 3 February 2011

La Ikro Ha Fiddin....

Credit to: stories.rohaizamahmod.com

Kak Ungku baru selesai menonton sebuah telemovie di Astro Prima - La Ikro Ha Fiddin....mmm menarik dan menyentuh perasaan, lakonan Sh Amani (Nurlisa), Zack Ex-Factor (Dr Edward), Fauzi Nawawi (Samiri), Susan Lankester (Sister Maria) dll.

Sharifah Amani (kanan) & Susan Lankester (kiri)

Sharifah Amani & Zack Ex-Factor


La Ikro Ha Fiddin di dalam Bahasa Arab membawa maksud, dipetik daripada Al Quran ayat 256 Surah Al Baqarah “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Full Sinopsis (dari sahromnasrudin.com)

Drama yang mengisahkan seorang doktor bukan Muslim bernama Doktor Edward yang telah merantau ke seluruh pelusuk nusantara termasuk Indonesia sehingga kembali ke tanahair dan minta dihantar bertugas di sebuah kawasan desa iaitu Paloh Hinai. Di sana dia bertemu dengan Nurlisa ( lakonan Sharifah Amani) seorang graduan Al – Azhar yang mengajar agama kepada kanak-kanak di kampung.

Persahabatan baik antara mereka akhirnya membibitkan perasaan cinta antara mereka berdua tetapi Nurlisa menarik diri dari meneruskan perhubungan ini kerana beliau tidak mahu menghampakan Dr Edward kerana sedarnya hayatnya tidak panjang dek kerana penyakit barah hati yang dihidapinya.

Dr Edward pula berhadapan dengan pelbagai pesakit di desa itu tetapi 3 orang pesakit yang sangat menyentuh hatinya ialah seorang wanita berbangsa Cina - Madam Wong (lakonan Louisa Chong), seorang abang berbangsa India bernama Doraisamy serta Nurlisa sendiri (beliau mengetahui akan penyakit Nurlisa dari ayah Nurlisa). Ketiga -tiga mereka menghidap penyakit buah pinggang, buta mata serta kanser hati.

Hati Dr Edward telah terbuka untuk menerima Islam dan beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa diketahui keluarganya. Rahsianya telah memeluk Islam hanya disampaikan kepada seorang Sister ( lakonan Susan Lankaster). Serentak dengan itu, beliau telah memberi wasiat berupa 3 pucuk surat kepada Sisternya itu. Syaratnya adalah surat itu hanya boleh dibuka apabila berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku padanya (termasuklah kematian).

Suatu hari, Dr Edward telah pergi ke suatu tempat di kampung itu. Di situ beliau telah dibunuh oleh Samiri (lakonan Fauzi Nawawi) dengan menolaknya jatuh ke gaung. Mayatnya dijumpai dan Sisternya yang mengetahui akan kematian Dr Edward telah membuka surat wasiat itu..

Walau bagaimanapun, endingnya amat menyayat hati apabila beliau telah menderma matanya (kepada Doraisamy), buah pinggangnya (kepada Madam Wong) serta hatinya (kepada Nurlisa).

Kursus Latihan Penggunaan EDUWEBTV Ver 2.0 - BTPN Kedah

Rasanya dah lama Kak Ungku tak update blog ni.
Sibuk dengan EDUWEBTV...aktiviti penuh memanjang....
dan juga sibuk dengan majlis perkahwinan anak buah my hubby
yang berlangsung hujung minggu lepas.

Sessi kedua Kursus Latihan EDUWEBTV...
berlangsung di BTPN Kedah, dari 17 - 20 Januari 2011.
Kali ini untuk ZON UTARA - yang melibatkan 45 orang pegawai,
BTPN dan PKG dari negeri2 Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Alhamdulillah....kursus berjalan lancar.

Foto dari album kami....
Hari 1/2/3



Unfreezing session - Who am I ?






Gerak kerja dan pembentangan kumpulan

Kump.1 - 2K4P.com (kiri)
Kump.2 - One Utara (kanan)


Kump.3 - Teruna Pujaan (kiri)
Kump.4 - Parakuli's (kanan)

Hari Ke-4 (terakhir)
Penyampaian Sijil & sessi photo shoot







Cohort B6003 & B6004

KURSUS LATIHAN EDUWEBTV VER2.0 - BTPN KEDAH
COHORT B6004

Related Posts with Thumbnails