Thursday, 3 February 2011

La Ikro Ha Fiddin....

Credit to: stories.rohaizamahmod.com

Kak Ungku baru selesai menonton sebuah telemovie di Astro Prima - La Ikro Ha Fiddin....mmm menarik dan menyentuh perasaan, lakonan Sh Amani (Nurlisa), Zack Ex-Factor (Dr Edward), Fauzi Nawawi (Samiri), Susan Lankester (Sister Maria) dll.

Sharifah Amani (kanan) & Susan Lankester (kiri)

Sharifah Amani & Zack Ex-Factor


La Ikro Ha Fiddin di dalam Bahasa Arab membawa maksud, dipetik daripada Al Quran ayat 256 Surah Al Baqarah “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Full Sinopsis (dari sahromnasrudin.com)

Drama yang mengisahkan seorang doktor bukan Muslim bernama Doktor Edward yang telah merantau ke seluruh pelusuk nusantara termasuk Indonesia sehingga kembali ke tanahair dan minta dihantar bertugas di sebuah kawasan desa iaitu Paloh Hinai. Di sana dia bertemu dengan Nurlisa ( lakonan Sharifah Amani) seorang graduan Al – Azhar yang mengajar agama kepada kanak-kanak di kampung.

Persahabatan baik antara mereka akhirnya membibitkan perasaan cinta antara mereka berdua tetapi Nurlisa menarik diri dari meneruskan perhubungan ini kerana beliau tidak mahu menghampakan Dr Edward kerana sedarnya hayatnya tidak panjang dek kerana penyakit barah hati yang dihidapinya.

Dr Edward pula berhadapan dengan pelbagai pesakit di desa itu tetapi 3 orang pesakit yang sangat menyentuh hatinya ialah seorang wanita berbangsa Cina - Madam Wong (lakonan Louisa Chong), seorang abang berbangsa India bernama Doraisamy serta Nurlisa sendiri (beliau mengetahui akan penyakit Nurlisa dari ayah Nurlisa). Ketiga -tiga mereka menghidap penyakit buah pinggang, buta mata serta kanser hati.

Hati Dr Edward telah terbuka untuk menerima Islam dan beliau mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan kerelaan hatinya tanpa diketahui keluarganya. Rahsianya telah memeluk Islam hanya disampaikan kepada seorang Sister ( lakonan Susan Lankaster). Serentak dengan itu, beliau telah memberi wasiat berupa 3 pucuk surat kepada Sisternya itu. Syaratnya adalah surat itu hanya boleh dibuka apabila berlaku kejadian yang tidak diingini berlaku padanya (termasuklah kematian).

Suatu hari, Dr Edward telah pergi ke suatu tempat di kampung itu. Di situ beliau telah dibunuh oleh Samiri (lakonan Fauzi Nawawi) dengan menolaknya jatuh ke gaung. Mayatnya dijumpai dan Sisternya yang mengetahui akan kematian Dr Edward telah membuka surat wasiat itu..

Walau bagaimanapun, endingnya amat menyayat hati apabila beliau telah menderma matanya (kepada Doraisamy), buah pinggangnya (kepada Madam Wong) serta hatinya (kepada Nurlisa).

3 Yorum var:

cikgu sidah said...

ha a la kak betty. saya pun ada gak tgk cerita nie tapi dah miss separuh yang awal. sgt menyentuh hati, menitik gak air mata nih. tak sangka betul ending dia macam tu. tahniah kpd production house yg buat ceita ni.boleh bagi 12 drpd10 markah

cikgu sidah said...

ha a la kak betty. saya pun ada gak tgk cerita nie tapi dah miss separuh yang awal. sgt menyentuh hati, menitik gak air mata nih. tak sangka betul ending dia macam tu. tahniah kpd production house yg buat ceita ni.boleh bagi 12 drpd10 markah

Cinta Misteri said...

MasyaAllah Kak Betty, apsal CiM boleh terlepas certita ni. Best laaaa. Nak cari kat online lahhh

Related Posts with Thumbnails