Saturday, 31 December 2011

Happy New Year 2012

New Year is the time to unfold new horizons
and realise new dreams,
to rediscover ...
with full of great achievements and experiences.
A meaningful chapter, InsyaAllah...
Wishing you all a truly fulfilling, fabulous
and prosperous 2012 everyone.....

HAPPY NEW YEAR 2012 TO ALL MY FAMILY & FRIENDS
May the blessings of Allah enrich your family and friends,
not only in wealth but in health, love and happiness... ;D




Wednesday, 21 December 2011

Our 10th Anniversary....

Today is our 10th Wedding Anniversary....


When We Found Each Other

When we both found each other,
we gained the 'finest prize'...
a companion to share life’s joys,
a friend who lightens burdens,
whose company is always a comfort.
When we found each other,
we embraced the love we had dreamed of,
the source of endless pleasure
and memories to treasure.
May our anniversary remind us
of how precious that day was,
when we found each other, 10 years ago...
May Allah bless our marriage always....Ameen Ya Rabb.



Hari ini 21 Disember 2011....
Kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10, Alhamdulillah.

Doa kami kehadratMu...Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga. Hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta, keimanan yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang telah Engkau tetapkan bagi kami, berkatilah dan rahmatilah perkahwinan kami ini Ya Allah...Ameen Ya Rabb.



Friday, 16 December 2011

Asal Usul Azan

Dari Abdullah bin Umar katanya: "Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a:” Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang?” Bersabda Rasulullah s.a.w: "Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.” (HR Muslim)

Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya.

Setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka. Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya.

Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir.

Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya?
Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan : "Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.





Sumber: http://kedah.edu.my

Thursday, 15 December 2011

11 Jenis Manusia Yang Didoa Oleh Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”


  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

  5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

  9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

  10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”


    Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
    Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.



Sumber:
http://www.harian-metro-online.com


Tuesday, 13 December 2011

Tenanglah Wahai Hati....

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi.. kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita hendak dimakbulkan? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"


Apa masalah kita?

Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tidak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tidak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.

Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta kepada Allah, tetapi kita tidak pernah minta ampun kepada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak kepada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita mendapat kesenangan kita lupa kepada Allah, kita tidak bersyukur kepada Allah. Bila datang kesusahan, barulah nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita....tetapi Allah Maha Penyayang, di dalam kepahitan, kesusahan, ada kemanisan dan kesenangan, insyaAllah....mohonlah hanya kepadaNya...

Saturday, 10 December 2011

Konsert Reunion Akademi Fantasia (AF)Terakhir 2011

Adooii yai Kak Ungku dan hubby melayan kerenah anakanda perempuan hubby, Farhana untuk menonton rakaman Konsert Reunion AF Terakhir 2011, pada hari Sabtu yang lepas, 3 Disember 2011. Rakaman konsert ini dibuat di AEON Jusco, AU2, Setiawangsa. Tak taulah pulak bila ASTRO nak tayangkan kat TV. Punyalah ramai orang, nasib baik anakanda Maulana AF8 dapatkan kami 3 pass masuk, bolehlah duduk bersama-sama artis...hehehe

Gambar kredit kepada: AF Talent

Pak Nil selaku juruacara, memang best dan menghiburkan. Semua pelajar yang sekarang bergelar artis dari AF1 hinggalah AF9, bergabung untuk membuat persembahan. Boleh tahan suara budak-budak AF ni. Maulana AF8 anak lelaki hubby tidak membuat persembahan, tetapi hanya buat penampilan bersama Ain untuk menyampaikan trofi bagi pemenang Anugerah Duet Terbaik yang dimenangi oleh Mawi & M Nasir.

Ain, Maulana dan Pak Nil
Gambar kredit kepada: Razman Nordin

Banyak lagi anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Balada Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Mawi, Balada Wanita Terbaik jatuh kepada Mila, Anugerah Dangdut Terbaik dimenangi oleh Zarina dan lain-lain lagi. Tak payah detail lah yer, nanti tengok konsert reunion ni kat TV ASTRO aje....

Rakaman habis dalam pukul 12.30 malam. Konsert AF menutup tirai buat selama-lamanya dengan diakhiri oleh persebahan tarian menuju puncak oleh 'pelajar-pelajar'. Berterabur budak2 ni menari...hahha dah lupa steps yang diajar oleh guru2 tari mereka! OKlah not bad secara keseluruhannya, bolehlah cari makan dan jual suara budak-budak AF ni...
Sayonara Akademi Fantasia.....

Gambar-gambar kredit kepada: Razman Nordin

Tarian dan nyanyian Menuju Puncak
oleh 'pelajar2' AF


Yang seronoknya Kak Ungku bertemu dengan rakan FB yang merupakan penyokong kuat AF iaitu Shamsimar Abdul Rahman....at last kami berjumpa jugak. Selalunya kami berhubung melalui FB sahaja. Konsert Reunion Terakhir AF...tapi Reunion Pertama buat kami berdua... hahaha....nice meeting you Sham ;D

Kak Ungku bersama Shamsimar


Tak ada mood nak bergambar sebab kamera kami rosak...so ambil gambar guna handphone aje....Ini ajelah gambar2 yang sempat kami posing.... ;D

Maulana, Hubby, Kak Ungku, Farhana dan Amani....


Haziq, Bob, Kak Ungku dan Farhana



Gambar2 kredit kepada: AF Talent & Razman Nordin


Friday, 9 December 2011

Penghulu Istighfar

Suatu ketika dahulu, sewaktu Kak Ungku dalam kesusahan dan menghadapi ujian yang maha hebat dalam kehidupan, Kak Ungku ada memohon kepada ayah angkat Kak Ungku, seorang yang alim....ayat-ayat al-quran serta doa-doa yang boleh dijadikan amalan untuk kekuatan rohani.

Antaranya ialah Penghulu Istighfar @ Sayyidul Istighfar:

Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Di antara fadhilatnya....

Sabda Rasulullah s.a.w. :

Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)






Marilah sama-sama kita mengamalkannya dengan istiqamah dan yakin.
Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT, insyaAllah.


Thursday, 8 December 2011

7 'C' Sebab Suami Benci Isteri....


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7 'C' ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7 'C' tu. Renungkanlah.....



By: PenyuXP


Related Posts with Thumbnails