Thursday, 30 July 2009

Balasan Anak Merbah Yang Degil

Depan rumah Kak Ungku ni dah jadi macam taman mini @ mini zoo.....
tempat binatang yang cute jadikan 'rumah' dan tempat berlepak.
'Tree house' untuk burung, habitat untuk kodok, tempat
persinggahan si rama-rama dan once in a while tempat ambil angin si tupai!



This is the cute little 'tree house' @ nest.


Di sinilah tinggalnya pasangan bahagia burung merbah 2 sejoli
...loving couples and good parenting...hehe,
bersama-sama dengan 2 ekor anaknya.








Tengok tu macam tau-tau aje orang nak ambil gambar dia...
...nampak muncung aje. Ini mesti si adik...pemalu...
Si abang selalu nak tunjuk terror...berani belajar
terbang sikit-sikit.

My hubby pada suatu hari angkat sarang burung tu....
At that time their mummy and daddy were not around.




Cute dua beradik ni.....
saat-saat terakhir mereka bersama.....kenapa??
Ikuti kisah mereka seterusnya....

Pagi tu mungkin Daddy & Mummy they all dah berpesan...jangan nakal-nakal.
Kami keluar cari makan. Abang, jaga adik...nak belajar terbang tunggu kami balik.

Tetapi si abang ni degil....apa yang terjadi???
Kuang...kuang...kuang....




Si abang telah digonggong oleh seekor kucing jalanan dan tidak sempat untuk diselamatkan.
Dia dijumpai terkujur kaku dan ditinggalkan kucing keparat itu setelah disergah dan dikejar
oleh my hubby...
Mengikut 'post mortem' oleh Dr Bur (nickname my hubby),
sebab-sebab kematiannya adalah:
  • dia dipercayai mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi (ini mesti sebab degil dan percubaan nekad untuk terbang)
  • digigit kucing ....... berdasarkan maklumat saksi utama
  • terdapat kesan gigitan pada badannya.
So tak payahlah nak buat prosiding inkues bagi mencari
punca kematiannya.

Innalillah.....

Inilah secebis kisah tentang balasan anak yang tidak mendengar cakap ibubapanya....
Degil, itulah pasal......

Ini boleh terjadi kepada kita manusia....kan??

1 Comment:

Anonymous said...

Saya tak pernah tau ini burung merbah rupanya...

Related Posts with Thumbnails