Wednesday, 29 July 2009

Blog Ceria Membaca & Fun Reading

Kak Ungku bercadang untuk launch satu lagi blog (sekarang ni tengah kumpul materials) untuk berkongsi pengalaman Kak Ungku mengajar pelajar-pelajar cilik seawal 3-4 tahun membaca dan menulis. Kaedah yang digunakan masih asing di kalangan ibubapa mahupun guru-guru tetapi semakin mendapat perhatian sejak 5 tahun yang lalu. Kaedah membaca ini dinamakan fonemik atau kesedaran fonemik (phonemic awareness).

Kesedaran fonemik ini sebenarnya ada kaitan dengan kaedah fonik iaitu kaitan antara bentuk dan bunyi huruf dan kemahiran untuk menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk sukukata, perkataan dan seterusnya ayat. Melalui kaedah ini anak/pelajar mempelajari bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabungkan dan dipisahkan.

Contoh:

perkataan - baca

terdiri daripada 4 bunyi iaitu : /b/ (beh), /a/ (ah), /c/ (ceh) dan /a/ (ah)

/b/ /a/ /c/ /a/ = /ba/ /ca/ = baca

Melalui kaedah fonemik pelajar-pelajar cilik Kak Ungku tidak diajar membaca dengan mengeja, tetapi mereka belajar membunyikan asas setiap abjad dari a - z, seterusnya menggabungkan bunyi-bunyi untuk membentuk sukukata dan perkataan.

Secara logiknya, Kak Ungku mengambil contoh perkataan bawa.
Kalau kita mengeja bawa ianya akan dieja sebagai:

b a = ba, w a = wa
b a = ba rasanya tidak ada masalah
w a = wa (double u) dan a.......macamana boleh bunyi wa ?

Kalau kita menggunakan kaedah fonemik lebih mudah.
Masih menggunakan perkataan yang sama iaitu....bawa

/b/ (beh), /a/ (ah), /w/ (weh), /a/ (ah)
/b/ /a/ /w/ /a/ = /ba/ /wa/ = bawa

pelajar-pelajar lebih mudah membunyikan
/w/ (weh) /a/ (ah) = /w/ /a/ = wa
dari
double u (w) + a = wa

contoh lain: y (wai)
y...a (wai + a) = ya.....kenapa tidak bunyi wai a

lebih logik ikut bunyi:

y...a = /y/(yeh) dan /a/(ah) = /y/ /a/ = ya


Apa yang Kak Ungku ingin sampaikan ialah cara mengajar membaca mengikut kaedah bunyi, pisah dan gabung ini lebih mudah dan cepat difahami oleh semua pelajar berbanding cara mengeja dan sukukata. Kalau belajar melalui sukukata berapa ratus sukukata yang perlu dingat oleh pelajar? Dari ba, bi, bu, be bo..........za, zi, zu, ze, zo (untuk 2 sukukata), dan ban, bin, bun, ben, bon .....zan, zin, zun, zen, zon (3 sukukata) dan seterusnya? Pelajar lembam, autism, dyslexia dan bermasalah pembelajaran (learning disabilities) memang sukar untuk mengikuti cara membaca dengan mengeja dan sukukata.


Tidak hairan kalau dalam berita baru-baru ini lebih 50,000 pelajar Tahun 1 adalah buta huruf dan sehingga Tahun 6 terdapat lebih daripada 400,000 pelajar masih tidak boleh membaca. Kak Ungku akan teruskan usaha menabur bakti untuk mengajar membaca menggunakan kaedah fonemik & fonik yang telah terbukti keberkesanannya. Alhamdulillah 95% daripada anak didik Kak Ungku telah boleh membaca dengan lancar dan menulis dengan baik melalui kaedah ini. Lebih membanggakan hampir semua anak didik saya tidak mempunyai masalah untuk terus belajar membaca menggunakan kaedah yang sama dalam Bahasa Inggeris.


Anak-anak yang bermula awal (mempunyai kemahiran membaca dan menulis) akan sentiasa di hadapan....terbukti anak-anak didik Kak Ungku telah menunjukkan prestasi cemerlang dari peringkat TADIKA lagi hingglah ke sekolah rendah. Ayat pertama yang turun juga ialah IQRA' - bacalah. Membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Semoga Allah s.w.t akan terus memberikan kekuatan, keberkatan dan rahmatNya untuk Kak Ungku meneruskan usaha murni ini bersama-sama mencurah bakti untuk anak bangsa....InsyaAllah.


Dulu semasa Kak Ungku dalam dunia korporat tidak nampak semua ini....tetapi setelah bekerja sendiri dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang pendidikan, Kak Ungku dan suami merasakan sumbangan kami walaupun tidak seberapa ...tetapi kepuasan (satisfaction) yang diperolehi berbaloi-baloi....eheh macam iklan CELCOM Search pulak...

See u in my next blog, insyaAllah.


Anak singa yang cute inipun hendak belajar membaca tau.....

One day at the reading class:

Teacher Betty: What sound is this ' C ' ?
Little Lion: /C/ (keh)

Teacher Betty: Very good! What word starts with /C/?
Little Lion: Cub...like me!

Teacher Betty: Soooo clever!

2 Yorum var:

Tengku Aqilah said...

Mak Teh cutenya anak singa ni. All the best in your new blog nanti.

Yours truly said...

Salam ...

This method mmg terbukti berkesan.. anak2 i semua dah boleh start membaca from age 4.

Related Posts with Thumbnails