Monday, 11 April 2011

Adakah Anda Tahu?

MINUM AIR HILANGKAN SAKIT KEPALA...

SAKIT KEPALA kerap datang dan banyak pula penyebabnya. Ubat sakit kepala yang paling banyak digunakan adalah aspirin. Ada yang suka menggunakan penawar semulajadi seperti:

* Tambah jus lemon ke dalam segelas air putih atau teh untuk meredakan sakit kepala.

* Teh pudina atau air peppermint berupaya membantu mengatasi sakit kepala.

* Minum air putih. Kadang-kadang sakit kepala datang sebagai gejala dehidrasi. Minum banyak air putih yang mencukupi. Pilih air biasa atau suam saja kerana air berais boleh menambahkan sakit kepala.


Peppermint Water@Air Daun Pudina:

* Ambil dalam 7-8 helai daun pudina (basuh bersih) masukkan ke dalam mug.

* Didihkan air dan tuangkan ke dalam mug berisi daun pudina,tutp mug tersebut, biarkan lebih kurang 8-10min.
*Keluarkan daun pudina tersebut, inilah yang dinamakan 'peppermint water@air pudina.

Untuk menjadikan lebih enak, tambah madu dan perahan lemon atau limau nipis....sedap ;D


Teh Pudina:


* Tambahkan air pudina tadi ke dalam bancuhan teh,...tambahkan gula perang, perahkan limau nipis/lemon, kacau rata. Sedap diminum suam atau tambah ais jika ingin minum sejuk...hahaha minum masa musim panas ni.....mmm nice ;D


Teh Pudina & Daun Pudina

Adakah Anda Tahu?

100,000 HELAI RAMBUT!

Bimbang dengan masalah keguguran rambut?
Tidak perlu gusar lagi!
Berdasarkan kajian....
secara
purata setiap manusia....
memiliki 100,000 helai rambut
dan proses pertumbuhan rambut
menjadi lebih cepat pada waktu malam.





BUNCIS - Snek Terbaikkk

Buncis mengandungi banyak protein, serat dan merupakan sayuran rendah lemak.
Buncis juga tinggi kandungan mineral dan vitamin seperti kalium, asid folik dan zat besi...sesuai dijadikan makanan harian atau snek untuk para pengamal diet ;D

Related Posts with Thumbnails