Thursday, 6 August 2009

Ketaksempurnaan dalam Ibadat

Kesilapan/Ketaksempurnaan dalam Ibadat + Amalan


Penceramah yg diminati dan dikagumi Dato’ Ismail Kamus. B
erikut adalah himpunan kesilapan/ketidaksempurnaan dlm ibadat yg dipetik drp ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sdg berpuasa sunat, apabila ada org ajak makan kenduri, kita akan menolak dgn alasan kita berpuasa, sayang nak buka puasa, nak pahala puasa penuh.. Sebenarnya, dlm keadaan ni, adalah lebih utama utk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama drp kita meneruskan puasa sunat tersebut. Hmmm, buka puasa pun boleh dpt pahala lebih..

2. Ramai yg menganggap Islam hanya pd ibadat shj..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah & sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sblm azan Subuh) & dilaungkan kuat2 speaker sampai satu kampung dengar kadang2 sejam/setengah jam sblm azan dah bunyi. HARAM hukumnya krn mengganggu orang tidur! Kena ambil kira org di sekeliling tu mungkin ada org tua, kanak2 baru lahir, org sakit, org yg tidur semula slps bangun tahajjud dsb buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dlm agama adalah azan Subuh shj kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup tak payah bagi sekampung dengar rasa2 macam dpt pahala, rupa2nya dpt bala. Sebenarnya kalau kita sdg baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti mbaca al-Quran sbb mghormati org yg sdg tidur itu, inikan pulak sekampung? Kalau nak bertarhim kuat2 agak2 dlm 10 minit/5 minit sblm azan cukuplah, sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Ini krn bimbang kita tak khusyuk dlm sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang dgn syarat masih di awal waktu.

5. Sesetengah org menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan shj. Memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau org yg sdg bertakbiratul iham shj. Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dgn diri sendiri…Berkenaan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dlm hati shj..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sbb panjang sgt nak dibaca. Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama & andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali
kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dlm keadaan solat yg terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali 3. Kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dpt pd takbir 1 & jgn peduli dgn bisikan syaitan.

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa slps solat akan memulakan doa dgn “Hamdan hamidin“, “Hamdan zakirin“ @ “Hamdan syakirin“.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah krn terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin“, “Hamdaz-zakirin” & ” Hamdasy-syakirin“ (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat shj) yg nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu perhatikan, ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan spt tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Berjaga2 jgn disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergihaji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk bantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang tu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba’diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakn yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkannya menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renungkanlah....


Kak Ungku punya komen: Mana taknya asyik sibuk menonton kosert JOM HEBOH aje....
Artikel di atas Kak Ungku dapat melalui email yang dihantar oleh my old buddy Afiza..
Thanks dear......

3 Yorum var:

Anonymous said...

Salam Badar. Thanks for following my blog. Akak terkejut actually when i saw yr pix...dlm hati berkata2 ni ke Tengku Badariah yg dulu kija kat JTOP. Tak tunggu lagi terus siasat... hah ko betul ler tu... Rindu rasanya pada sume kengkawan dulu. Badar di mana skrg...wah jadi biz woman ler...syabas!!! if u dont mind email me, was searching for yr email add but cud not find. me at fasrarosly1998@yahoo.com or fadzilah@mmhe.com.my.. k dear...awaiting yr respond...
Wassalam.

Anonymous said...

Salam Badar. Thanks for following my blog. Akak terkejut actually when i saw yr pix...dlm hati berkata2 ni ke Tengku Badariah yg dulu kija kat JTOP. Tak tunggu lagi terus siasat... hah ko betul ler tu... Rindu rasanya pada sume kengkawan dulu. Badar di mana skrg...wah jadi biz woman ler...syabas!!! if u dont mind email me, was searching for yr email add but cud not find. me at fasrarosly1998@yahoo.com or fadzilah@mmhe.com.my.. k dear...awaiting yr respond...
Wassalam.

Kak Ungku Betty said...

Salam...Kak Dillah sayapun terkejut bila nampak gambar dlm elynn's blog. Macam x percaya. Now ni Badar kat Batu Pahat. I'll sms you my email, ok? Hope to c u one of these days. I nak belajar buat cupcakes and cakes dengan kak dillah boleh? Bestlah cute and nice...yummy! Take care sis.

Related Posts with Thumbnails