Monday, 10 August 2009

Jodohku 7 - Nasihat Kepada ANDALUSIA (2)

Apabila seorang wanita telah menjangkau umur 30-an, pilihan lelaki bujang untuk dijadikan pasangan memang very limited. Adalah...tapi ramai yang ego semacam aje, maklumlah by 30's career dah mula stabil, position wise ok...dah senior post dan kepala angin pun ye jugak. Kalau x kisah, haaa layannnn, you have to know to push the right button...otherwise you'll be rejected! These guys are not perfect...aren't they?




Nasihat Kak Ungku....jangan sesekali menutup pintu hati kepada lelaki berstatus duda.....tetapi suami orang kalau boleh tolong jauhkan.....Bagi Kak Ungku status duda itupun penting, check background....kenalah jadi polis pencen yang smart untuk dapatkan info.........cerai mati? cerai hidup? ramai ker anaknya? berapa talak...1,2,3? Dah berapa lama berkahwin dan menduda? Boleh ke anak2 menerima ibu baru...ibu tiri? Status cerai..... dah settled? Bukannya apa...kita hendak perkahwinan itu menyelesaikan banyak masalah dan bukannya mendatangkan banyak masalah. Kalau semua soalan tu kita boleh tackle....alhamdulillah.


Kak Ungku sendiri ada guidelines nak menerima lelaki yang berstatus duda ni...tau-taulah orang perempuan ni cepat cemburu tak tentu pasal.......tak mahu cari masalah. Kak Ungku pilih duda yang cerai hidup tetapi yang tak boleh rujuk lagi (fahamkan??).......tak pening kepala. Kita berkahwin bukan dengan pasangan kita aje, malah dengan keluarganya. Kak Ungku tackle anak2nya dahulu....alhamdulillah mereka boleh menerima Kak Ungku. Hubungan Kak Ungku dengan ex-wife? Mula-mula tu suam2 kukulah jugak (maklumlah tak kenal).... alhamdulillah later on dah OK. Kak Ungku tak mahu ada perasaan cemburu bila mereka saling menghubungi esp. tentang masalah anak2 atau datang ziarah bawa anak-anak jumpa abah mereka bila Hari Raya etc. Hubungan ayah dan anak2 tidak boleh dipisahkan, walaupun parents dah bercerai, tanggungjawab seorang ayah terhadap anak2 especially on nafkah serta kasih sayang tidak boleh diambil mudah.


Apa yang penting dalam hidup ini kita mesti ada tolak ansur, keikhlasan, persefahaman, kasih sayang, hormat menghormati, sabar, maaf-memaafi dan sifat-sifat murni yang lain. Kita jangan hendak jadi orang lain....just be ourself. Berkahwin dengan lelaki yang boleh menerima kita seadanya dan sayang kita lebih. Lagi satu....berkahwin dengan lelaki yang matang dan jarak umur yang agak jauh, banyak kelebihannya. Orang yang macam Kak Ungku ni biar husband yang control I punya temperament....kepala angin! Kita boleh bermanja....kalau sama baya dia ingat kita ni buang tebiat! Lagipun pandangan mereka jauh dalam banyak hal....pengalaman hidup banyak. Dan kelebihan untuk pihak lelaki pulak....dia akan nampak lebih muda dari umurnya....!


Kahwin lewat ni kena terima hakikat.....susah nak dapat anak (I'm referring to my case) . Kak Ungku alami sendiri. Sehingga sekarang Kak Ungku dah berumur 43 tahun (setelah +8 tahun usia perkahwinan)...masih belum mempunyai anak sendiri. Tetapi alhamdulillah, Kak Ungku ada 4 orang anak 'instant' dah besar2 sekarang dan dah bercucupun......bestkan? Kak Ungku boleh tumpang kasih sayang mereka....walaupun tak sama macam anak sendiri....tapi syukur alhamdulillah. .....'murah' dengan kasih sayang tidak akan menjadikan kita papa. Bagi Kak Ungku ada anak alhamdulillah....tak dapat anakpun alhamdulillah. Allah lebih mengetahui. Bersyukur dengan apa yang ada. Don't make your life complicated.


Setiap perkahwinan ada risikonya samada berkahwin dengan orang bujang, duda atau suami orang. Kita yang pilih jalan hidup kita sendiri. Yang penting keberkatan dan rahmat dari Allah mengatasi semua selain restu ibubapa juga penting untuk perkahwinan yang bahagia dan berkekalan...dunia dan akhirat.
InsyaAllah.


Happy & Colourful Life ......

6 Yorum var:

Deeeee said...

Salam Auntie Betty,
Berguna nasihat auntie ni. for me make our life as simple as possible don't make it complicated. Jodoh itu kena usaha =D
Tanya Dayah, saya belum fikir lagi. Dalam kepala dok kalut pasai study. Jadi saya tak mau menyusahkan orang lain. Biaq aya susah sendiri dulu =D
Auntie ada 4 org anak la yer.. yg comel2 tu cucu auntie yer.. comel sungguh... ada yg pakai tudung lagi.. sgt2 laaa cute
take care auntie

Kak Ungku Betty said...

Thanks dayah....u nak sambung master or Phd? It's OK teruskan sbb nanti bila dah lama-lama kerja, gaji dan tanggungjawab dah besar memang x sempat nak sambung belajar. Kalau dah kahwin kenalah cekal kalau nak further studies. So masih single ni...go ahead dear! Jangan pandang belakang tau? Hehe..Take care!

A Note From Heart said...

Wah..zmn sekarang kena cr awal2..laki yg lbh berusia almost suma da berpunya..nak2 kena gak ngan laki hampir sebaya...yg br nak kenal hidup..nk cr org yg lbh tua susah, last2 gigit jari...

Kak Ungku Betty said...

A Note From Heart....
It's actually kita yang mengatur hidup kita...Allah beri berdasarkan apa yang kita mahu dengan izinNya. Mungkin mengambil masa yang singkat atau lama baru dimakbulkan jodoh kita tu....Jodoh Kak Ungku sampai setelah lebih 10 tahun berdoa....sanggup tunggu macam saya? Sentiasa berusaha, doa dan bertawakkal, insyaAllah saya doakan satu hari nanti you akan berjumpa dengan seorang lelaki yang sangat menyayangimu.
Nanti balik BP, kena lecture panjang sikit eh? Bila exam? Love u and take care...muah

A Note From Heart said...

Exam on early of Nov...skrg ni tgh cuti..g enjoy ngan kwn2..wat trip ke Pulau Manukan sehari suntuk...bukak cuti ni da byk kena anta asgmnt..midterm lagi.. (^_^)

P/S: Sibuk mengusha anak teruna org..

Kak Ungku Betty said...

Janganlan enjoy sangat... berhati-hati juga zaman menular H1N1 ni...All the best in ur exam. Take care dear.

Related Posts with Thumbnails