Saturday, 8 August 2009

Jodohku 6 - Nasihat kepada ANDALUSIA (1)


Bila bercakap tentang jodoh ni....yang career women tu mula menggelabah bila umur dah mencecah late 20's and 30's kan? Who is my Mr Right person......? Macam Kak Ungku dululah. Kak Ungku ingin menasihatkan semua peminat blog Kak Ungku, especially yang career women tu dan berstatus ANDALUSIA.....agar relax.....dah agak2 jumpa yang berkenan dihati jangan gopoh2 dan mendesak2 dan jangan sekali2 memaksa orang untuk menyayangi diri kita. Let it comes naturally. Janganlah tunjukkan sangat kita ni 'desperate ANDALUSIA' . Kita main tarik tali ....ada masa tarik, kemudian lepaskan sikit...tarik banyak....dan begitulah seterusnya. Jual mahal lah sikit senang cakap.

Kalau gaduh2, tengah bengang and break off , jangan ditangisi berlebih-lebihan.... if you love something/someone, set it free, if it comes back to you, so it's yours....but it if doesn't, so it never was.



Jodoh ni kita kenalah berusaha mencarinya dan ianya takkan datang bergolek. Hendak jodoh yang baik memanglah susah nak dapat. Kena usaha, sentiasa berdoa dan terus berdoa dengan penuh kesabaran dan tawakkal. Hanya melalui doa dapat merubah sesuatu yang telah menjadi ketentuan dengan izin Allah. Memanglah doa yang afdal datang dari diri sendiri, tetapi tidak salah untuk meminta orang lain seperti ibubapa, keluarga terdekat atau orang2 alim untuk mendoakan kita juga.

Kak Ungku percaya, anak-anak yang baik, insyaAllah akan mendapat jodoh yang baik. Allah telah menjanjikan bahawa perempuan yang baik, adalah untuk lelaki yang baik..begitulah sebaliknya. Rahmat Allah dan restu ibubapa dan keluarga juga penting dalam setiap perhubungan dan kebahagiaan perkahwinan.

Untuk berumahtangga ni, kita mestilah mempunyai ilmu bukan main sembrono sahaja. Selain daripada buku-buku agama, buku-buku ilmiah yang lain boleh juga menjadi rujukan.


Kak Ungku syorkan bacalah buku berjudul Men are from Mars and Women are from Venus, Mars and Venus Together Forever, Women and Relationships by Dr John Gray. Good books on improving relationships.


Peka dan belajar dari orang-orang di sekeliling kita yang bahagia rumahtangga mereka...mesti ada rahsianya. Rasulullah telah menggariskan ciri-ciri lelaki mahupun perempuan sebagai teman/pasangan hidup. Ikutlah....kita boleh memilih yang berharta, paras rupa, keturunannya dll tetapi yang lebih penting adalah AGAMAnya.


Lagi satu nasihat Kak Ungku biarlah kita ni bercinta selepas berkahwin. Itulah yang lebih baik dan afdal. Dah lakukan solat istiharah...so kena yakinlah....yang penting pilihan kita adalah yang terbaik dari pandangan Allah dan bukan pandangan manusia. Sebab itu nasihat Kak Ungku lagi, lakukan solat istiharah di awal perkenalan. Kalau sekali buat tak dapat jawapannya...buatlah berkali-kali, insyaAllah Allah akan berikan petunjuknya. Bercinta lepas kahwin ni best.......nak buat apapun tak ada restrictions. Tak payahlah nak kenal dan bercintan lama-lama....


Kalau dah orang bujang limited....bagaimana kalau dengan duda dan suami orang?????

Bersambung..........




Yang mana satu pilihan hati?.......

My Long Lost And Found Friend


I would like to dedicate this poem to my long lost and found F.R.I.E.N.D....
SIS FADZILAH

How excited and happy I was
when I saw your picture on one of my bloggers' blog,
The face of a long lost friend
Still sweet and beautiful as before,
Looking back at our days together
you've been my sunshine in so many ways.
You gave me your hand
whenever you could.

I've put our relationship
through some cloudy days,
We both lost contact for quite sometimes,
From the bottom of my heart I felt so sorry,
But for all the things that we've shared and done together
will always be forever in my memories,
Now that I've found you...



Hope we could patch up things back
to what we've lost in between times,
And if I 'd have one wish, I'd make it just for you
I'd ask Allah for His blessing
in what ever that you do,
I miss you, Sis....
Really miss you so much.





Your loving sis,
Bettyboop@Badar

Thursday, 6 August 2009

Ketaksempurnaan dalam Ibadat

Kesilapan/Ketaksempurnaan dalam Ibadat + Amalan


Penceramah yg diminati dan dikagumi Dato’ Ismail Kamus. B
erikut adalah himpunan kesilapan/ketidaksempurnaan dlm ibadat yg dipetik drp ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sdg berpuasa sunat, apabila ada org ajak makan kenduri, kita akan menolak dgn alasan kita berpuasa, sayang nak buka puasa, nak pahala puasa penuh.. Sebenarnya, dlm keadaan ni, adalah lebih utama utk kita buka puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama drp kita meneruskan puasa sunat tersebut. Hmmm, buka puasa pun boleh dpt pahala lebih..

2. Ramai yg menganggap Islam hanya pd ibadat shj..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah & sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sblm azan Subuh) & dilaungkan kuat2 speaker sampai satu kampung dengar kadang2 sejam/setengah jam sblm azan dah bunyi. HARAM hukumnya krn mengganggu orang tidur! Kena ambil kira org di sekeliling tu mungkin ada org tua, kanak2 baru lahir, org sakit, org yg tidur semula slps bangun tahajjud dsb buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dlm agama adalah azan Subuh shj kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup tak payah bagi sekampung dengar rasa2 macam dpt pahala, rupa2nya dpt bala. Sebenarnya kalau kita sdg baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti mbaca al-Quran sbb mghormati org yg sdg tidur itu, inikan pulak sekampung? Kalau nak bertarhim kuat2 agak2 dlm 10 minit/5 minit sblm azan cukuplah, sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid. Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise..

4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Ini krn bimbang kita tak khusyuk dlm sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang dgn syarat masih di awal waktu.

5. Sesetengah org menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram. Kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan shj. Memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau org yg sdg bertakbiratul iham shj. Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dgn diri sendiri…Berkenaan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dlm hati shj..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sbb panjang sgt nak dibaca. Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama & andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali
kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dlm keadaan solat yg terbatal. Melainkan anda melakukan takbir kali 3. Kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dpt pd takbir 1 & jgn peduli dgn bisikan syaitan.

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa slps solat akan memulakan doa dgn “Hamdan hamidin“, “Hamdan zakirin“ @ “Hamdan syakirin“.. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah krn terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin“, “Hamdaz-zakirin” & ” Hamdasy-syakirin“ (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat shj) yg nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu perhatikan, ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan spt tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya. Berjaga2 jgn disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan
mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba’diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergihaji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk bantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang tu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba’diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqada selepas solat asar..walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba’diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakn yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkannya menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa….. Renungkanlah....


Kak Ungku punya komen: Mana taknya asyik sibuk menonton kosert JOM HEBOH aje....
Artikel di atas Kak Ungku dapat melalui email yang dihantar oleh my old buddy Afiza..
Thanks dear......

Wednesday, 5 August 2009

Jodohku 5 - Dateline

Melalui pengalaman, seorang wanita yang berusia 35 tahun seperti Kak Ungku, sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan apabila bila tiba part jodoh. Kebanyakan lelaki dalam usia 30-an sudahpun berumahtangga. Jadi untuk mencari lelaki bujang dalam lingkungan 30-an bukan tak ada, ada tetapi dah masuk golongan yang 'limited edition'. Lagipun mereka kalau cari calon isteri mestilah prefer yang jauh lebih muda, kalau sama umur 'competition' dalam banyak segi.....salary wise, position wise, career wise dan banyak lagi. Ego lelaki ni tinggi dah nature mereka begitu.

Tetapi jangan sekali-kali kita salahkan takdir. My friends yang memilih hidup bermadu selalu berkata...."dah takdir aku hidup bermadu nak buat macamana?" Kenapa menyalahkan takdir sedangkan mereka yang memilih untuk hidup bermadu, mereka yang hendak, jadi Allah berilah. Hanya kita yang boleh merubah keadaan hidup kita dengan izin Allah.

Begitu juga yang memilih untuk pentingkan career, tak mahu kahwin, sebab dah biasa dengan hidup independent, bebas. Hidup berkeluarga taklah sebebas macam kehidupan anak dara.... commitments banyak. Lalu mereka memilih untuk stay single.....Allah izinkan, sebab itu yang mereka pilih.

Jadi tidak bolehlah kita menyalahkan takdir. Our character is our destiny. Maka siapa yang dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri mesti berdoa dan minta terus kepada Allah, tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Kak Ungku berdoa selama hampir 10 tahun barulah doa Kak Ungku dimakbulkan Allah. Bila kita bersabar, Allah akan berikan kita yang terbaik, insyaAllah.

Kalau zaman dulu umur seperti Kak Ungku 35 tahun dah termasuk dalam golongan andartu.......satu istilah yang kasar dan kejam aje bunyinya. Kak Ungku prefers istilah andalusia, lebih lembut, manis dan feminin.... anak dara lanjut usia...adalah sikit unsur-unsur simpati. Kak Ungku banyak ambil iktibar dari perhubungan yang lepas2 dan muhasabah diri, perbaiki di manakah kekurangan dan maintain nilai-nilai murni yang ada dalam diri Kak Ungku. Tidak boleh dinafikan kebanyakan career women seusia dengan Kak Ungku ni pun ada egonya......besar kepala pun ye, rasa macam mereka sahaja yang betul, mereka lah yang pandai, tidak boleh ditegur, adakalanya moody, suka control dll.....so perangai inilah yang perlu diubah, apa salahnya merendah diri sedikit dan bertolak-ansur apabila perlu untuk melakukannya.

Kak Ungku suka membaca buku, Men from Mars & Women from Venus by Dr John Gray. It's a practical guide book for improving relationships. Ianya telah banyak merubah pandangan Kak Ungku terhadap lelaki dan perspektif perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Dah puas bersabar, rasanya ada limitnya jugak so, Kak Ungku buat dateline.......by 35, kalau tak kahwin jugak, Kak Ungku nak mintak kepada Allah untuk terus membujang dan tumpukan 100% pada career, malas nak fikir pasal jodoh lagi.......

Rupa-rupanya Mohamed pun begitu, setelah serik mengharungi keruntuhan rumahtangga, diapun buat dateline......by 45, kalau masih belum berjumpa yang sesuai...stay duda lebih senang.....tak payah nak susah-susahkan kepala. Inilah yang Kak Ungku maksudkan kami berkongsi datelines......



Who is this guy (during my courtship) ?

Profile:
Mohamed bin Sehat. Age 45. CEO of an IPTS. Widower with 4 children.

He is jovial, compassionate, tolerant, kind, loving, charming, creative, spiritual and often mystical, friendly and love of art & music and above all religious wise..... alhamdulillah.



Kebetulan pada tahun 2000 ramai saudara mara terdekat pergi menunaikan haji, Kak Ungku minta tolong mereka doakan satu - iaitu jodoh. Kak Ungku juga ikut nasihat sahabat-sahabat yang berpengalaman untuk melakukan solat istiharah dari awal perkenalan. Selain daripada itu, Kak Ungku ada juga meminta ayah angkat Kak Ungku, seorang yang alim, untuk melakukan solat istiharah untuk Kak Ungku, petunjuk yang diberi.....kedua-duanya adalah positif. Komen dari ayah angkat....."kalau ada jodoh, insyaAllah jodohnya baik."

Dari awal perkenalan, Kak Ungku tackle anak-anaknya dahulu. Empat orang kesemuanya, tapi yang paling rapat dengan Kak Ungku adalah anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Muhammad Firdaus Maulana atau panggilan Maulana dan anak perempuan bongsu, Fathanah Amirah atau lebih dikenali dengan panggilan Baby, 9 tahun. Lebih mengenali mereka berdua kerana selalu datang BP masa cuti sekolah. Yang lain2 tu dah besar-besar dan lebih matang.

Bila Abah mereka tanya: 'Suka tak dengan Aunty Bad?'

Maulana: 'Suka best....Maulana tak suka abah kawan dengan perempuan yg gedik-gedik. Sorrylah nak jadi emak tiri Maulana. Dengan Aunty Bad ok....Maulana tengok Abah sejak kawan dgn Aunty Bad, happy aje, baran Abah dah hilang 90%....hehe'
Baby: 'Babypun suka...Aunty Bad pandai masak & suka budak2, lagipun Baby akan dapat ramai cousins yang lebih kurang sama baya....semua best dan baik dengan Baby.'

Alhamdulillah...Kak Ungku diterima dengan baik oleh anak-anak tiri Kak Ungku. Keluarga Kak Ungkupun dapat menerima Mohamed (mereka panggil dgn panggilan Che Mat) seadanya. Alhamdulillah dengan izin Allah pada tahun 2001...setelah menempuh pelbagai dugaan, rintangan, halangan akhirnya Kak Ungku bertemu jodoh dengan seorang insan yang cukup istimewa bernama Mohamed bin Sehat pada usianya 45 tahun dan usia Kak Ungku pula 35 tahun! Pada 21 Disember 2001 kami selamat diijabkabulkan dan sah sebagai pasangan suami isteri dan majlis perkahwinan kami untuk kedua-dua belah pihak sekali dibuat pada 22 Disember 2001.



Tuesday, 4 August 2009

Jodohku 4 - Soalan Cepu Emas

So on the 16th of March 2001, was my first day working with the IPTS. My post was as the Head of Marketing....salary wise...oklah not bad, tak bolehlah nak demand dapat salary macam dulu...alhamdulillah. Belajar untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. The college has about 40 staffs and 200 students. Its owner seorang muallaf, kawan En Mohamed. The IPTS offered courses i.e Diploma in Computer Science & Cert in Computer Science - twinning programmes with UPM. I was given a room next to the front entrance, quite spacious, enough to occupy another two staffs, Kak Ungku tak suka ada partitions.....I preferred an open concept.


On the first day tu, busylah sikit.....Kak Ungku buat my room... 'mini' makeover ...a new look and arrangement ... a bit cozy. Tengah2 sibuk mengemas En Mohamed sergah masuk, busy ke? he asked......(tak reti nak ketuk pintu ke boss I ni? dalam hati Kak Ungku). Wow! alright, macam inilah Marketing Department! Kembang bila kena puji, dengan CEO pulak tu! "Lepas lunch come to my room...we'll discuss about your job specs."
Yes!...ini yang Kak Ungku tunggu ...sebab tak sabar nak tanya soalan cepu emas....apa dia ek? Dapat teka tak? hehehe


After lunch, about 3.00pm I came to his room and we had a long discussions about my job specs, marketing strategies, the new enrollment and recruitment of my staff. Dah habis discussion, kami berbual2 kosong...haaa masa inilah Kak Ungku kena smart untuk tanya soalan cepu emas Kak Ungku.

Kak Ungku: So you joint this college last year lah?

Mohamed: Yep...December 2000. Masa tu Kolej ni macam Titanic lepas langgar iceberg.
So I really need a smart, good and hard working team to turn around this college.
So cepat-cepat sikit hire your new staff. Go through my short listed, actually I dah interviewed seorang, budak Batu Pahat, UIA, BEc. sama dengan you, your junior by 4 years, tak silap. Dia tak boleh beri jawapan sekarang cos' her parents pergi haji. You buat follow-up, nama dia Huda. Hire seorang saja dulu, the rest of the team boleh ambil staffs Admin & Finance Departments.

Kak Ungku: Yes...boss!

Mohamed: You ok kan kalau kena kerja lebih masa? I mean balik lambat?

Kak Ungku: (Ohoh...ada chance untuk soalan cepu emas.....dalam hati Kak Ungku). Well, no problem...dah biasa, lagipun rumah bukannya jauh sangat. En Mohamed tinggal kat mana?

Mohamed: Tamn Sri XXXXXXXX.

Kak Ungku: Jeng,jeng,jeng masa untuk soalan cepu emas Kak Ungku. You tinggal dengan family youlah?

Mohamed: Sorang....I ni dah lama menduda....my children tinggal dengan mama they all kat JB.

Kak Ungku: (eheh... macam tahu2 aje mamat ni I nak tanya dia soalan cepu emas ni!) Lain macam aje cara dia jawab, very straight forward dan senyum2 nakal.
Kuch, Kuch Hota Hai......
Ohhh ye ke? dengan nada LEGAAA.......
So, ok...kalau ada apa-apa nanti kita discuss lagi.


************ end of conversation *********happy me*************


Is he my Mr Right person?


From that day onwards, Kak Ungku dan insan bernama Mohamed semakin rapat dan mesra. Tapi still maintain pro. I hired Huda with Mohamed's approval. Best dapat staff yang satu kepala...'gila-gila' jugak budak UIA ni!


Pernah satu kali kami bertiga buat marketing and attended satu seminar kerjaya kat Mersing. Selesai urusan carilah tempat penginapan....so kami tiba di satu tempat yang diberi nama Called's Inn. Best...very serene, kawasan chalet dijaga bersih...cantik. Kami ambil chalet yang bersebelahan, Kak Ungku dengan Huda satu bilik dan Mohamed bilik sebelah.


Malam tu baru Kak Ungku tahu, En Mohamed my CEO ni rupanya orang seni. Pandai main guitar dan suara boleh tahan...sedap, pitching ok! So dia banyak nyanyi lagu2 oldies....terkejut jugak dia bila dapat tahu Kak Ungkupun boleh nyanyi lagu2 oldies tu! "Wah!... boleh tahan you nyanyi, not bad, macamana you boleh tahu lagu2 oldies ni?" " Actually from my father and my aunty...she's about your age. Dulu masa tinggal kat Pontian, kami selalu dengar channel Singapore, TV and radio. So I was used to hear English songs...60's - 90's."


Yang bestnya penutup lagu malam tu.....Kak Ungku nyanyi lagu berhantu Siti Nurhaliza waktu tu .........'PERCAYALAH' dan Mohamed main guitar! Memang betul lah agaknya kalau kita tengah dilamun asmara, kita boleh menyanyi lagu cinta dengan baik dan penuh perasaan.
Sampai sekarang bila dengar lagu PERCAYALAH mesti kami ketawa......tapi hairan Kak Ungku tak boleh nyanyi sesedap dulu.....! hehehe


Masa-masa tu, Kak Ungku suka dengar lagu berjudul............

'IF' by Bread..

If a picture paints a thousand words,
Then why can't I paint you?
The words will never show the you I've come to know.
If a face could launch a thousand ships,
Then where am I to go?
There's no one home but you,
You're all that's left me too.
And when my love for life is running dry,
You come and pour yourself on me.

If a man could be two places at one time,
I'd be with you.
Tomorrow and today, beside you all the way.
If the world should stop revolving spinning slowly down to die,
I'd spend the end with you.
And when the world was through,
Then one by one the stars would all go out,
Then you and I would simply fly away


SAtu persamaan Kak Ungku dengan insan bernama Mohamed ni kami berkongsi
DATELINE......nak tau apa?

Sila baca kisah seterusnya.....................................

Jodohku 3 - Pintu hatiku telah diketuk....

Tahun 2000 Kak Ungku telah membuat satu keputusan berani....selamat tinggal Company X dan selamat tinggal Kuala Lumpur. Hati Kak Ungku dah tertutup untuk tinggal lebih lama kat KL...penuh dengan manusia yang hipokrit dan tidak berperikemanusiaan. Setelah semua perancangan projek dalam Company X tidak menjadi, akhirnya Kak Ungku give-up, I resigned and balik kampung, Batu Pahat. Lagipun 'santau' yang dihantar kepada Kak Ungku semakin parah dan perlu diubati segera...tak tahan menanggungnya. Hampir setahun barulah Kak Ungku pulih seperti sediakala...alhamdulillah.


Kak Ungku tidak bercadang untuk menceritakan secara detail...tapi cukuplah untuk dinyatakan Kak Ungku telah diduga dengan dugaan yang amat besar sebagai seorang insan kerdil. Allah masih menyayangi Kak Ungku dengan kekuatan yang ada dan kasih sayang keluarga, Kak Ungku telah berjaya keluar dari kemelut kehidupan yang paling sukar.


Setelah pulih....Kak Ungku perlu kuat dari segi mental, physical, rohani & jasmani...bukannya mudah untuk menghadapi semuanya. Back to square 1...I've to start looking for a job...kerja apa sahaja janji di Batu Pahat. Dengan niat untuk kembali kepangkuan keluarga, keputusan Kak Ungku ternyata yang terbaik dan melegakan hati semua ahli keluarga. Ayahanda Kak Ungku bersuara..."dahlah tak payahlah kerja kat KL lagi, cari aje kerja kat Batu Pahat ni..."


Kak Ungku kira kalau dalam perang, Kak Ungku boleh dikatakan 'fighter' dan tak pernah kenal erti putus asa...never in my life dictionary. Akhirnya Kak Ungku telah diterima bekerja di sebuah IPTS di Batu Pahat dan mulai saat itu hidup Kak Ungku berubah....segalanya berubah.


Yang kelakarnya interview melalui telefon bukannya face to face....tapi hairan... bila dengar aje suara si pemanggil tu...rasa semacam (susah nak explained), tiba-tiba rasa macam suka nak berbual dengan si pemanggil tu. Macam-macam dia tanya...macam polis pencen pulak! Dengan background my father batuk...he seems to be so caring...really care about my father's health...very touching. At last the caller said..."ok Tengku looking forward to see you tomorrow, bring all your documents." Abah....saya dah dapat kerja, alhamdulillah... I told my father. Dekat kolej tu? my father asked...yep, I replied.

Hadiah harijadi Kak Ungku yang ke-35 tahun pulak tu!


Keesokan harinya macam tak sabar2 nak ke kolej tu...macamana agaknya rupa si caller tu. Tetapi hampa...masa approach the front desk officer, Kak Ungku diberitahu si caller ada hal, tak dapat jumpa hari ini, sila datang esok, yer? Emmmm, ok...frust, I left my documents on the front desk. Keluar office tu hujan lebat...tiba-tiba.........................Kak Ungku jatuh tergelincir, simen front entrance tu licin. Aduhhhh, sakit punggung terhentak dan kaki terpelecuk! Beberapa orang students ketawa....siul punya budak (dalam hati). Terdengkut2 menuju ke kereta, dalam hati tertanya2. Disaster...is it a good sign or a bad sign? Itulah don't get too excited (bisik hati Kak Ungku).


Keesokan hari datang lagi.....tak lagi excited macam semalam tapi happy at last dapat jumpa the caller! Ingatkan dia officer biasa rupa-rupanya..... MOHAMED BIN SEHAT adalah CEO IPTS tu..kuang,kuang,kuang. Emmm handsome, padan dengan suara dia (dalam hati Kak Ungku)...tiba-tiba hati berdebar2...kenapa ek? Sambung lagi perbualan dan interview...Kak Ungku dapat rasakan dia begitu comfortable berbual dengan Kak Ungku....tapi both of us professionals....stay cool .... maintain! Sebelum terlupa...Happy Birthday! Alamak mamat ni tahu pulak birthday I...touchingnya...thank you, tersipu malulah kononnya. Kak Ungku beritahu tentang kejadian semalam, dia minta maaf kerana ada urgent matters tentang kolej yang perlu diuruskan. So macamana keadaan you? Oklah...kaki terdengkut2, punggung sengal2. Ok ke kalau you start kerja esok? Ok no problem....tahanlah sakit....tapi dalam hati seronok sebenarnya....macam ada chemistry yang susah untuk I explained (teringat kata2 my friend suatu masa dulu tentang jodoh)


.......hati & perasaan Kak Ungku telah disentuh dan diketuk oleh seorang lelaki yang bernama MOHAMED BIN SEHAT .............seorang lelaki yang sungguh istimewa.............
and a feeling that never can be explained..........with words and more than words............inikah bunga-bunga cinta?

Alamak takkanlah jiwang sangat.....?!! Kenapa dengan aku ni? Cepat sangat perasaan ni datang....tapi......dia mesti dah berkahwin....tiba-tiba datang rasa frust....

What happen next? Tungguuuuuuuuuuuuu

Bersambung................

Jodohku 2 - Liat macam daging banyak urat

Kak Ungku selalu bertanya pada diri sendiri...kenapa jodoh ni liat macam daging banyak urat? Kak Ungku berkawan only one at a time...bila nampak macam ok, ada aje yang tak kena..many times.

Kenapa jodoh ni susah sangat? Bersangkak aje? Pernah satu kali tu anak saudara my MD datang kat office dan joint kami bersembang (dah habis waktu bekerja tau!). Nama dia Akid (nickname) dan disebabkan dia belajar kat Jepun, dapat nama baru Akido. Nak jadi kan cerita Akido ni masa belajar kat Jepun ada jin Jepun berdamping dengan dia. So at times dia akan fasih berbahasa Jepun dan boleh nampak benda-benda pelik (yang orang lain tak nampak). So masa jumpa tu family dia bawa dia balik (cuti setahun) untuk berubat kat Darul Syifa'.


Masa tu Kak Ungku adalah terbekenan dengan seorang teman biasa..tetapi mesra (Mr X). Malangnya perhubungan kami ni selalu aje bermasalah. So my MD tanya Akido...our conversations as follows (ini cerita betul tau)....


MD: Akido...boleh tengok Aunty Betty kita ni punya boyfriend tak?
Akido: Boleh...dia duduk diam sekejap. Mata dia merenung tepat kat mata saya.
(Kak Ungku masa tu diam aje...nak tengok & dengar apa yang akan diperkatakan oleh Akido)
MD: Boyfriend Aunty Betty ni sayang tak kat dia?
Akido: Tak..dia tak ikhlas kawan dengan Aunty Betty (alamak berderau jantung Kak Ungku masa tu)
MD: Kenapa?
Akido: Dia ada girlfriend lain.
MD: Habislah you Betty (beberapa orang collegues yang lain dok ketawa) ....cantik tak?
Akido: Cantik...sebab tu dia suka kat girlfriend dia ni.
(masa tu antara percaya dan tidak...oooo ada girlfriend lain rupanya....dasar lelaki...nak cari yang cantik aje.....boring! dalam hati Kak Ungku)
Akido: Jodoh Aunty Betty bukan dengan boyfriend dia ni....
MD: Habis dengan siapa?
Akido: Dengan orang lain yang dia akan kenal suatu hari nanti.
(eheh si mamat Akido ni biar betul.....dengan orang yang AKAN Kak Ungku kenal?)
Haa soalan seterusnya ini Kak Ungku pulak yang tanya.
Betty: Orang dia macamana?
Akido: Kalau ada jodoh...dia ni baik macam Aunty Betty dan handsome. Dia lebih tinggi daripada Aunty dan kulit cerah. Akido senyum.....Aunty akan happy dengan dia.
Betty: Ok, ok thank you Akido.
MD: Other questions tak nak tanya ker?
Betty: Dahlah kalau percaya....jatuh syirik pulak nanti. Just wait and see, ok?


Lepas daripada itu Kak Ungku dah lupalah pasal Akido and our strange conversations. Macam-macam yang Kak Ungku buat. Pernah tanya my friends yang dah berkahwin, macamana you tahu seseorang lelaki tu untuk (jodoh) you? Entah ek...you akan tahu sendiri, ada chemistry yang susah I nak explained. My friends yang religious pulak...apa susah Betty buatlah solat istiharah, tapi buat lagi awal you kenal...jangan bila dah sayang baru nak buat..bias nanti.


Kak Ungku sampai pernah tersalah berubat gara-gara ingin mengetahui kenapa jodoh bersangkak. Taubat nasuha..tak nak lagi mandi-mandi bunga, telaga dan lain-lain yang tak masuk akal tu. Janganlah pergi tempat-tempat sebarangan...nampak guna ayat-ayat al-Quran tapi in between tu entah ayat apa...Sampai kena berulang kat Darul Syifa' berubat.
eee bila dikenangkan balik............horror!


Hubungan Kak Ungku dengan boyfriend Mr X tu putus, tidak kesampaian. Dia dahpun berkahwin...dengan siapa? Dengan girlfriend baru dia tu...dengar-dengar cerita memang cantik. Alamak teringat Akido....jangan berdosa kalau percaya...secara kebetulan aje kot....kata Kak Ungku dalam hati.
My friend ni ada jemput Kak Ungku masa wedding dia, tapi Kak Ungku tak datang. Menangis bagai nak gila....bodoh!


Dalam sedih Kak Ungku akan selalu renungkan nasihat2 dalam KENAPA AKU DIUJI?
Antara lain:

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


RASA FRUST?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal
.


Ya, minta terus kepada Allah..berdoa tanpa berputus asa. Memanglah jodoh di tangan Allah tetapi sebagai insan kita wajib berikhtiar mencari dan memilih yang sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Allah.


Ok dengan semua yang berlaku kalau tidak ambil iktibar jugak....memang dungu dan alamat tidak kahwin sampai tua.


Kak Ungku dah beri dateline.....dateline untuk apa?



Bersambung......

Sunday, 2 August 2009

Jodohku 1 - 'Career Woman' lambat sampai JODOH?

Betul ke career woman ni lambat sampai jodoh? Kalau tanya Kak Ungku jawapannya ada kebenarannya. Semua pandangan di dalam ruangan ini adalah pandangan Kak Ungku sendiri melalui pengalaman.

Kak Ungku dari zaman sekolah lagi bukan jenis yang suka nak berkepit dengan boyfriend, sikap ini diamalkan sampailah kat universiti. Bila lepas grad, terus dapat kerja masuk corporate world... worked with 2 public listed companies and 2 SMEs.

Dengan beban tugas sebagai corporate officer membuatkan tumpuan hidup Kak Ungku lebih kepada kerjaya...I was really addicted to work! My brain & brawn have been trained & programmed to think more about the survival of the companies rather than myself... important tasks on how to turn around the companies, doing business plans, mergers, public listing, handle projects, seminars etc. etc. Further more all of my corporate bosses - MDs were really workaholic.


Mula-mula tu seronoklah. My nature of jobs involved a lot of travelings either locally or abroad (like South Korea, Indonesia and Australia), good salary - highly paid, masa tu ramailah kawan-kawan yang 'satu kepala' - professionals, ada rupa, intelligent & happy go lucky type of person kami selalu enjoy dan melepak on weekends kalau tak ada apa-apa yang berkaitan dengan kerja.


Ada boyfriend(s)? Kak Ungku berkawan dengan ramai lelaki baik yang bachelors, duda and even suami orang, from architects, engineers, teachers, businessmen..name it. Tetapi jodoh masih belum sampai...belum sampai seru. Sebab Kak Ungku berkahwin dengan kerja bukan dengan insan yang bernama lelaki. Dalam berkawan tu maruah sebagai seorang wanita dan nama baik family menjadi priority untuk dijaga ( I never let go that values).


Tanpa disedari, bila umur dah mencecah awal 30-an perasaan ingin mempunyai keluarga sendiri mula datang. Ahli keluarga dan kawan-kawan ramai dah berkeluarga...mula berfikir sampai bila nak stay single? Ayahanda Kak Ungku pernah bertanya, " Bila nak kahwin?" InsyaAllah ada jodoh, saya akan bawak jumpa Abah, ok? Itulah jawapan Kak Ungku selama bertahun-tahun, sampai Ayah pun dah tak kuasa nak bertanya lagi (tetapi dalam hati Allah sahaja yang mengetahuinya).



Ikuti cerita Kak Ungku yang seterusnya................

Bersambung.................

Related Posts with Thumbnails