Saturday, 21 July 2012

Waktu Berbuka Puasa & Waktu Imsak Ramadhan

Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak Ramadhan bagi WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 1433H/2012.
 

Untuk imej yang lebih jelas sila klik:
http://www.zakat.com.my/images/pdf/berbuka_Wilayah.pdf


Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M. Sila klik:
http://www.islam.gov.my/waktu-imsak-dan-berbuka-puasa-negeri-negeri-seluruh-malaysia-tahun-1433h2012m

Salam Ramadhan Kareem 1433H/2012M


Dikesempatan ini Kak Ungku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan berpuasa buat muslimin dan muslimat,  pembaca/followers blog, sahabat-sahabat handai, saudara mara jauh dan dekat. Semoga di bulan yang mulia ni dapat kita meningkatkan lagi amalan serta ketakwaan kita kepada Allah SWT. Insyaallah.

Wednesday, 4 July 2012

Malam Nisfu Syaaban


Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita diangkat kelangit dan diganti dengan buku amalan yang baru.. (Malam Nisfu Syaaban bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib pada 14 Syaaban 1433h, 5 Julai 2012 Khamis..

Baginda bersabda:
“ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “

Tuesday, 19 June 2012

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Perhiasan kaki  - dah semacam hantu loceng.  "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". (Surah An-Nur: Ayat 31.)  Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka". (Surah An-Nur: Ayat 31.)


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)


8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya". (Surah An Nur: Ayat 31).
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ". (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka". ( Surah An Nur: Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Surah Al Ahzab: Ayat 59. Bermaksud : "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang".
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.
(Shahih Muslim No.4921)

Monday, 18 June 2012

Kelebihan 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah: 285-286


UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:
Abu Mas’ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; “Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam).” (Riwayat Bukhari & Muslim)


UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:

Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata: “(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi).” (Riwayat Muslim)




(Surah AL-BAQARAH: 285-286):
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

KALIMAH MULIA


Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata, Rasulullah saw bersabda, "Aku pernah bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Surga debunya harum, airnya segar, dan surga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimah: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).” (HR. Tirmidzi)

Semasa peristiwa Israk Mikraj juga, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

La Haula Wala Quwwata Illa Billah


Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.

Surah Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah.."

Saturday, 16 June 2012

Benarkah Mendengar Lagu Itu Haram?

Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.

 Penyanyi Maher Zain (gambar hiasan)


Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ini. Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu perniakahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu yang banyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga sesetengah lagu bersifat doa dan dakwah. Hal ini bergantung kepada tujuan dan niatnya. Selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis yang agak panjang, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud:
“Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)
Bagi sesiapa yang melakukannya dengan tujuan maksiat, tentu hal itu menyebabkannya menjadi fasik dan ia DILARANG. Begitu juga sebaliknya, apabila nyanyian itu dijadikan sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan hal-hal terpuji, sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.

Telah berkata Imam Al-Ghazali :
“Jika disebutkannya nama Tuhan sebagai sumpah bagi sesuatu yang tampak dan niatnya tanpa tujuan, tidak dapat dianggap berdosa, apalagi membuat syair, nyanyian dan sebagainya”

Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarkannya, adalah antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:
“Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi S.A.W di rumah ‘Aisyah R.A pada hari raya, ada dua jariah (hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan ‘Apakah layak perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah S.A.W?’. Kemudian, Nabi S.A.W bersabda, “Wahai Abu Bakar, biarkan mereka, hari ini adalah hari besar”
Adapun sebaiknya bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Agar tidak terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.
Semoga apa yang kita dapat, dapat sama-sama kita ‘amal dan sampaikan. InshaAllah.


 ::Rujukan: Hudal Islam, Fatawa Mu’ashirah sebuah kitab karangan As-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi
Sumber: http://ohislam.com/benarkah-mendengar-lagu-itu-haram/

Related Posts with Thumbnails