Thursday, 30 December 2010

Happy New Year 2011.....


The great thing about today is....
that yesterday is gone.
We can't go back and undo things we have done,
but we can embrace today...
and look toward the future with hope.
Build on yesterday's success...
and learn from yesterday's failures.
Live in today.

Happy New Year 2011 everyone.......

Wednesday, 29 December 2010

Tanda 100 Hari Sebelum Mati



TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 


Sumber: Perkongsian Ilmu Menuju Ke Alam Akhirat
Kredit: Blog Oh Malaysia!


Menu Diet.....

Sejak kebelakangan ni....Kak Ungku & hubby on diet.
Berat badan pun dah mula berkurangan, baju2 yang dulu tak muat....
sekarang dah boleh pakai semula, taklah menampakkan ketul2 badan.
So menu masakan Kak Ungku....adalah masakan yang simple dan mudah aje....;D

Kak Ungku suka kalau hubby mintak saya masakkan favourite dish dia...
iaitu steam fish
....sebabnya......
Ianya mudah, simple dan cepat dimasak...
Selain daripada tu dapatlah kurangkan penggunaan minyak,
gula dan garam dalam masakan.
Selalunya Kak Ungku masak ikan siakap atau bawal putih kukus
dan masukkan sekali mixed veggie.
Jadi tak payah masak sayuran lain.

Hubby selalunya tunjuk thumbs up....."nice Badar! "
My secret....cooking with love... which is dedicated to hubby's favourites, healthy food and good lifestyles
Seronok bila tengok hubby makan dengan penuh berselera.
Selalunya kak Ungku akan masakkan jugak lauk lain seperti sweet & sour prawn, ikan masak cili, paprik ataupun kalau lagi simple lawan dengan sambal belacan aje....

Hari ini menu kami adalah 'Siakap Steam with mixed veggie'....
sambal belacan dan nasi putih....hehehe
Simple aje kan??? ;D



Hidangan minum petang pulak....
Kak Ungku bakar muffins (with choc. chips) dan of course kurang gula...
serta teh 'O' dan hubby dengan nescafe nya.....;D

Monday, 27 December 2010

Anakanda Maulana AF8 dan Pelajar-pelajar Kak Ungku....

Hari ini, sungguhpun sibuk, anak bujang my hubby sorang ni....Maulana AF8 masih sempat meluangkan masa dengan Abahnya dan Kak Ungku. Tiba petang tadi dari Johor Bahru, terus berjumpa dengan kami di pejabat kami.

Hari ini pulak merupakan hari terakhir tuition bagi sessi Disember, jadi tidak ramai students yang datang. Jadi apa lagi ambil kesempatanlah mereka semua bergambar dan sign autrographs dgn Abang Maulana mereka....peminat2 cilik Maulana AF8. Kepada pelajar2 lain yang tiada kesempatan berjumpa dgn Abang Maulana, nanti kita arrange di hari lain OK....
Inipun Abang Maulana buat surprise visit tauu....;D

Kepada anakanda Maulana...terima kasih kerana melayan kerenah pelajar-pelajar kami yer....
Pertemuan yang tidak akan mereka lupakan....;D









Tuesday, 21 December 2010

Our 9th Anniversary......

Our 9th Wedding Anniversary
Another Year
......


Another year to create…..
precious memories together.
Another year to discover……
new things to enjoy and share about each other,
a friend who lightens burdens,
whose company is always a comfort.
Another year to build…
a life rich in love and memories to treasure.
Another year to strengthen….
our marriage that defines "forever.“
May Allah bless our marriage…..
InsyaAllah,..Amin

My Dear Hubby.....I love you so much....

Dalam Kenangan....Ayahandaku

Dalam kenangan. Hari ini Isnin, 20 Disember 2010, genap 6 tahun pemergian ayahanda Kak Ungku, Allahyarham Ungku Hassan bin Ungku Ali Al-Haj, ke rahmatullah (Isnin, 20 Disember 2004). Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan di tempatkan di sisi hamba-Nya yang beriman…..Amin. Al-Fatihah.

Sunday, 12 December 2010

Solat Sempurna Terpancar Dalam Peribadi Muslim Unggul


Oleh Wan Aminurrashid W Abd Hamid

SESUNGGUHNYA solat yang dilakukan setiap Muslim lima kali sehari semalam bukan sahaja kewajipan yang mesti dilaksanakan, tetapi tujuan solat itu sebenarnya selain berkomunikasi dengan Allah dan menunjukkan kepatuhan terhadap-Nya, juga untuk membentuk dan mendidik manusia menjadi insan salih.

Namun, hal itu boleh berlaku jika solat itu dilaksanakan dengan sempurna dalam erti kata sebenar. Sebab itu, kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan solat, tetapi masih melakukan perkara dosa dan tidak menjauhi larangan Allah. Sudah tentu ada sesuatu tidak kena dengan solatnya iaitu sama ada tidak khusyuk ketika melakukannya, manakala rukun dan gerakan solat tidak sempurna. Kalau tidak, masakan Rasulullah menyuruh orang yang sudah melakukan solat supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat, orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya (tertib).

Rasulullah (SAW) bersabda bermaksud:

“Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencuri?” Sahabat bertanya: “Siapakah dia wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Orang yang mencuri dari solatnya.” Sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya?” Sabda Baginda: “Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

Solat bernilai di sisi Allah ialah solat yang ada pengaruhnya dalam kehidupan yang dapat membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Solat itu dapat menghindar daripada berlaku pelbagai perkara mungkar dan mengikis sifat mazmumah atau keji, sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut: 45).

Solat tidak cukup untuk menghalang perbuatan keji walaupun memenuhi ketentuan sebenarnya jika di luar solat seseorang itu tidak menjaga dirinya daripada hal negatif. Solat yang sempurna dan bernilai hikmahnya terpancar dalam kehidupan seharian.

Apabila solat itu mempengaruhi kehidupan seharian bermakna pelaku solat berkenaan berjaya mendirikan solat bermutu, sesuai dengan ajaran Rasulullah (SAW).

Seseorang itu dikatakan benar-benar solat apabila lengkap dan terlaksana gerak badan serta gerak jiwa (dijiwai dan dihayati solat itu). Dengan sepenuh jiwa dia mengabdikan diri terhadap Allah dan bermunajat kepada-Nya. Ketika solat, ingatannya kepada Allah semata-mata. Inilah dimaksudkan firman Allah:

“Dan dirikanlah solat itu semata-mata untuk mengingati Aku (Allah).” (Surah Taha: 14).

Untuk mencapai kesempurnaan solat yang dapat membentuk peribadi mulia, tentunya memerlukan ilmu. Oleh itu, setiap Muslim perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan keagamaan, kerana walau apapun menuntut ilmu adalah kewajipan kepada setiap individu Muslim.

Hayati Kalimah Tauhid, Perjuangan Sebenar Hijrah

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus



Umat perlu bertekad jauhi perkara cemar akidah agar Islam subur sebagai cara hidup

KALENDAR Islam diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dan sahabat memutuskan untuk meletakkan tarikh permulaan kalendar Islam pada tahun Nabi Muhammad SAW dan sahabat berpindah dari Makkah ke Madinah. Ia dipilih kerana menjadi titik mula kejayaan dakwah Islam sehingga tersebar ke seluruh dunia itu diingati serta dirai umat Islam setiap tiba 1 Muharam.

Namun, ada yang melihatnya sebagai sambutan tahun baru umat Islam. Oleh itu, ramai gagal menghayati semangat hijrah yang pada hakikatnya memberi kesan besar terhadap umat Islam. Hijrah tidak tamat selepas berpindah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah seperti ditegaskan oleh sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah mempunyai banyak maksud antaranya berpindah dari negeri syirik ke negeri Islam seperti dilakukan Nabi Muhammad SAW dan sahabat. Oleh itu, umat Islam yang bermastautin di negara orang kafir dan tidak berupaya mengamalkan agamanya malah ditindas, wajib berpindah ke negara Islam jika memiliki kemampuan.

Dalil mewajibkan hijrah sebegini adalah firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang diambil nyawanya oleh malaikat ketika mereka menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas kaum kafir musyrik), mereka ditanya malaikat: Apakah yang kamu lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dulu ialah orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam dan neraka jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Nisaa’, ayat 97)

Tetapi hijrah seperti tidak diwajibkan bagi mereka yang tidak memiliki kekuatan fizikal mahupun ekonomi. Firman Allah bermaksud:

“Kecuali orang yang lemah (lagi uzur) daripada lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka, mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Nisaa’, ayat 98-99)

Hijrah juga bermaksud meninggalkan apa yang dilarang Allah menuju kepada perintah-Nya. Sabda Nabi SAW bermaksud:

“Muslim ialah seseorang yang kaum Muslimin selamat daripada gangguan lisan dan tangannya dan seorang muhajir (orang berhijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Hijrah dalam pengertian ini menuntut kita mengikhlaskan segala amal ibadat hanya kepada Allah dan membela kalimah tauhid. Hendaklah meninggalkan amalan syirik dan menyemai benih tauhid kepada seluruh umat Islam.

Kita mesti mempertingkat usaha membersihkan umat Islam daripada perkara mencemari akidah. Segala khurafat, tahyul dan syirik harus dibanteras sehingga ke akar umbi.

Bagi yang menerima dan memelihara kalimah tauhid, Allah akan memberikan keselamatan dan bagi mereka yang menentangnya, Allah akan memberi balasan yang pedih.

Setiap kali muncul Maal Hijrah, marilah kita berusaha menerapkan konsep hijrah yang sebenar supaya ia memberi manfaat besar dalam hidup setiap umat Islam. Muncul tarikh 1 Muharam menunjukkan berpisah kita dengan tahun lalu. Seharusnya kita bermuhasabah.

Jika ada kekurangan maka segeralah perbaikinya. Jika ada dosa hendaklah segera bertaubat. Jika kita sudah mengerjakan amalan soleh, maka berazam meneruskannya bahkan mempertingkatkan amalan pada tahun baru ini.

Related Posts with Thumbnails