Saturday, 16 June 2012

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW - 27 Rejab



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

*****************************************************************************
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Sumber: http://ohislam.com/israk-mikraj-27-rejab/

6 Tips Membeli Kasut Yang Selesa Dipakai


Kadang-kadang sebahagian daripada Anda teringin sangat membeli kasut dan hanya melihat dari fesyen, model dan harganya. Padahal, faktor keselesaan adalah hal yang paling utama. Memakai kasut yang tidak selesa dapat menyiksa kaki dan akan mempengaruhi cara berjalan Anda. Oleh kerana itu Anda harus membeli kasut yang baik, tepat, selesa, sesuai dan berkualiti.

Berikut adalah enam tips membeli kasut yang selesa dipakai:

1. Ketahui Ukuran Kaki
Perhatikanlah ukuran kaki Anda, kerana ukuran kaki akan berubah seiring bertambahnya usia. Jadi ukurlah kaki masing-masing kerana ukurannya boleh berbeza antara kaki kiri dengan kaki kanan.

2. Jangan Terpaku Pada Nombor Saiz Kasut
Jangan sampai Anda hanya terpaku pada nombor saiz kasut yang biasa dibeli. Misalnya Anda terbiasa memakai ukuran kasut 37, siapa tahu ukuran kasut Anda pada saat ini sudah berubah menjadi 38. Waktu mencubanya, jangan lupa juga untuk berjalan beberapa langkah sampai kaki terasa selesa.

3. Membeli Kasut pada Waktu Siang
Ketika Anda berniat membeli kasut, sebaiknya lakukan di siang hari. Kerana pada saat itulah kaki Anda mencapai ukuran terbesar setelah menjalani berbagai aktiviti seharian. Oleh kerana itu, membeli pada waktu siang hari akan memungkinkan Anda mendapatkan ukuran kasut yang benar-benar selesa dan sesuai.

4. Harus Dicuba
Sebelum membeli kasut yang sudah dipilih, sebaiknya Anda mencubanya terlebih dahulu. Biasanya setiap ukuran kasut tak pernah sama di setiap negara.  Apabila Anda berniat untuk membeli kasut secara online, ukurlah panjang kaki Anda. Hal ini dilakukan untuk menghindari membeli kasut yang salah seperti terkecil, terbesar dan tak selesa dipakai.

5. Berhati-hati Dengan Materialnya
Menyesuaikan kasut dengan trend tiada salahnya. Namun untuk kesihatan kaki sebaiknya pilih material yang memungkinkan kaki untuk bernafas. Pilihlah bahan dengan kualiti yang bagus, misalnya bahan kulit atau sintetik yang lembut. Bahan seperti itu lebih lentur dan memberikan keselesaan kerana dapat menyesuaikan dengan bentuk kaki. Selain itu juga dapat memberikan perlindungan pada bahagian kaki yang sensitif terhadap gesekan. Hindarilah kasut yang diperbuat daripada bahan plastik, kulit yang kaku dan tidak fleksibel.

6. Pastikan Selesa
Pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki Anda. Kasut yang baik dan sesuai di kaki adalah kasut yang dapat menampung tumit dengan baik. Pastikan juga jari kaki Anda tidak terlalu terhimpitt di dalam kasut.

Monday, 11 June 2012

Teater 'TRAGEDI SALMAH'



SINOPSIS ‘TRAGEDI SALMAH’

Diinspirasikan dari sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 1984, melalui rujukan sebuah buku dengan judul yang sama hasil tulisan Sharifah Abu Salem terbitan Grup Buku Karangkraf (1987), pementasan teater TRAGEDI SALMAH akan dipentaskan di Panggung Eksperimen ASWARA pada Selasa, 12 Jun 2012, 8.30 malam (masuk percuma).

Salmah binti Mohammad Salleh, janda muda berusia 26 tahun bukanlah seorang tokoh wanita ternama dunia. Namanya tidak di sebut-sebut sebagai seorang pejuang kemerdekaan, atau tokoh negarawan, atau seorang srikandi. Beliau pernah mendapat liputan yang meluas atas pengakuan beraninya menjadi saksi mahkamah diatas kes pembunuhan kanak-kanak.

Namun begitu, keberanian Salmah untuk membuktikan fakta kes berkenaan telah disalahertikan oleh masyarakat dan ia telah menjatuhkan maruahnya sendiri. Meskipun masyarakat menganggap Salmah seorang wanita curang dan memperjudikan pegangan agama berpunca dari suatu kekhilafan yang dilakukannya sendiri, namun keberanian ala srikandi dalam diri Salmah jarang-jarang dapat dilakukan oleh wanita-wanita lain.

Persembahan karya Tragedi Salmah ini akan memperjelaskan kronologi naratif jatuh-bangun serta jerit-perih dari kacamata Salmah sendiri di sepanjang rentetan hidupnya dari kecil, remaja dan dewasa. Sejauh manakah kejujuran dan ketulinan kisahnya mampu membersihkan debu-debu persepsi masyarakat terhadap Salmah?

Jom kita tonton teater TRAGEDI SALMAH......


Apa yang istimewanya teater TRAGEDI SALMAH ini kepada Kak Ungku dan keluarga....lakonan watak Salmah (dewasa) dibawa oleh anak perempuan hubby Fathanah Amirah@Baby@Hana Mohamed, pelajar tahun akhir Diploma Teater ASWARA. Baby merupakan seorang pelakon yang amat berbakat. Penglibatan seni Baby ialah berlakon dalam teater Ayam Jantan Ayam Betina, teater kanak-kanak Manis Bertudung Merah arahan Datin Marlia Musa, teater Sesudah Subuh arahan Naque Ariffin. Juga berlakon dalam beberapa buah filem pendek antaranya Pengkid, Piano dan projek filem pendek PeTA 2012.

Intro TRAGEDI SALMAH...




Liputan tentang teater TRAGEDI SALMAH dalam ASTRO Awani baru-baru ini....




Good luck kepada Baby dan juga semua yang terlibat di dalam teater TRAGEDI SALMAH ini...semoga dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

*****************************************************

12 Jun 2012

Alhamdulillah Kak Ungku, Hubby, daughters Farhana dan Fatimah (kakak Baby), Mama mereka S.Mariam dan cucu Irfan datang menonton teater TRAGEDI SALMAH, cuma Maulana aje tak dapat datang sebab sibuk berlatih teater dia. Panggung experimen ASWARA penuh sesak dengan penonton, ramai jugak orang senia dan karyawan yang datang...ada Sofea Jane, Vanidah Imran....Ahmad Tarmimi Serigar adalah salah seorang juri luar yang dijemput membuat penilaian.



Ternyata semua yang terlibat dalam menjayakan teater TRAGEDI SALMAH ini berjaya membawa watak masing-masing. Hidup lakonan mereka. Baby yang memegang watak utama sebagai Salmah (dewasa) betul-betul menjiwai watak Salmah. Lakonan yang sungguh mantap dan mampu melelehkan airmata penonton. Tahniah Baby dan juga semua yang menjayakan teater ini. Terbaik! itu adalah pujian sewajarnya buat mereka semua....TAHNIAH!


Kak Ungku dan family sempat bergambar dengan Sofea Jane dan pelakon perempuan melayu terakhir Vanidah Imran.... ;)




Tips Untuk Tidur Lena Di Waktu Malam



Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur. Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak menggundang lebih banyak masalah. Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari. Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari!


Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli.


Elakkan tidur di waktu petang

Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang.


Bersihkan diri

Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi.


Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur

Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya.


Minum segelas susu segar

Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah.


Kosongkan fikiran

Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.


Friday, 8 June 2012

8 Amalan Penambahan Rezeki


Wednesday, 16 May 2012

PROGRAM MELENTUR REBUNG

Dalam menyampaikan ilmu, mendidik dan mengajar anak-anak biarlah selagi kecil, apabila telah besar, keraslah hatinya dan tidak dapat diajar lagi. Bak kata pepatah Melayu, "melentur buluh biarlah dari rebungnya" atau dalam bahasa Inggerisnya "it's better to bend the willow when it's young". Program ini bertujuan membentuk modal insan cemerlang seawal yang mungkin. Anak-anak yang bermula awal, insyaAllah akan sentiasa berada di hadapan dan berkeyakinan.


Semua program akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pancabestari Teknologi. Ianya bertujuan untuk mempertingkatkan persediaan pembelajaran, menyerlah potensi diri, intelektual, kemahiran, kecerdasan minda, keseimbangan emosi, spiritual, sahsiah diri dan halatuju anak-anak dari awal, jelas dan mantap. 3 program utama adalah:
  • Program Baca Bestari dan Read Smart
  • Program Latihan Pengaktifan & Pengimbangan Otak (Tengah, Kiri dan Kanan)
  • Program Kecemerlangan Diri dan Motivasi (NLP)
Semua program akan dijalankan dalam bentuk seminar dan kelas-kelas latihan, insyaAllah.

Program Baca Bestari
Melalui program ini anak-anak seawal umur 4 tahun ke atas akan didedahkan dengan teknik membaca di dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inbberis dengan menggunakan kaedah fonik dan fonemik.Selain daripada mempelajari kaedah membaca, anak-anak akan diberi pendedahan kepada kemahiran menulis dan motor skill.


Jika anda mempunyai anak-anak yang mempunyai masalah, belum pandai atau belum lancar membaca dan menulis. Sila datang ke centre kami dan kami sedia membantu. Kaedah fonik dan fonemik telah terbukti berkesan, cepat dan mudah. Butiran terperinci adalah seperti di bawah ini :-



Kelas akan diadakan di alamat berikut:
SK TRAINING ACADEMY S/B
11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur


Tuesday, 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU



"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar GURU..... 
Semoga terus inovatif dan cemerlang!


***********************************************

Monday, 14 May 2012

Dasyatnya Tenaga Doa



Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) kerana tidak ada perlindungan dan daya kecuali dari ALLAH SWT. Doa adalah ibadah. Doa adalah senjata. Doa adalah benteng. Doa adalah ubat. Doa adalah pintu segala kebaikan.

Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda:
“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi".

Kekuatan atau kedahsyatan doa bagi seorang muslim tidak dapat dinafikan lagi. Doa adalah senjata buat kaum muslimin, Ad Du‟au Silahul Mu‟min. Di saat canggihnya pelbagai mesin dan persenjataan abad moden ini, strategi dan kaedah peperangan, kekuatan dan kedahsyatan doa tetap tidak dinafikan dan hanya dimiliki oleh orang-orang beriman. Hal ini disebabkan orang-orang yang beriman selain daripada berusaha semaksima mungkin dalam setiap amal yang dilakukannya, dia juga tidak pernah lupa menggantungkan seluruh usahanya melalui doa kepada ALLAH S.W.T. Doa adalah senjata buat orang-orang mukmin, yang telah ditauladankan dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, salafus sholeh.

Doa itu mampu mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin, yang biasa-biasa menjadi tidak terkata, yang berat jadi ringan, yang jauh menjadi dekat. Itulah dahsyatnya kekuatan doa. Dengan doa segalanya menjadi mungkin atas izin ALLAH S.W.T.
Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:

“Jadilah!” maka terjadilah ia. (Surah 36 : Yaasin : 82)
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya:
“Kun (jadilah)”, maka jadilah ia. (Surah 16 : An Nahl : 40)

Kesilapan Berdoa :

1. Orang yang tidak pernah berdoa dikala susah dan senang
Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)
2. Orang yang berdoa ketika sedang menghadapi kesulitan, walaupun dia terlepas dari kesulitan yang dialami dirinya mereka seolah-olah lupa pernah berdoa kepada ALLAH S.W.T untuk melepaskan diri mereka daripada kesulitan tersebut.
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah 10 : Yunus : 12)
3. Orang yang berdoa bergantung kepada suasana hatinya

4. Orang yang pernah berdoa tetapi menghentikan doanya kerana berputus asa (doanya tidak dikabul)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi S.A.W bersabda :
Do’a seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa ? Beliau menjawab : ” Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa”. (H.R. Muslim).
5. Orang yang selalu berdoa dikala susah mahupun senang dan tidak pernah putus asa dari rahmat ALLAH S.W.T
Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji.
(Surah 35 : Faathir : 15)




Sumber: http://www.halaqah.net/

Related Posts with Thumbnails