semoga sentiasa di dalam redhaNYa, insyaAllah ;D

How we spend our days is, of course, how we spend our lives. When you have a rainbow deep down in your heart, you know you're a part of that wonderful and colourful life.

Posted by Kak Ungku Betty at 20:45 0 comments
Labels: Selamat Hari Guru
Helping your child master these simple rules of etiquette will get him noticed -- for all the right reasons.
By David Lowry, Ph.D.
Your child's rude 'tude isn't always intentional. Sometimes kids just don't realize it's impolite to interrupt, pick their nose, or loudly observe that the lady walking in front of them has a large behind. And in the hustle and bustle of daily life, busy moms and dads don't always have the time to focus on etiquette. But if you reinforce these 25 must-do manners, you'll raise a polite, kind, well-liked child.Manner #1
When asking for something, say "Please."
Manner #2
When receiving something, say "Thank you."
Manner #3
Do not interrupt grown-ups who are speaking with each other unless there is an emergency. They will notice you and respond when they are finished talking.
Manner #4
If you do need to get somebody's attention right away, the phrase "excuse me" is the most polite way for you to enter the conversation.
Manner #5
When you have any doubt about doing something, ask permission first. It can save you from many hours of grief later.
Manner #6The world is not interested in what you dislike. Keep negative opinions to yourself, or between you and your friends, and out of earshot of adults.
Manner #7Do not comment on other people's physical characteristics unless, of course, it's to compliment them, which is always welcome.
Manner #8When people ask you how you are, tell them and then ask them how they are.
Manner #9
When you have spent time at your friend's house, remember to thank his or her parents for having you over and for the good time you had.
Manner #10Knock on closed doors -- and wait to see if there's a response -- before entering.
Manner #11When you make a phone call, introduce yourself first and then ask if you can speak with the person you are calling.
Manner #12Be appreciative and say "thank you" for any gift you receive. In the age of e-mail, a handwritten thank-you note can have a powerful effect.
Manner #13
Never use foul language in front of adults. Grown-ups already know all those words, and they find them boring and unpleasant.
Manner #14
Don't call people mean names.
Manner #15Do not make fun of anyone for any reason. Teasing shows others you are weak, and ganging up on someone else is cruel.
Manner #16Even if a play or an assembly is boring, sit through it quietly and pretend that you are interested. The performers and presenters are doing their best.
Manner #17If you bump into somebody, immediately say "Excuse me."
Manner #18Cover your mouth when you cough or sneeze, and don't pick your nose in public.
Manner #19
As you walk through a door, look to see if you can hold it open for someone else.
Manner #20If you come across a parent, a teacher, or a neighbor working on something, ask if you can help. If they say "yes," do so -- you may learn something new.
Manner #21When an adult asks you for a favor, do it without grumbling and with a smile.
Manner #23Use eating utensils properly. If you are unsure how to do so, ask your parents to teach you or watch what adults do.
Manner #24
Keep a napkin on your lap; use it to wipe your mouth when necessary.
Manner #25
Don't reach for things at the table; ask to have them passed.
Posted by Kak Ungku Betty at 07:53 0 comments
Labels: Parenting
Kak Ungku sungguh rasa tersentuh dengan nukilan seorang insan bernama Papah Naisya....
Seorang sahabat dari Indonesia, melalui blog http://ridwaniridb.blogspot.com/
Sungguh cantik tulisannya, cuma saya olahkan sedikit menggunakan Bahasa Malaysia agar lebih mudah difahami.
Pesanan Buat Sahabat....
Ketika dirimu gelisah...
Sentuhlah hatimu dgn lantunan 'ayat2 cinta' dalam kitab suci Al-qur'an.Ketika dirimu berasa lemah...
Rangkum kembali makna-makna kebersamaan...
bersama sahabat-sahabatmu agar saling menguatkan di antara satu sama lain.
Ketika kau lelah dan mulai putus asa...
Maka Allah SWT akan tersenyum padamu...
YAKINLAH tiada usaha halal yang sia-sia.
Ketika peluh & hasil titik peluhmu tidak dihargai...
Maka ingatlah ketika saat itu kita sedang belajar tentang KETULUSAN.
Ketika usaha keras kita dinilai sia-sia oleh orang lain...
Maka saat itu kita belajar erti KEIKHLASAN.
Ketika hati terluka atas tuduhan terhadap sesuatu yang kita tidak lakukan...
Maka saat itu kita belajar tentang erti KEMAAFAN.
Ketika lelah mendera & kecewa menerpa...
Maka saat itu kita belajar erti KESUNGGUHAN.
Ketika kita harus membayar sesuatu yang sebenarnya tidak perlu kita tanggung,
Maka saat itu kita belajar tentang erti KEMURAHAN HATI.
Dalam kesulitan, kesusahan ada kemudahan dan kesenangan...
Dalam kesulitan, kesusahan ada kemudahan dan kesenangan...
Jangan biarkan dirimu dalam kerugian...
serta menyakiti hati orang lain.
Allah Maha Meliihat & Mendengar rintihan hatimu....
Maka MOHON & BERDOALAH kepadaNya.
Tetapkan dirimu dalam semangat, kesabaran, redha dan sentiasa tersenyum...
Belajar dan terus belajar, kerana dirimu sedang menimba ilmu...
Di Universiti Zindaghi iaitu sebuah UNIVERSITI KEHIDUPAN!
Sesungguhnya Allah SWT menangguhkan atas setiap sesuatu....
Untuk yang lebih baik....insyaAllah
Posted by Kak Ungku Betty at 12:10 0 comments
Labels: Tazkirah
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
'Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. `Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. `Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. `Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK
Posted by Kak Ungku Betty at 00:33 0 comments
Labels: Tazkirah
The modern Mother's Day is celebrated on various days in many parts of the world. Most commonly in March, April, or May as a day to honour mothers and motherhood. But most commonly, Mother's Day occurs on the second Sunday in May.



Posted by Kak Ungku Betty at 00:43 0 comments
Labels: Mothers Day 2011
Dari kulit puff pastri jenama Kawan...
Kak Ungku boleh buat pelbagai jenis puff....
Curry Chicken, Tuna, Sardine Puffs, pies...
and also my all time fav - Portuguese Egg Tarts.
Kak Ungku memang suka masak sesuatu yang simple, mudah, cepat dan enak.
Banyak resipi Kak Ungku dapat dari blog Mat Gebu @ tiffinbiru.blogspot.com
Taraaaa....inilah hasilnya ;D


250ml susu penuh krim (saya guna 1 kotak kecil susu ...penuh krim jenama Marigold)Posted by Kak Ungku Betty at 18:40 2 comments
Labels: What's cooking?
Oleh Ibn ‘Athaillah
Penawar Hati, Penyejuk Jiwa
“Allah menganugerahkan al-Hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah beerti telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Hanya orang berakal yang dapat mengambil pelajaran.” (Al-Baqarah, ayat 269)
Hikmah bukanlah nubuwwah, melainkan ilmu pemahaman dan al-Quran al-Karim. Ada yang berpendapat bahawa hikmah adalah rasa takut dan cemas kepada Allah.
Imam Malik r.a. berkata : “Yang tersirat dalam jiwa anda, hikmah adalah pemahaman terhadap agama serta rahmat dan kurnia Allah yang dimasukkan ke dalam jiwa.”
Perkara itu menjadi jelas apabila kita menyaksikan seseorang yang pandai dalam urusan dunia namun tidak memahami agama sama sekali. Sementara ada lagi orang yang lemah dalam urusan dunia tetapi faham dalam masalah agama dan peka terhadap urusan akhirat.
Wahai manusia, janganlah anda jauh dari majlis hikmah walaupun anda telah terjerumus dalam maksiat. Janganlah berkata : Apa gunanya menghadiri majlis ilmu dan hikmah kalau aku masih tidak boleh meninggalkan maksiat?
Seorang pemburu mesti boleh membedik majlis ilmu dan hikmah, lalu anda kembali pada kesalahan dan kelalaian, jangan berputus asa dengan berkata : Apa gunanya hadir?
Tetapi hadirlah ke majlis ulama dan perhatikanlah mereka agar anda sedar, mendapat manfaat dan selamat dari dosa.
Barangkali dalam diri anda ada penyakit yang sudah berumur 40 tahun. Mungkinkah anda dapat menghilangkan penyakit tersebut dalam sekejap atau dalam sehari? Sabar dan tekunlah dalam meminum ubat serta periksakan diri anda kepada yang pakar.
Bagaimana menurut anda kalau ada seseorang yang meninggalkan periginya di padang pasir selama bertahun-tahun kemudian angin yang bertiup membuat perigi tersebut tertimbus oleh tanah dan pasir. Bolehkah orang itu sampai ke dasar mengambil air dalam sehari atau seminggu? Tentu sahaja tidak boleh. Anda juga demikian. Anda telah membiarkan ‘basirah‘ (mata hati) anda diterpa oleh angin maksiat dan dosa. Lalu anda tanamkan di dalamnya pelbagai kotoran selama 40 tahun hingga padam. Kemudian anda ingin melenyapkan kotoran serta membersihkannya dalam satu pertemuan sahaja. Apa itu mungkin?
Jika anda mendengar sebuah hikmah tetapi tidak melakukannya ibarat orang yang memakai baju perang dan memegang pedang tetapi tidak berperang, hikmah itu seperti rantai. Jika rantai tersebut anda pergunakan untuk mengikat diri anda pasti tidak akan terlepas. Tetapi jika anda campakkan hikmah tersebut ke dalam su’ ul-khatimah (pengakhiran yang buruk). Na’udzubillah. Kerana jika ubat sudah tiada lagi bekerja dan bertindak balas, beerti pesakit itu tidak lagi akan hidup.
Ia tidak ubah seperti orang gila yang merosakkan rumah, mengoyakkan baju dan menghancurkan perabut di dalamnya. Jika diikat, ia akan berhenti tetapi jika anda buang rantai tadi lalu ia keluar dari rumah, bahayanya tetap ada, kejahatannya tetap berlangsung dan akibatnya akan berakhir dengan buruk.
Wahai hamba Allah, dalam dirimu ada rasa cinta terhadap kekuasaan, pangkat, harta atau lainnya.
Lalu anda berkata : Kami sudah hadir dalam majlis Syeikh Fulan. Kami juga sudah mendengar nasihatnya tetapi sama sekali tidak menggugat hati dan tidak ada manfaatnya.
Anda tidak boleh mengecam Syeikh itu. Yang salah adalah diri anda sendiri. Kerana jika cahaya tertutup oleh pintu ia tidak boleh masuk ke dalam rumah. Oleh itu, akuilah bahawa penghalang masuknya ilmu adalah diri anda sendiri.
Apabila dari mula anda menyiapkan diri dan menjauhkan semua penghalang dari jiwa, pasti jiwa anda tersentuh dan tidak perlu lagi hadir ke majlis lain. Yang anda perlukan hanyalah pergi ke majlis tersebut secara berterusan kerana karat yang ada di jiwa anda memang banyak. Sehingga pada setiap langkah anda ke sana ada cahaya yang masuk. Oleh itu, bersabarlah, ambillah pelajaran serta tekunlah.
Ketahuilah, setiap kali anda menghadiri majlis hikmah, di leher anda terdapat rantai cahaya rabbani. Sebaliknya, setiap kali anda menghadiri tempat maksiat, di leher anda terdapat rantai kegelapan. Jika perkara itu tidak boleh anda lihat, yang lainnya boleh melihat. Bukankah matahari boleh dilihat oleh semua orang kecuali oleh yang buta!
Apabila anda boleh hadir pada majlis hikmah, itu merupakan rahmat yang Allah berikan pada anda. Maka itu, terimalah kurnia-Nya, jagalah dengan baik serta amalkanlah.
Wahai manusia, anggota badan anda adalah ternakan anda sementara anda penggembala yang dipercayai menjaganya. Adapun Allah merupakan Pemiliknya. Jika ternakan tersebut digembalakan di tempat yang subur, diberi minum dan dijaga dari serangan serigala beerti anda telah memberi kesenangan pada Pemiliknya. Anda juga akan mendapat sanjungan dan upah yang banyak.
Akan tetapi, sekiranya ternakan itu digembalakan di tempat yang kering sehingga sebahagian besar ternakan itu menjadi kurus, sebahagian lagi mati kehausan kemudian ketika serigala datang anda tetap tidak bertindak, anda layak mendapat hukuman dan murka dari Pemiliknya.
Jika mahu Dia boleh menghukum anda atau boleh memberi kemaafan. Jadi boleh mendapat pahala ke syurga atau boleh juga mendapat seksaan neraka. Bila anda mengendalikan ia sesuai dengan keredaan Allah, beerti anda sedang berusaha menuju syurga. Jika tidak, beerti anda sedang berusaha meniti jalan ke neraka.
Inilah timbangan hikmah. Timbanglah akal anda dengannya sebagaimana anda menimbang barang keperluan lain. Kalau Allah telah membuat timbangan jual beli, tidak layakkah Dia kemudian membuat timbangan kebenaran? Anehnya, manusia hanya bertanya kepada peramal atau paranormal tentang keadaannya. Ia tidak pernah bertanya kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul tentang tempat kembalinya.
Wahai saudaraku, usahakan untuk selalu boleh duduk di majlis hikmah. Kerana di dalamnya terdapat hembusan aroma syurga. Anda merasakan itu secara jelas dalam hati anda, dalam perjalanan anda, dalam rumah dan kedai anda serta dalam solat, tilawah al-Quran, zikir dan dalam semua ibadat anda.
Ketahuilah bahawa para ulama dan ahli hikmah tersebut mengajar anda bagaimana cara berinteraksi dengan Allah, cara menghadap-Nya dan cara mengagungkan-Nya.
Apakah menurut anda pembantu baru boleh melayani para tetamu agung? Tentu sahaja ia terlebih dahulu di serahkan kepada orang yang boleh mendidik dan mengajar akhlak kesopanan serta kepada orang yang boleh melatihnya untuk boleh melayan secara baik. Kalau sudah layak, terlatih dan mengenal adab sopan barulah ia dipakai sebagai pelayan. Jika tidak, ia akan ditolak, kerana tidak pandai.
Begitulah kedudukan para ulama dan wali Allah. Para murid sentiasa menyertai mereka sekaligus belajar dari mereka. Di sisi lain, para ulama itu mendidik para murid tersebut, mengajarkan amal soleh dan memperbaiki jiwa serta akhlak mereka. Sehingga dengan begitu diharapkan mereka boleh dekat dengan Allah, boleh meniti jalan istiqaamah dan petunjuk.
Posted by Kak Ungku Betty at 00:42 0 comments
Labels: Tazkirah
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata...
"Aku ingin berjihad, namun aku tidak mampu."
Rasulullah SAW bertanya,
"Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?"
Lelaki itu menjawab, "Ibuku masih hidup."
Lalu Rasulullah SAW bersabda:
"Mohonlah kepada Allah untuk berbakti kepadanya.
Jika engkau berbuat demikian,
maka sama dengan engkau berhaji, berumrah dan berjihad."
Alangkah beruntungnya mereka yang dapat membuat bakti kepada orang tuanya, kerana Syurga itu terletak di bawah tapak kaki mereka (ibubapanya) dan Allah akan panjangkan umur anak2 ini dalam membuat kebaikan, insyaAllah.
Posted by Kak Ungku Betty at 22:47 0 comments
Labels: Tazkirah