Thursday, 13 May 2010

8 Petanda Dia adalah Jodoh Kamu

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Alhamdulillah.....bagi Kak Ungku jodoh ditangan Allah, kita wajib berusaha dan berdoa. Selain daripada melakukan solat Istiharah (yang mana Kak Ungku amat yakin dengan petunjuk dan keputusannya) Kak Ungku juga telah merasakan kelapan-lapan petanda seperti yang tersebut di bawah dalam masa saya berkenalan dan berkawan dengan Hubby.... alhamdulillah he is my soulmate till now.....

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3

Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…



Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!



Apakah kelapan petanda di atas telah anda temukan padanya? Kak Ungku dah alami kelapan2 tanda di atas, alhamdulillah. Anda bagaimana?

Rahsia Kehidupan


10 Pesanan Berguna untuk Kehidupan


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.

10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


Rahsia Melalui Tulisan...

Rahsia Melalui Tulisan - Dr Fadzilah Kamsah


Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…


by MUZRI on July 27, 2008

Saturday, 8 May 2010

Artikel Murai Memberi Penjelasan & Menjawab Persoalan.....


Ayah Minta GF Maulana Tidak Emosi!


Teks oleh Razif Rosdi

7 MEI 2010: Tika dan saat akhir ini, penonton setia Akademi Fantasia 8 (AF8) sudah pun sedia maklum bahawa pelajar Muhammad Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22, yang sering menampilkan persembahan konsisten dalam setiap konsert mingguan AF8 sedang intim bercinta dengan rakan seperjuangannya yang berasal dari Sandakan, Sabah iaitu Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23.

Bagaimanapun, keserasian Maulana dan Ain nampaknya telah menimbulkan kekecohan apabila buah hati Maulana, Franny Phelsy dilaporkan tidak puas hati serta melenting dengan keadaan itu dan seterusnya telah menghubungi pihak produksi untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang status sebenar kedua-dua pelajar berkenaan.

Untuk tidak meleretkan cerita ini sampai ke tahap lebih kronik lagi, ayah Maulana, Mohamed Bin Sehat, 54, terpaksa tampil ke hadapan dan menjelaskan bahawa anaknya itu sebenarnya jenis lelaki yang mudah cair (mudah cair bukan erti mudah jatuh cinta) dengan wanita yang mempunyai suara sedap serta mempunyai bakat nyanyian.

"Sebenarnya, saya baru sekali berjumpa dengan girlfriend Maulana (Franny). Itu pun waktu raya tahun lepas yang mana Franny ada datang beraya di rumah Mak Long Maulana. Setahu saya, Franny ni adalah pasangan penyanyi Maulana masa Maulana bergiat aktif sebagai penyanyi di UiTM, Merbok, Kedah. (Universiti Teknologi Mara).

"Sebagai ayah, saya tahu Maulana ni mudah sangat suka dengan perempuan yang ada suara sedap dan pandai menyanyi. Sejujurnya, saya tak tahu nak kategorikan adakah Maulana dengan Franny ni serius atau tidak. Lagi pun Franny bukannya Muslim. Dengan Ain pula, lagilah susah nak cakap. Saya belum pernah berjumpa dengan Ain dan kenal Ain pun melalui AF saja.

"Terus-terang, saya ada nasihatkan Maulana. Sekiranya dia nak cari calon isteri, janganlah mencari wanita yang lebih tua darinya. Saya juga mahu Maulana berjaya dulu dalam karier sebelum menyunting mana-mana wanita sebagai suri hidup. Biarlah masa yang menentu segalanya tentang cinta Maulana sama ada dia akhirnya memilih Ain atau pun Franny atau sesiapa sahaja yang ditakdirkan Ilahi," jelasnya.

Menyentuh sedikit sebanyak tentang sikap dan tindakan Franny yang mudah melenting itu, Mohamed berpendapat ia mungkin adalah salah satu provokasi untuk menggempakkan lagi AF8.

"Terus-terang, Maulana seorang yang sensitif dan bukanlah jenis lelaki buaya darat atau pun playboy seperti yang digosipkan. Selepas insiden Franny itu, kakak Maulana iaitu Halimahtul Sa'adiah (Kak Ngah Maulana) ada memberitahu saya tentang hal ini. Saya sendiri pernah menghantar message ke Facebook Franny secara personal dan menegur tindakan Franny. Saya beritahu Franny janganlah terlalu emosi dengan apa yang berlaku.

"Sesungguhnya...inilah resam hidup seorang penyanyi. Apabila Maulana dah keluar nanti, cabarannya yang terpaksa diterimanya nanti tentu akan lebih besar dan hebat lagi. Saya pesan kepada Franny agar tunggu Maulana keluar kalau nak melakukan sebarang tindakan," katanya

Tambah menarik, Mohamed turut menjawab gosip tentang hasrat Maulana yang mahu menyatukan dia dengan ibunya (S. Mariam) semula. Malah, ayah Maulana yang mempunyai pusat tuisyen sendiri iaitu Pancabestari Teknologi bersama isterinya, Tengku Badariah Hassan turut menjawab tuduhan yang mengatakan bapa Maulana berasal dari Brunei.

"Semua orang tak tahu apa yang berlaku antara saya dengan ibu Maulana (S. Mariam). Bagaimanapun,saya dan ibunya itu masih lagi berkawan tetapi kalau untuk kembali bersamanya itu mungkin adalah mustahil sama sekali. Keluarga terdekat tahu sebabnya dan saya sendiri pun sudah bahagia bersama bonda tiri Maulana.

"Hakikatnya, Maulana sangat rapat dengan bonda tirinya itu. Dia selalu datang bercuti dan melawat kami di kampung. Ketika Maulana dapat tawaran sambung belajar ke peringkat Diploma dan Ijazah di UiTM, bonda tirinya adalah orang yang paling bersusah payah menguruskan pendaftaran Maulana. Sewaktu saya berkahwin dengan bonda tirinya itu, Maulana ketika itu berusia 13 tahun lagi dan adiknya, Hana berusia 10 tahun," katanya.

Mohamed juga menafikan bahawa dia adalah orang Brunei sepertimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

"Orang Brunei yang dimaksudkan itu adalah suami pertama S. Mariam sebelum dia sah menjadi isteri saya. Kakak Maulana yang bernama Nurul Halimin (Kak Long) dan Halimatul Sa'adiah (Kak Ngah) adalah anak S. Mariam bersama bekas suaminya itu. Dan di sebabkan ibu Maulana pernah berkahwin dengan orang Brunei, Maulana juga ada saudara di kalangan orang Brunei," jelasnya panjang lebar.

Mohamed juga turut mengambil kesempatan untuk menjawab teguran pengkritik tetap AF8, Aznil Hj Nawawi tentang cara Maulana berjalan di pentas.

"Sedari kecil, saya dah mendidik Maulana supaya berjalan dengan gaya merendah diri. Arwah atuk Maulana (sebelah bonda tirinya) sendiri cakap semua adik-beradik Maulana berjalan sama seperti saya. Mungkin sebab itulah Maulana susah nak praktikkan ketrampilan berjalan seperti seorang bintang di atas pentas.

"Kali terakhir saya berjumpa Maulana pada 6 Februari lalu di majlis perkahwinan sepupu Maulana iaitu beberapa minggu selepas Maulana balik dari Shanghai kerana menjalani latihan praktikal dalam bidang grafik. Sebenarnya, Maulana tak ada beritahu saya tentang dia nak menghadiri uji bakat AF musim ke 8 ini.

"Saya pernah cakap dengannya supaya habiskan belajar dulu sebelum masuk AF. Tapi tak sangka dia dah pergi dan rezeki memihak kepadanya. Saya tak pernah halang Maulana untuk jadi penyanyi; tetapi biarlah tamat pengajiannya dulu. Dia pun dapat bakat seni dari saya.

"Yang penting, anak saya itu tak sombong dan bongkak seperti yang digambarkan dalam TV. Sebagai bapa saya tersentuh mendengar orang mengutuk dan mencemuh anak saya", katanya.

Sementara itu, Mohamed menegaskan bahawa pada masa yang sama, biarlah Maulana meniti kehidupannya dalam Akademi tanpa banyak prasangka.

"InsyaAllah, selagi hayat saya ada, saya akan sentiasa membimbingnya" kata ayah Maulana mengakhiri perbualan.

Wednesday, 5 May 2010

Adik Maulana Berlakon Dalam SENARIO

Haaa.... kali ini Kak Ungku nak promo sikit.... lagi seorang anak my hubby iaitu adik bongsu Maulana, Fathanah Amirah Mohamed atau nama manjanya Baby atau Hana...dah mula berjinak2 dalam bidang lakonan. Hana ni merupakan pelajar ASWARA dalam jurusan Teater.


Kak Ungku, Hubby, Maulana & Hana


Beliau telah dipilih oleh pensyarahnya untuk ujibakat dan seterusnya berlakon 2 episod dalam SENARIO, bertajuk 'SARKAS MASTER GIE' dan membawa watak sebagai MELOR. Malam tadi merupakan episod pertama, bersiaran pada pukul 10.00mlm. Minggu depan, 11 May 2010, sambungan episod ke-2 waktu yang sama, 10.00 mlm.


Promo klip video Senario - SARKAS MASTER GIE





Our comments: Not badlah Hana....you look so sweet in this video.


Kak Ungku, Hubby, Family & Konsert AF8

1 May yang lepas, Kak Ungku & Hubby berada di KL untuk menonton secara live konsert AF8. Kami bertolak dari rumah anak saudara hubby - Deena Wati dalam pukul 7.45mlm. Jadi malam tu family Maulana yang pergi menonton konsert....Kak Ungku, Hubby, Deena Wati, suaminya Azreen, Kak Normah (mummy Azreen dari Kuching, Sarawak- orang kuat Maulana untuk Sarawak dan Brunei), kakak Maulana Farhana dan Fatimah.



dari kiri: Farhana, Hubby, Azreen, Kak Normah,
Kak Ungku, Deena Wati dan Fatimah



Selain daripada itu.....Maulana FC, tulang belakang supporters Maulana untuk setiap konsert. Majoritinya mereka terdiri drp kawan-kawan Maulana sejak di bangku sekolah lagi....buddies Maulana masa di English College, Johor Bahru. Dalam ramai2 tu, barulah Kak Ungku tahu salah seorang dari Otai Maulana - Izz Bumpbump tu adalah anak kepada sahabat baik Kak Ungku semasa bertugas di Johore Tenggara Oil Palm Berhad (JTOP), iaitu Kak Asmah. Keciknya dunia ni kan? Dah besar panjang Izzuddin ni.....;D




Memanglah experience dan feel tengok konsert live ni berbeza. Kalau dalam tv tengok dewan tu macam besar aje....tapi bila dah berada di sana...tidak lah besar sangat dewan tu. Tapi crowd dia boleh tahan. Dalam pukul 8.45mlm, dewan dah pun dipenuhi oleh kaum keluarga, peminat, Fan Club dan penonton AF8. Kak Ungku sekeluarga diberi tempat duduk yang dikhaskan untuk family Maulana....duduk di belakang barisan pengkritik untuk lebih tepat - belakang Pak Nil. So setiap kali Pak Nil memberi komen (kamera dari wide angle) maka akan nampaklah muka hubby dan Kak Ungku....cuba perhatikan bila tengok ulangan konsert tu. Muka my hubby lebih jelas kelihatan.

Sebelum Maulana mula menyanyi (masa commercial break), hati Kak Ungku begitu tersentuh apabila Hubby bangun dan menunjukkan isyarat 2 thumbs up kepada Maulana. Apabila Maulana nampak aje Abah dia.....dia pun membalas isyarat tersebut, plus isyarat "I Love You" kepada abahnya. Itu yang Maulana dlm Debaran AF maksudkan "Bila saya nampak bapak saya....saya asyik ingatkan dia aje...", Maulana memang happy bila tahu kami semua hadir masa konsert tu....jelas kelihatan pada wajahnya. Lihatlah klip video yang diedit dari Debaran AF.




Dalam konsert ke-7 ni Maulana menyanyikan lagu 'Semalam' (nyanyian Sean Ghazi). Nyanyian yang baik sekali....cuma mungkin dah beberapa lagu dibuat dlm genre jazz...jadi tak nampak 'wow factor' dlm persembahannya. Maulana cuma dpt 1 lampu hijau dari Lah.





Apabila menonton secara live ni... kita nampaklah apa yang berlaku bila commercial break....Pak nil ni memang suka berbual dgn Cikgu2 AF dan Pengetua Norman. Adlin dan Lah pulak tak berbual sangat, suka buat kerja sendiri dan berbual sesama mereka aje. OK... dan yang selalu Adlin sebut " Yelah Dolah"... tu rupanya Stage Manager - En Abdullah, dialah yang memastikan semuanya berjalan dgn lancar.

Jadi habis aje konsert pukul 10.30mlm...adalah scene untuk Debaran AF, jadi kami tak boleh balik dulu. Selesai rakaman barulah boleh beredar. Kami sekeluarga sempat berbual2, dilayan mesra dan bergambar dgn tenaga pengajar AF....Cikgu Siti Hajar, Linda Jasmine, Que Haidar dan En Bahar. Semua mereka mengatakan Maulana memang seorang pelajar yang bijak, bekerja keras, berterus terang dan out spoken....dan mereka nampak bahawa dari segi creative minds & intelligence Maulana mewarisi dari abahnya. Hubby Kak Ungku menegaskan kepada tenaga pengajar Maulana.... itulah sikap sebenar Maulana, dia tidak hipokrit, di luar dan di dalam Akademi, sama aje. Part yang cengeng tu....sama dgn Abah dia....Kak Ungku sempat menyakat my hubby..."Suami saya kalau tengok filem Hindustan...dia yang akan menangis dulu, sebelum saya" dan diikuti dengan deraian ketawa dari tenaga pengajar Maulana.




Kami sangat terharu & gembira dpt berbual mesra dengan En Bahar, Linda, Siti Hajar & Que. Bila tengok mereka in person memang banyak berbeza. Que Haidar umpamanya, dia ni tinggi lampai orangnya, lebih tinggi dari Linda rupanya. Handsome, berbudi bahasa dan tidak sombong....padanlah Linda terpaut dgn dia. Masa berjumpa dan berpisah....dia bersalam dan cium tangan Hubby Kak Ungku.





My hubby minta mereka tolong sampaikan pesanan kepada Maulana..." Abah, keluarga, kawan2 dan fans adalah penyokong kuat dan akan terus mendoakan kejayaan Maulana....lakukan yang terbaik dan ingat pesanan Abah & Aunty Bad sebelum kamu masuk AF8 dulu"....insyaAllah pesanan ini akan disampaikan kepada Maulana dan menjadi pembakar semangatnya....untuk terus membuat persembahan yang terbaik dlm setiap konsertnya....berjaya melangkah ke final dan menjadi juara AF8....mudah-mudahan dengan izin Allah.

Thursday, 22 April 2010

EARTH DAY 2010

EARTH DAY 2010 Campaign
April 22, 2010


Forty years after the first Earth Day, the world is in greater peril than ever. While climate change is the greatest challenge of our time, it also presents the greatest opportunity – an unprecedented opportunity to build a healthy, prosperous, clean energy economy now and for the... future. Earth Day 2010 can be a turning point to advance climate policy, energy efficiency, renewable energy and green jobs.

What are your actions today as to be part of the campaign to protect our earth?



Have a look at this video as an educational piece for our children and to create awareness about EARTH DAY... perhaps we could prepare them and ask our children if they would like see nice and healthy places for animals and people on EARTH by helping out for PLANET EARTH.





Sunday, 18 April 2010

Maulana AF8 - Mp3 Tracks and Concerts

Concert 9 : BETTER MAN / INIKAH CINTA




APA KATA PENGKRITIK:







Concert 8 : DALAM GERIMIS




Concert 7 : SEMALAM






Concert 6 : BILA RINDU






Concert 5 : KU BUKAN AKU





Concert 4 : BIARKAN





Related Posts with Thumbnails