Friday, 2 April 2010

Pendapat Pak Nil......Maulana Memukau!

Aznil - Shahir Hambar, Maulana Memukau



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesungguhnya, keputusan Ema yang menjadi pelajar ke-2 tersingkir sedikit pun tidak memeranjatkan Pak Nil. Bagi Pak Nil, persembahan Ema pada minggu ke-2 adalah antara yang kurang menyerlah.

Pak Nil melihat persembahan Ema menerusi lagu asal nyanyian Stacy iaitu Pakai Buang ibarat satu musibah buat dirinya. Nasib Ema tidak sebaik adiknya, Adira yang mendapat lagu yang mencabar vokal. Ema hanya dapat lagu yang power semasa konsert tirai saja.

Itulah yang menyebabkan Ema terpaksa menerima hukuman disingkirkan. Jikalau diberi peluang, Pak Nil percaya Ema boleh buat dengan baik.

Berbanding Ema, Pak Nil merasakan Daus yang menyanyikan lagu Menatap Matamu perlu lebih berhati-hati pada konsert mendatang. Pak Nil takut Daus akan menjadi mangsa. Sekarang ini, Pak Nil lihat penonton sudah memberi peluang kepada Daus. Sekiranya Daus tak pandai menggunakan peluang ini besar kemungkinan Daus boleh menjadi mangsa seperti Ema.

Bagaimanapun, aksi Daus pada minggu ini lebih bagus berbanding nyanyiannya pada lagu Bye Bye Bye dan Cari Jodoh. Pak Nil suka sangat cara Daus ubah stail pembawakan lagu ini. Tetapi dia masih lagi membawa dirinya sebagai pelajar sehinggakan aura lagu tersebut menjadi kecil.

Sepatutnya Daus meletakkan dirinya sebagai bintang di pentas. Insya-Allah, dia boleh membawa impak besar pada persembahan itu.

Dari ekspresi raut wajah Nad membawa lagu dari Kris Dayanti, ia cukup nampak kesungguhan. Dia banyak memasukkan emosi dan setiap bait lirik yang ada pada lagu ini sudah cukup membantu Nad untuk menampilkan pelbagai riak wajah.

Kalau diikutkan, pelbagai mesej boleh diperoleh seperti sedih, hampa, kecewa, gusar, gundah gulana dan risau pada wajah Nad sekiranya Nad dapat menyelami emosi lagu ini. Pun begitu, Pak Nil hanya nampak satu wajah saja dengan satu mesej saja iaitu terseksa. Pak Nil cuma rasa terseksa sepanjang mendengar nyanyian Nad ditambah dengan kerutan dahi.

Walaupun persembahan Alif dimulakan dengan duduk, kelantangan yang ada padanya berlainan daripada pelajar lain. Alif berjaya mengawal energi pentas. Apa yang boleh Pak Nil cakap, tak kisahlah Alif nyanyi sedap atau tidak, orang sudah tak ambil peduli. Penonton hanya mahu melihat Alif. Namun, Alif sepatutnya membawa masuk VT ayahnya dalam persembahan Alif.

Mungkin perasaan sedih itu terpotong kerana ada adegan melucukan selepas itu. Oleh itu, dia terpaksa bermula semula.

Farina oh Farina. Entalah..Terus-terang, Pak Nil tak nampak percikan bintang pada persembahan Farina. Persembahan yang terlalu biasa dan memudaratkan dirinya. Sebenarnya, Pak Nil geli bila dengan anak Melayu yang nyanyi lagu Melayu dengan sebutan ala-ala orang putih.

Sudahlah persembahan Farina biasa saja...ditambah pula dengan sebutan pelat Mat Salleh.

Pak Nil tengok..Iwan selalu memulakan persembahan dengan baik sekali. Namun, Iwan mempunyai masalah yang tidak konsisten. Awal-awal ok dan bila nak sampai penghujung Iwan hilang arah. Untuk menyanyikan lagu sebegini, Pak Nil tak hiraukan pasal kemerduan. Kalau nak dengar merdu baik dengan pelajar nyanyi lagu berentak ballad.

Untuk Anum pula, Pak Nil tak nak salahkan Anum. Dia masih muda dan agar sukar nak feel lagu ini. Pak Nil merasakan Anum ibarat menipu penonton dan persembahannya nampak dibuat-buat. Anum nampak tidak selesa dan macam pinjam perasaan orang lain. Inilah perlunya kelas Cikgu Que. Anum kena belajar rasa. Untuk suara Pak Nil tak tahu sebab Pak Nil tak jaga suara.

Ain ni lagi satu. Entahlah...apa nak jadi padanya. Ain dah mula dilupakan dan sekiranya Ain berterusan dengan komitmen ini mungkin dia yang seterusnya tersingkir. Pak Nil dapat rasa Ain masa konsert tirai sudah lenyap. Lagu yang comel diberikan padanya dibuat sebagai lagu yang nak menunjuk-nunjuk kemantapan vokalnya. Kalau Ain nak nyanyi dengan vokal ini sepatutnya dia nyanyi lagu Let's Get Loud dari Jennifer Lopez.

Malam itu milik Maulana dengan persembahan hebat. Bagi Pak Nil, Maulana sangat menjiwai lagu itu dan Pak Nil seperti terlupa Maulana adalah pelajar AF8. Maulana pandai berkaraktor dengan susunan muzik yang baru.



Alahai Shahir...Pak Nil tak tahulah interpertasi yang dibawakan Shahir dalam lagu Jangan Nakal dari Alif Satar. Shahir terlalu malas serba-serbi baik nyanyian dan pergerakan. Di sebabkan Shahir nyanyi macam itu, persembahannya hambar.

Seperti Maulana, suara Adira amat memukau pada malam itu. Sungguhpun ada yang bertanya kenapa pakaian Adira sebegitu dengan lagu ketuhanan sebegini...bagi Pak Nil, ini terpulang pada tafsiran masing-masing. Mungkin pada malam itu persembahan Adira lebih menjurus kepada cinta pada kekasih.

Pergerakan Adira pula seperti tidak kena gaya dan tempat. Adira sepatutnya pandai menggunakan ruang pentas. Adira seperti janggal. Sememangnya Adira boleh kawal penonton dengan suara yang mantap.

Secara kesimpulan, pelajar lelaki terbaik pada malam itu ialah Maulana. Manakala, perempuan pula sudah semestinya Adira. Untuk yang kurang baik, sudah tentu Farina dan Shahir.


Artikel dari: http://www.murai.com.my


Something Worth To Ponder....

Obstacles, Opportunity and No regrets

Sometimes struggles are exactly what we need in our life.
If we were to go through our life without any obstacles, we would be crippled.
We would not be as strong as what we could have been.
Give every opportunity a chance, leave no room for regrets.
Never have regrets because at one point everything you did in life,
was exactly what you wanted.
May Allah be with us and bless us always....insyaAllah



Wednesday, 31 March 2010

My Special Delivery Gift



Special Delivery Cupcakes
for my 'Belated Birthday' and 'Belated Anniversary'
from my dearest Sis Fadzillah.
Thank you for the wonderful gift. It was so thoughtful of you....Kak Dillah
Your gift was an unexpected bonus. I love it.
Muchos gracias & love you always....
and to Alice... your cupcakes are superb, cute and yummy...thanks a lot.





Good news for those who're staying around Batu Pahat!
Cuppacake B'licious is providing yummylicious, prettylicious
and b'licious cupcakes freshly bake and HALAL products.
To order please contact:
Helyzawaty Zaharan (Alice 016-7719414)
alicealim74@gmail.com
http://cuppacakeblicious.blogspot.com/



Monday, 29 March 2010

Debaran Pada Hujung Minggu....

Sekarang sejak musim AF8 ni.....mulalah ada macam-macam rasa bila tiba hujung minggu. Berdebar2, sakit perut, happy, excited dan macam-macam rasa yang lain. Sabtu & Ahad malam...... rasa excited pun ada....tak sabar nak tahu macamana agaknya performance Maulana, Sabtu malam ....OK EKKK...CANTEKKKK!....itulah janji Maulana dan so far memang selalunya yang terbaik dari Maulana.

Memang best....konsert ke-2 minggu ni, Maulana nyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh mama dia, Kak Ungku panggil mama Maulana (S Mariam) dengan panggilan Kak Yam, 'Hasrat Hati' tetapi versi jazz. Wow! hebat anak bujang sorang ni...;D

Apa komen Abah Maulana : "He sings like a pro....wonderful! He could make it to the final, insyaAllah..."






Lepas persembahan ....lega dan amat berpuas hati dengan persembahan Maulana untuk konsert minggu kedua ni. Bakat nyanyian Maulana memang tidak dapat dinafikan. Sekiranya dia konsisten dengan persembahannya dalam konsert seterusnya, nampak gaya, Maulana mampu melangkah ke final nanti....mudah-mudahan.


Macamana kedudukan Maulana pulak?

Bila keputusan first round, kedudukan Maulana oklah bukan dalam bottom 3. Tetapi selepas undi ditutup....terperanjat, berderau darah...sekali lagi Maulana dalam kumpulan bottom 3. Adoiiii sakit perut Kak Ungku. Macamana ni? Kalau tengok pada Fan Club dia...mak oiii punyalah fans yang paling ramai....orang dah mula mengenali Maulana. Dah ramailah supporters. Tapi bila tiba part undi....still at the bottom 3! Dan keputusan diumumkan....alhamdulillah, terlepas lagi kali ini....Maulana masih maintain dlm akademi.


Apa komen Pengetua Norman terhadap Maulana?
" Maulana adalah di antara pelajar AF yang paling konsisten dan sebagai pelajar contoh"

Haa..kita semua pastinya bersetuju dengan komen Norman.

Jadi teruskan AFUNDI MAULANA... jadikan impiannya suatu realiti....


Friday, 26 March 2010

My Buddies....



My buddies....
From left: Afiza Abd Aziz, Kak Ungku and Suzaini Wahab


My 2 buddies....Suzaini & Afiza


My Best Friends....My Buddies


Best Friends means different things to different people.
Some insist that they can have only one best friend.
Others assert that they have best friends...
for different aspects of their personalities.
Whatever the precise definition, my best friends...
I like to call them... My Buddies.
They are the special persons who have me, my heart....Afiza & Suzaini.
We're buddies ever since we were in Standard 2.
Afiza & Suzaini are my childhood buddies,
This year....we're turning 44....
Wow! We've been buddies for the past 36 over years!
That's long enough.....how time flies.....
They understand who am I and what am I saying.
We share our ups and downs in life.
And I also thank both of them for being there for me for the bad and worse.
The greatest distance cannot separate my best friends.....my 2 buddies.
I always feel a kinship with them,
and be able to instantly continue the friendship,
even after not talking for many years.
May Allah bless us and our families too, always...

Afiza, Suzaini and me will always be ....

Forever friends...forever buddies.....
InsyaAllah....Amin Ya Rabb



Forever Buddies.....

That's What Friends Are For - by Dionne Warwick & Friends





Monday, 22 March 2010

Debaran Untuk Maulana.....




Untuk konsert pertama AF8 21 March, Maulana menyanyikan lagu 'EXTRAVAGANZA' dari kumpulan Bunkface. Genre muzik indie ini memang lagu anak2 muda sekarang. Bagi orang2 yang seangkatan dgn Kak Ungku....tak masuk kepalalah lagu2 mcm ni, rasa bingit telinga. Apa yang Kak Ungku tahu, genre muzik indie ni kurang diminati oleh Maulana. Walau bagaimanapun Maulana telah membuktikan dia boleh menyanyikan lagu ini dgn baik sekali...mempersonakan walaupun gila-gila. Dah attitude lagu ni pun kena lari sana, lari sini, loncat sana, loncat sini. Kak Ungku rasa peserta yang lain tak boleh bawak lagu ni...brutal habis...kan?


Malam ini 22 Mac....Debaran AF8.
Bukan para peserta aje yang kecut perut...malah kita semua...kan?
Kami keluarga Maulana lagilahhhh, Tuhan shj yang tahu macamana perasaan kami bila keputusan awal mengumumkan Maulana antara 3 peserta mendapat undian terendah...selain Shah dan Aliff.




Sarimah: Adakah awak rasa awak telah memberikan yang terbaik setakat ini?
Maulana: Hanya mampu mengangguk.

Sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan...alhamdulillah lega, Maulana terselamat! Tetapi.....Shah yang tersingkir!


Kelembutan hati Maulana jelas kelihatan.
Semangat setia kawan....Maulana dan Aliff ....sebak, memeluk Shah sebaik shj keputusan diumumkan.


Jadi Maulana....kerja kuat setiap minggu, ambil hati pengundi & peminat serta buat persembahan terbaik untuk kami semua.....OK EKKK....CANTEKKKK!
TERUSKAN.......... AFUNDI MAULANA!



Thursday, 18 March 2010

Our Maulana...when he was a little boy...



When he was a little boy...Maulana always listened to his father's potpourri.....the 50's, 60's, 70's, 80's and not forgetting the Johor FM104....Keroncong!

Among his father's favourites....Broery, Ebeit G.Ade, Hetty Koes Endang, Frank Sinatra, Nat King Cole and Jose Feliciano and others.

There were occasions, Maulana will sing along with his father who was strumming the guitar. These two.. father & son enjoyed singing Que Sera Sera....





Maulana:
When I was just a little boy
I asked my father, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
Here's what he said to me.

Abah:
Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

So now Maulana....your future is in your hand, by the will of Allah....don't forget that, it's hard to be humble...so be humble always..... All the best to you. Amiin.


Tuesday, 16 March 2010

Tentang Maulana Yang Anda Tidak Tahu.....

Bakat Maulana dalam bidang NYANYIAN
.....sebelum memasuki Akademi Fantasia musim ke 8.


Tidak semua orang mengetahui bahawa Maulana mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian....Maulana ni, selalu membuat persembahan kesenian di UiTM seperti Malam UiTM, Majlis2 Rasmi dan Persidangan Antarabangsa anjuran UiTM. Memenangi hampir kesemua pertandingan nyanyian di UiTM.....wow hebat Maulana ni.....kan?



Pencapaian dalam bidang AKADEMIK?

  • Mendapat Anugerah Dekan UiTM sebanyak 3 kali sepanjang pengajian Diploma Senireka Cipta Industri, di UiTM, Merbok, Kedah.
Antara hasil2 lukisan & sketches Maulana


Dalam bidang SUKAN pula bagaimana?
  • Pemain kriket dan softball yang handal untuk peringkat daerah, Negeri Johor dan Malaysia (Arafura Games 2004 di Australia, di mana Malaysia mendapat pingat perak)
  • Pemain softball mewakili UiTM di peringkat Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di mana UiTM memenangi pingat pingat emas untuk 3 tahun bertutur-turut.
  • Atas sumbangan Maulana yang amat membanggakan dalam bidang sukan, beliau telah menerima ANUGERAH OLAHRAGAWAN UiTM KEDAH 2009 dan ANUGERAH PERAK (SUKAN 2009) dari UiTM, Shah Alam.
  • Maulana turut mewakili Universiti-Universiti Malaysia dalam pertandingan softball di peringkat antarabangsa.


Related Posts with Thumbnails